Bab 1

668 91 107
                                    

Remember,

Always love yourself more than other.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

'Perempuan hodoh!'

'Dah la tak lawa, lepastu muka
berjerawat batu, eww'

'Eee kalau aku jadi dia, aku tak
datang sekolah dah!'

'Entah, memalukan diri sendiri je!'

Puteri Annur tidak menghiraukan kata-kata rakan sekelasnya, meskipun dalam hati dia sudah merintih kesedihan.

Apakah salah dirinya jika dia tidak cukup sempurna? Bukankah Allah SWT telah menjadikan seseorang dengan sebaik-baik rupa? Mengapa masih ada segelintir individu yang menyuarakan ketidakpuasan hati secara berdepan?

"Nur? Kau okay tak?" Annur cepat-cepat mengesat air matanya menggunakan hujung baju. Shafika menghampiri meja Annur.

"Aku okay je weh. Jangan risau. Diorang tak akan patahkan semangat aku walau sikit pun untuk belajar dengan tenang" Annur tersenyum sahaja dengan sapaan Shafika.

"Good! Ini yang aku nak dengar dari mulut kau. Kau nak pergi rehat tak? Dah time rehat ni" Annur menyambut pelawaan Shafika dengan senang hati.

Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah, Shafika merupakan kawan baiknya. Bukan sahaja kawan baik, malah lebih kepada adik beradik!

First impression semua orang berbeza-beza kan? Ada yang suka kita, ada yang tak suka kita. Nak buat macam mana, kita tak boleh puaskan hati semua orang, betul tak?

"Nur, kau nak makan apa? Aku belanja eh? Kau pergi cari tempat duduk tau" Annur hanya menurut, dia sebenarnya malu.

Malu kerana Shafika sentiasa
membelikan makanan untuknya.

Malu kerana Shafika selalu mempertahankan dirinya daripada diejek.

Malu kerana dia tidak mampu
membayar segala kebaikan Shafika.

"Hoi perempuan!" Seorang senior perempuan menuju ke arah Annur. Annur memandang nametag pelajar itu, Atiqah.

"Ya, kak Iqa?" Annur tahu dia pasti akan dimarahi. Dia hanya redha. Kenapa perlu takut jika kita tak buat salah apa-apa pun.

"Kau memang tak guna kan! Aku benci orang kolot macam kau panggil aku dengan gelaran tu! Kau kenapa suka sangat sakitkan hati aku ha?!" Atiqah menunjal dahi Annur.

Annur terpaksa menerima kerana dia tahu, dia serba kekurangan. Orang pasti akan mencari kesalahan dirinya. Orang pasti akan sentiasa memandang rendah kepada dirinya.

"Boleh tak, kau blah dari sekolah ni? Tengok muka kau pun, aku rasa nak termuntah! Dengan berjerawat batu sana sini. Ewwww so disgusting!!!" Atiqah membuat muka mahu termuntah.

"Kalau saya tak belajar sini, saya nak belajar kat mana? Sekolah sini je dekat dengan rumah saya" Annur berkata dengan jujur.

"Eeee kisah pula aku kau nak sekolah mana? Urusan aku ke?! Tak kan?! Pergi jahanam lah!" Atiqah menolak tubuh Annur. Shafika pantas memaut tangan Annur.

"Kau ni kenapa?! Jangan cari pasal kat sini boleh tak? Suka buat kecoh!" Shafika sangat marah terhadap perangai orang gila depan mata dia ni!

"Hello? Suruh kawan kau tu yang blah. Baru aku tak cari pasal!" Atiqah menggulingkan bebola mata ke atas.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now