Bab 18

178 63 5
                                    

Tuhan, izinkan aku mengecapi bahagia,
Meskipun buat seketika

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Baiklah, akak terima kau kerja kat sini" Farihah menghulurkan baju pekerja kepada Annur.

"Betul ke kak? Betul ni? Akak tak bergurau kan? Saya mimpi ke? Cuba akak cubit pipi saya- Argh!" Kata-kata Annur terbantut apabila terasa sakit di pipinya. Annur lantas menyentuh pipi sendiri. Terasa pedih apabila menerima cubitan daripada Kak Farihah.

"Hehehe, sakit ke idok? Kalau tak sakit, lagi seminggu kau go out kot... tapi kalau sakit, maknanya kau tak bermimpi lah" Farihah tergelak kecil apabila Annur menjerit sebentar tadi.

"Aduh, sakit sakit. Hehehe" Annur masih menggosok pipi mulusnya. Pandai Farihah melawak ya?

"Kau ni, nampak macam baru lepas sekolah. Kau adik angkat Shafika ke? Tak sangka Shafika ada adik angkat yang comel macam kau ni" Farihah mula meneliti segenap inci wajah Annur.
Meskipun wajah Annur mempunyai jerawat-jerawat kecil, namun ia tetap tidak menghalang kecantikan seri pada wajah tersebut.

"Saya kawan Fika lah, kak. Umur saya sebaya dengan Fika je. Apa pula adik angkat!" Annur cuma tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya.

"Ya ke kau ni? Biar betul? Muka macam umur 17 tahun saja. Jangan nak menipu akak! Kau baru lepas habis SPM kan? Tak baik tau menipu" Farihah tidak mempercayai kata-kata Annur.

"Buat apa saya nak tipu akak pula? Saya dapat apa kalau tipu akak? Dapat dosa sahaja" Annur mengambil baju pekerja daripada Farihah.

"Ya lah, akak pergi ke depan dulu. Kau pakailah baju tu, akak pergi dulu ya? Kau tolong susun-susun apa yang patut, nanti akak bagi kau kerja yang proper sikit " Farihah mula berjalan ke pintu hadapan.

Siapa sangka, dia dapat bekerja hasil daripada usaha Shafika. Sudahlah dia tidak mahu menyusahkan kawan baiknya, namun dia makin menambahkan kesusahan kepada Shafika!

Apa punya kawanlah macam ni?

🍃🍃🍃

'Angkat kotak tu!'

'Susun lah stok barang tu.
Tak kan goyang kaki je?'

'Apa punya perangai lah! Buat kerja elok-elok, kalau pecah, siapa nak ganti?!'

Dia dibuli lagi. Pergilah sejauh mana sekalipun, dia pasti akan dibuli.

Siapa lagi kalau bukan si Annur?

"Apa korang buat ni?! Tak ada kerja dah ke?! Membuli orang je tahu!" Shafika mula memarahi pekerja-pekerja di dalam kedai runcit itu.

Kebetulan, Shafika baru pulang daripada kolej. Jadi dia sengaja mahu singgah di tempat kerja Annur. Tak sangka pula pekerja-pekerja di kedai runcit Farihah membuli Annur!

"Nur, kau kenapa tak pertahankan diri sendiri? Sampai bila nak harapkan orang lain tolong kau ni?" Shafika tidak sedar tutur katanya telah menyakitkan hati Annur. Dia terlepas kata!

"Nur? Nur?? Nur?!" Shafika menggoncangkan bahu Annur. Annur tetap berdiam diri.

"Nur? Kau kenapa ni? Ya Allah, susahlah dapat kawan macam ni" Shafika menepuk dahinya.

Sekali lagi, sekali lagi dia tidak sedar yang dia telah melukakan hati Annur.

Annur tersenyum nipis sebelum meneruskan pekerjaannya. Dia betul-betul tersinggung dengan ayat Shafika.

"Apa masalah dia ni? Ya Allah" Shafika mahu mengikut langkah Annur, namun tangan milik Farihah menghalangnya.

"Sudahlah, biar dia buat kerja dia dulu. Right now, akak nak cakap something dengan kau. Follow me" Farihah mengajak Shafika ke restoran berhampiran dengan kedai runcit itu.

🍃🍃🍃

"Apa?! Biar betul?!" Shafika tergigit lidah sendiri kerana terkejut dengan ujaran Farihah. Auch, sakit!

"Betul, Nur tu baik sangat. Akak tak sampai hati nak biarkan kawan kau kerja dekat kedai runcit tu lagi" Farihah menghembuskan nafas.

"Diorang teruk sangat ke buli Nur? Diorang suruh Nur buat apa je?" Shafika mula membara amarahnya. Kejam sungguh pekerja di kedai runcit tu!

"Teruklah, patutnya kerja angkat angkat barang berat untuk lelaki. Kenapa Annur pula yang kena buat? Akak dah penat nasihat diorang supaya jangan buli pekerja baru, tapi diorang tak serik-serik juga! Haih" Farihah merengus.

Bukan sekali dua Annur dibuli, banyak kali! Dalam sebulan, pasti lebih daripada seminggu Annur akan dibuli! Kesian Annur!

"Kau kena carikan dia tempat kerja lain. Kesian akak tengok dia dua bulan kerja kat kedai runcit tu. Tak nak lah akak tanggung dosa sebab pekerja-pekerja aku buli dia" Farihah menggelengkan kepala. Dia takut akan azab yang bakal menimpa sekiranya dia tidak berbuat apa-apa tindakan.

"Macam ni lah, akak bagi dia kerja lagi sebulan, boleh tak? Lepastu Fika janji, Fika carikan kerja lain untuk dia, boleh kan? Akak tolong Fika, please please" Shafika mengelipkan matanya berulang-ulang kali.

"Ya lah ya lah, nasib baik kau kawan Zahra. Kalau tidak, memang dah lama akak berhentikan Annur tu, kesian dia asyik-asyik dibuli! Akak bagi tempoh sebulan je tau" Farihah mengangguk sahaja.

"Thanks kak, saaaayang akak!" Barulah kini Shafika mampu untuk tersenyum.

🍃🍃🍃

"Nur, jom tengok tv! Aku bosanlah lepas habis kelas ni" Shafika mengetuk beberapa kali pintu bilik Annur. Namun, Annur tetap tidak membuka pintu.

"Nur, kau ada kat dalam tak? Kenapa kau tak jawab soalan aku? Nur?" Shafika berasa hairan. Kenapa Annur tidak membalas kalau dia ada kat dalam?

"Nur? Puteri Annur! Kau tengah tidur ke? Awal lagi ni, baru pukul 6 petang" Shafika geram. Tidak boleh jadi ni! Dia segera masuk ke dalam biliknya untuk mengambil kunci pendua bilik Annur.

Klak! Pintu bilik Annur berjaya dibuka menggunakan kunci pendua.

Apabila masuk sahaja ke dalam bilik Annur, Shafika terus membesarkan biji matanya. Terkejut bukan kepalang apabila dia melihat tubuh Annur terlantar di atas lantai.

"Nur?! Annur!!! Kau kenapa ni? Ya Allah! Pucatnya muka kau!" Shafika menepuk-nepuk pipi Annur. Annur kelihatan tidak bermaya sama sekali.

"Nur, jangan buat aku risau.... Aku dah janji dengan Iskandar untuk jaga kau. Nur...." Shafika membaringkan tubuh Annur di atas katil.

Nombor doktor peribadi didail. Dia risau akan kesihatan Annur.

Kenapa Annur kelihatan sakit sedangkan dia sihat-sihat sahaja pagi tadi?

Shafika berasa musykil akan sesuatu. Apakah Annur mempunyai penyakit lain atau....

Sesuatu perkara yang dia tidak dapat kenal pasti?

~ B E R S A M B U N G ~

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now