Bab 21

192 63 7
                                    

Are you can give happiness
that I looking for?

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Abang! Tak kan abang tak tahu mana Nur pergi? Abang cuba sorokkan sesuatu daripada Fika ke? Kenapa abang nampak macam kelam kabut dari Annur keluar rumah lagi?" Shafika tidak henti-henti bertanyakan soalan itu kepada Shazriq.

"Ish, berapa kali aku kena bagitahu kau? Aku tak tahulah! Dia bukannya adik aku pun! Kenapa aku kena ambil tahu pasal dia pula? " Shazriq berasa bengang. Sudah berbuih mulutnya menjawab pertanyaan Shafika! Soalan yang sama juga adiknya akan bertanya!

"Susahlah cakap dengan abang ni! Lebih baik Fika cakap dengan dinding je! Senang!" Shafika merengus. Dia melihat telefonnya, ada panggilan daripada Iskandar!

Alamak, matilah nak! Apa nak jawab ni?

"Eerr, assalamualaikum?" Kelu lidah Shafika untuk berkata-kata.

"Waalaikumussalam, Fika. Mana Nur? Aku nak cakap dengan dia kejap, boleh tak?"

Shafika mengeluh lemah. Tak kan dia nak kata kat Iskandar yang Annur menghilangkan diri?

Kalau Iskandar call Annur sendiri pun,
Annur tidak akan menjawab panggilan itu!

Katanya, dia malu untuk berbicara dengan Iskandar! Haih, dah dilamun cinta tu dilamun cinta sajalah! Jangan nak bersweet-sweet depan orang single ni!

Sakit hati titew tau!

"Fika? Fika?!"

"Ha? Ya ya? Apa kau cakap tadi? Aku kurang dengar lah. Sorry" Shafika mengurut dadanya perlahan. Terkejut apabila disergah Iskandar.

"Mana Nur? Aku nak cakap dengan dia ni. Kau pass telefon kau kat dia"

"Dia tak ada.... Aku tak tahu dia pergi mana. I'm so sorry, Is" Shafika menghembuskan nafas. Dia takut Iskandar akan memarahinya kerana tidak menjaga Annur dengan sebaik-baiknya.

"Apa?! Macam mana dia boleh tak ada pula? Dia pergi mana? Kau jangan
main-main dengan aku! Tak lawak, okay?"

"Sorry Is, dia pergi macam tu je. Aku tak sempat nak halang dia daripada keluar dari rumah aku. Aku rasa dia keluar pagi tadi. I mean, awal pagi like dalam pukul tiga pagi. Sorry, Is" Shafika menggigit bawah bibirnya.

"Okay, aku cau dulu. Kalau
ada apa-apa, inform aku"

Iskandar memutuskan panggilan. Shafika mengeluh buat ke berapa kalinya.

🍃🍃🍃

'Ya Allah, aku nak pergi mana lagi, Ya Allah' Annur merintih di hadapan taman itu. Dia tidak tahu di manakah dia berada. Dia cuma tahu dia sudah berusaha melarikan diri daripada rumah kawannya, Shafika.

'Aku dah tak ada tempat bergantung, Ya Allah. Sesungguhnya, aku sangat lemah tika ini' Annur bersuara sambil mengalirkan air mata.

'Kenapa aku diuji sebegini, Ya Allah. Di mana harus aku berteduh selepas ini?' Annur menggengam rumput di tanah. Dia berasa sangat-sangat lemah ketika ini. Segala otot-otot di lututnya menjadi lembik.

"Kenapa kau kat sini?" Annur menoleh memandang suara yang menegurnya.

Iskandar? Apa yang dia buat kat sini?
Tak kan dia mahu memancing pula? -_-

"Aku tanya ni, kau buat apa kat sini? Kau tahu tak, orang risau pasal kau" Sekali lagi Iskandar bertanya. Dia nampak wajah muram Annur.

"Tak ada apa. Saya balik dulu lah" Annur tidak betah berada terlalu dekat dengan Iskandar. Dia akan berasa terlalu sedih.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now