N A U F A L 👶🏻

1.3K 83 7
                                    

CHAPTER 16

⚜️⚜️⚜️

LANGKAHNYA diatur ke arah pintu rumah, matanya meliar sebelum pandangannya terhenti pada Faleeq yang termenung sendirian di luar rumah, senyumannya melebar. Selipar disarung di kaki, lelaki itu didekati.

"Kau ciptakan lagu, indahh... Kau senyum semanis, buahh... Ha, temenung apa tu?" tegur Hanis sebaik saja nyanyiannya ditamatkan.

Faleeq tersenyum, wajah Hanis dipandang.

"Tak ada apa, saja ambil angin"

"Ambil angin ke tunggu bidadari jatuh seketol depan mata?" perli Hanis, kening dijongket berkali-kali dengan senyuman mengejek.

"Bidadari saya dah diambil orang"

"Aku yang depan mata ni tak pandang" gumam Hanis, dia menjeling, tak malu ke syok kat bini orang!

"Apa dia?" soal Faleeq semula, dia tidak dapat menangkap kata-kata Hanis.

"Ha tak ada apa. Cikgu, makcik cakap dekat sini ada pantai ea?" soal Hanis, tukar topik!

"Haah, awak dengan Delin nak ke sana ke?"

"Boleh jugak, tapi Delin tidur. Cikgu nak bawak saya ke?"

"Saya tak kisah, jom lah, nanti balik boleh ambil kereta awak dekat bengkel sekali" ajak Faleeq, dia memberi cadangan.

"Ok jap! Saya pergi siap! Nainowale ne.... chheda mann ka pyala, chhalkai madhushala, mera chain rain nain apne saath le gaya..." Hanis mula menyanyi sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Faleeq tergelak, tak habis-habis hindustan dia tu! Sementara menunggu Hanis bersiap, motosikal dikeluarkan dari garaj. Tidak lama kemudian, matanya tertumpu ke arah kereta yang dikenali masuk ke kawasan rumahnya. Dia tersenyum tatkala seorang wanita keluar dari kereta, dia mendekati wanita itu namun belum sempat dia berkata, kakaknya itu sudah memintas.

"Lah, ada kat sini rupanya cikgu kita ni! Ingatkan dah tak reti-reti nak balik kampung" perli Farina, tangan dihulurkan tatkala Faleeq ingin bersalam dengannya.

"Alahai, tak payah lah perli-perli, orang tahu lah nak balik" jawab Faleeq, dia menjeling.

"Ye lah kau tu, tak diketuk tak balik. Anak derhaka!" pintu belakang dibuka, anak lelakinya yang umurnya belum mencapai setahun itu dikeluarkan dari kerusi bayi.

"Alolo Naufal!! Meh sini dekat Pakngah meh" Faleeq menghulurkan tangan, sejurus Naufal tersenyum hingga menampak gusinya.

"Ha dia memang pantang nampak kau" ujar Farina, anaknya itu diberi kepada Faleeq.

"Biarlah, dia ni anak buah kesayangan Pakngah dia kan Naufal?" anak saudaranya itu ditimang-timang.

"Ye lah kau, ibu mana?"

"Dekat dalam, tengah tengok tv agaknya" ujar Faleeq, Naufal diagah.

"Kak, sorang je ke? Abang Aril mana?" soal Faleeq, pelik juga melihat kakaknya itu pulang sendiri.

"Dia ada kerja luar, tu yang akak balik kampung, bosan duk rumah" terang Farina, baru sahaja dia ingin masuk ke dalam rumah, langkahnya terhenti tatkala memandang Hanis yang baru keluar.

"Eh awak? Awak yang tolong ibu dari kena ragut bulan lepas tu kan?" soal Farina. Hanis mengangguk dengan senyuman, tangan Farina disalam.

"Haah kak, sihat?"

"Sihat alhamdulillah, awak dah lama ke kat sini?"

"Tak lah, baru semalam sampai"

"Oh ha ye lah, makcik mana?" soal Farina lagi.

"Dekat dalam" ujar Hanis, Farina mengangguk, langkah diatur masuk ke dalam rumah manakala Hanis pula menuju ke arah Faleeq yang sedang mendukung seorang bayi.

"Cikgu" tegurnya.

"Ha ye, dah siap dah?"

"Dah, ni anak buah cikgu ke?" soal Hanis, tangan Naufal dielus lembut.

"Haah, Kak Rina tu kakak sulung saya, ni anak dia Naufal" Faleeq memperkenalkan satu persatu.

"Oh, boleh tak saya nak dukung dia?" pinta Hanis, Faleeq tersenyum sebelum menghulurkan Naufal kepadanya.

"Eh, dia nak ikut saya, dia tak takut orang lah" punggung Naufal ditepuk perlahan, tersenyum Naufal melihatnya.

"Dia sebenarnya ikut orang yang dia kenal je, kalau dengan orang lain biasanya dia mengamuk tapi entah dengan awak mudah pulak dia ikut" ujar Faleeq, kening yang tidak gatal digaru.

"Dia serasi dengan saya lah ni, kan Naufal?" tersenyum bayi itu diagahnya.

"Ha tengok tu, lama dia tenung awak. Orang cakap kalau baby tengok kita lama-lama, tu maksudnya kita cantik tau" ujar Faleeq, memang mata Naufal tidak lepas dari memandang Hanis.

"Alahai cikgu ni, jangan lah bagitahu benda yang saya dah tahu. Lagi pun, saya ni memang cantik kat mata semua orang, kat mata cikgu je tak" perli Hanis, namun matanya masih memandang Naufal.

Faleeq menjeling, sempat je nak perli orang.

"Dah lah, tadi kata nak bawak saya pergi pantai"

"Oh ye! Jom" Faleeq melangkah ke arah motosikal yang dikeluarkan dari garaj tadi. Hanis terkebil-kebil, naik moto? Seriouslah.

"Naik moto?"

"Tak lah, kita tunggang unta kejap lagi" perli Faleeq selamba, dah nampak moto tanya lagi.

"Tak lawak cikgu"

"Ye naik moto lah Hanis, dah nampak saya keluarkan moto ye naik moto lah. Kita merempit sikit, lagi pun takut petang-petang macam ni tak ada parking" jawab Faleeq, enjin moto dihidupkan.

"Naufal?"

"Bawak je, jap. Kak Rina, aku pinjam anak kau kejap kak!!" jerit Faleeq, dengan harapan Farina mendengar suaranya.

"Kau nak bawak anak aku pergi mana woi!!" jerit Farina, dia berdiri di hadapan pintu.

"Pantai!"

"Baik-baik! Jangan kau celup anak aku dalam air laut tu pulak!" pesan Farina. Faleeq dan Hanis yang di luar tergelak, agak-agaklah kalau ye pun.

"Dah jom" ajak Faleeq, Hanis menaiki motosikal itu sambil mengendong Naufal. Tak sia-sia juga dia membawa bayi itu, boleh jadi penghalang di tengah-tengah. Kalau tiba-tiba Faleeq berhenti mengejut, sekurang-kurangnya kepala Naufal je terpenyek, namun mereka tidaklah melekat.

Worry-sometimes-sometimes.

"Ready?"

"Jom!"

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now