Bab 6

230 76 13
                                    

Can’t wait to see
myself happy again

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Kau boleh tak buat kerja tu elok-elok sikit?!" Kaylie membaling baldi kepada Annur.

"Sakitlah kak" Annur mengambil baldi itu kemudian meletakkan air ke dalamnya.

"Sebab kau bodoh! Rasakan lah!" Annur terdiam. Dia sedar tempatnya sekarang sekadar di tapak kaki mereka.

"Woi perempuan! Masak sekarang!" Puan Farwah melaung dari bawah. Annur segera mahu keluar, namun Kaylie menahannya.

"Kau nak pergi mana perempuan?! Cuci tandas aku biar bersih dulu, baru boleh keluar!" Kaylie tersenyum menyenget.

"Tapi kak, nanti ibu marah Nur pula" Annur sekali lagi mahu keluar, namun tangan Kaylie menghalang.

"Kau tak faham bahasa ke?! Cuci tandas dulu, baru masak! Dah, masuk dalam tandas balik! Muka kau layak dalam tandas je!" Kaylie mengunci pintu dari luar.

"Kak! Jangan buat Nur macam ni!" Annur mengetuk-ngetuk pintu, namun dia hampa. Kaylie pasti tidak menghiraukannya.

Setelah siap mencuci tandas, Annur terduduk di tepi pintu. Puan Farwah membuka pintu bilik Kaylie.

"Hoi! Dah lama hidup ke?! Aku panggil pukul 10 tadi, kau masih dalam bilik?! Kau rasa sekarang dah pukul berapa?! Tahulah bilik kau hodoh, tak payahlah duduk kat dalam bilik anak aku!" Puan Farwah menarik lengan Annur.

"Sakit, ibu" Annur berasa penat. Dia tak larat mahu berdiri sekalipun.

"Kau bangun sekarang, tak payah nak tunjuk kau lembik sangat! Pemalas! Aku suruh masak, kau boleh senang lenang dalam bilik Kaylie?! Nak mati agaknya" Puan Farwah mengheret Annur. Annur tidak berdaya, dia lantas memejamkan mata.

"Ibu!" Dia terdengar suara Syirhan memanggil Puan Farwah, setelah itu dunianya menjadi gelap gelita.

🍃🍃🍃

"Apa masalah ibu ni?! Kenapa buat Nur macam tu?! Kalau Syirhan lambat balik tadi, ibu nak dia mati ke?!" Syirhan menahan debaran di dada. Jika dia lambat datang rumah tadi, pasti Annur akan diapa-apakan!

"Ibu bukan apa, dia tu yang pemalas! Duduk melepak goyang kaki dalam bilik Kaylie. Ibu marahlah dia, ibu bagi pengajaran sikit. Tak kan itu pun Syirhan nak marah ibu pula?" Puan Farwah tidak memandang anak mata Syirhan, kalau dia tengok mesti dia tak mampu untuk membohongi anak kesayangannya.

Syirhan tahu Puan Farwah cuba berbohong. Namun anak mata Puan Farwah tidak mengikut akal fikiran ibunya.

"Haih, Syirhan bukan nak bagi syarahan, tapi ibu dah besar kan? Boleh beza mana yang baik dan mana yang buruk, ibu tak malu ke sakitkan anak ayah sampai macam tu sekali?" Syirhan mengeluh seketika. Membulat mata Puan Farah apabila Syirhan berkata sebegitu dengannya!

"Kalau dia tak bunuh ayah, ibu tak kan jadi macam ni! Ibu takkan seksa dia sampai teruk macam sekarang! Ibu tak kan dera dia!" Puan Farwah menghamburkan amarahnya kepada Syirhan.

Naylie dan Kaylie hanya dibiarkan di dalam rumah. Buat apa sibuk-sibuk bawa satu rombongan semata-mata untuk melihat Annur?

Puan Farah merenung pintu bilik wad Annur. Disebabkan Annur, Syirhan dah berani melawan katanya!

'Siap kau Annur, kalau kau keluar dari wad ni, aku ganyang kau sampai mampus!' Puan Farah cuma berkata di dalam hati kalau Syirhan dengar, mahu dia pula yang mampus!

"Kenapa Syirhan berpihak kepada dia? Ibu yang melahirkan kamu, patutnya kamu dengar cakap ibu, bukannya melawan kata" Puan Farwah agak terasa dengan teguran Syirhan.

"Syirhan hormat ibu sebab ibu yang melahirkan Syirhan, tapi Syirhan pun tak mahu Nur sakit sampai macam ni. Kalau ibu dah tahu perkara sebenar nanti, mesti ibu akan menyesal"

"Kenapa ibu perlu menyesal pula?" Puan Farah tidak memahami makna disebalik ayat Suruhan. Syurga hanya mendiamkan diri. Lebih baik dia tidak berkata apa-apa atau dia akan mengeruhkan keadaan.

"Syirhan masuk wad Nur kejap" Syirhan terus melangkah ke dalam wad Annur.

"Nur, rasa okay tak? Ada sakit kat mana-mana ke? Doktor kata Nur kurang minum air, kenapa boleh jadi macam tu? Abang rasa Nur asyik kat dalam rumah je, kenapa jarang minum air?" Panjang-lebar Syirhan berkata. Annur pula rasa macam nak pengsan balik!

"Abang ni, membebel macam mak nenek! Nur okay je lah. Nur cuma pening kepala tadi. Doktor tu tipu je, suruh doktor tu jadi pakar bedah, bukan pakar temberang!" Anjur mencebik. Dia dengan Syurga memang manja. Maklumlah, Syirhan sahaja yang memahami dan menganggap dirinya seperti keluarga sendiri!

"Amboi, melebih dah dia ni" Syirhan tersenyum melihat wajah ceria Annur.

Wajah ceria itu menunjukkan kesedihan yang ditutup oleh Annur. Dia cuma mengukirkan senyuman plastik, sekali pandang pun tahu Annur berpura-pura ceria!

I know you hide
your sadness.

"Nur, kalau abang suruh Nur kahwin, Nur nak tak?" Pertanyaan yang datang dari mana entah Syirhan lontarkan.

"Ha?! Kahwin? Nur baru umur 18 tahun. Nur tak nak kahwin lagi. Nur ada cita-cita sendiri. Kalau Nur kahwin, mesti suami Nur tak nak Nur bekerja nanti!" Annur pantas menolak cadangan Syirhan.

"Bukan apa, lega sikit hati abang kalau Nur dah kahwin, sekurang-kurangnya masa depan Nur terjamin. Boleh Nur berharap kepada suami Nur nanti. Kan?" Syirhan memang tak berkenan Annur tinggal bersama ibu dan adik-adiknya.

Kalau dulu dia masih tinggal di sana, tidak mengapalah. Sekarang dia sudah berhijrah ke ibu kota, sangat susah untuknya berpatah balik ke rumah itu.

Dia risau Annur akan dijadikan hamba abdi di dalam rumah itu. Dia sudah berjanji dengan arwah ayah untuk menjaga Annur seperti menjaga nyawa sendiri.

"Nur nak kahwin dengan siapa? Nur tak rapat dengan mana-mana lelaki pun" Annur bertanya membuatkan Syirhan berhenti mengelamun.

"Abang kan ada?" Syirhan tersenyum lebar.

"Abang jangan kata..." Nur terlopong.

"Nur kahwin dengan abang, nak?"

"HA?!"

🍃🍃🍃

"Kau fikir apa tu, Fika oi?" Shazriq berbaring di atas sofa panjang menanti jawapan yang meniti di bibir Shafika.

"Fika takut Nur menderita dalam rumah ibu tiri dia. Adik tak nak dia sedih sepanjang hayat. Kenapa orang sekeliling anggap dia teruk? Takkan sebab dia dicop pembunuh, rupa paras tak berapa cantik orang nak pandang dia macam dia  bersalah?"

"Kau kena faham, tak semua orang boleh terima Annur macam kau. Tak semua orang baik macam kau. Dan tak semua orang boleh berfikir waras macam kau"

"So kiranya adik baik la kan?" Shafika mengangkat keningnya. Shazriq sudah menyumpah seranah diri sendiri kerana memuji Shafika!

"Sudahlah, aku penat! Lebih baik tidur. Kau pun tidurlah, esok aku teman kau pergi rumah Annur"

"Betul ke abang?! Abang tak tipu kan?!" Shafika menjerit kerana teruja.

"Ya lah, habis pekak telinga aku" Shazriq menyentuh telinganya.

"Hehe, goodnight!"

"Hmm" gumam Shazriq sebagai jawapan.

~ B E R S A M B U N G ~

Boleh letak buku ni dalam library,
Nanti moon update 2 or 3 chapter every day! ❤️

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now