Bab 3

273 82 36
                                    

Remember,
Just smile, at least it can
hide your sadness

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Annur tersenyum lebar. Dia bersyukur dengan markah peperiksaan yang diperoleh. Meskipun bukan semua subjek dia mendapat A, sekurang-kurangnya dia tidak mendapat gagal dalam subjek!

"Kau dapat nombor 5 lagi ke, Nur?" Annur menggeleng kepalanya.

"Lah, dah tu?" Shafika yang sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas, kali ini dapat tempat ketiga. Dia jadi curiga siapa yang dapat tempat pertama. Jangan-jangan....

"Nur! Kau dapat nombor satu eh?" Annur menggelengkan kepala. Dia menaikkan dua jarinya kepada Shafika

"Serious lah?! Biar betul?! Siapa dapat nombor satu? Asal aku dapat nombor tiga ni? Eee geramnya aku. Aku nak siat-siat kulit orang yang dah rampas takhta aku!" Annur berasa lucu melihat riak wajah Shafika.

"Aku rasa Iskandar dapat nombor satu. Kalau tak silap aku lah" Annur memandang slip keputusannya. 6A 3B. Kalau nak dibandingkan, markah itu sudah cukup bagus.

"Kau dapat berapa A?" Annur melihat markah Shafika. 5A 4B. Oh, kurang satu subjek A. Selalunya Shafika akan mendapat markah 8A 1B. Mungkin kerana dirinya, Shafika kurang focus? Dia sendiri tidak pasti.

"Jangan kau ingat aku tak focus sebab kau eh! Aku just terbuat careless mistake!" Shafika mengecilkan matanya ke arah Annur.

"Ya lah" Annur kembali ke tempat duduknya.

"Cikgu betul-betul tak sangka. Markah tempat pertama dengan kedua mempunyai purata yang sama! Bermakna Puteri Annur dan Mohammad Iskandar berebut tempat pertama. Nur Shafika, lain kali focus berganda-ganda ya? Kamu mungkin banyak main, sebab tu markah kamu merosot sikit"

"Baik cikgu" Shafika menjeling ke arah sisinya. Annur tipu dia! Tadi Annur kata dia dapat nombor 2. Pandai ya Annur nak sorok-sorok daripada dia?!

🍃🍃🍃

"Sini kau" Atiqah menarik tangan Annur lalu membawanya ke tengah-tengah dataran.

"Wahai sekalian makhluk!" Para pelajar yang sedang menikmati waktu rehat mula berkumpul di dataran itu.

"Kalau korang nak tahu, budak ni perempuan hodoh yang tiada sesuatu benda hodoh pun boleh dikaitkan dengan dia!" Atiqah menunjal dahi Annur. Annur hanya merelakan. Dia nampak seperti hamba kepada Atiqah dan yang lain.

"Sebab apa? Sebab dia terlalu hodoh! Ewww" Atiqah berpura-pura ketawa.

'Ewwww' Para pelajar juga menyahut kata-kata Atiqah.

"Babe, tak baik kau malukan dia depan dataran ni. Kesian dia!" Vivie tidak setuju dengan muslihat Atiqah.

"No! Aku rasa puas sebab dapat seksa dia! Tengoklah air mata dia tu, so sad. Nak aku sapukan ke?" Atiqah menoleh memandang Annur. Annur sudah menangis teresak-esak.

"Hey, perempuan! Yang kau menangis kenapa? Mana kawan kau tu, siapa eh? Ika? Tikar? Entah lah aku tak tahu. Dia tak ada ke hari ni? Kalau dia ada, bolehlah kau tunjuk berani depan aku, kan?" Sebenarnya Atiqah sudah tahu Shafika tidak hadir ke sekolah hari ni. Shafika demam. Dia dah check list nama pelajar tingkatan empat.

'Fika, aku perlukan kau. Aku tak kuat Fika' Annur terduduk di dataran itu.

"Ada sesiapa bawa telur? Atau tepung ke? Boleh kita mandikan dia ni. Mesti dia makin CANTIK nanti" Atiqah tersenyum penuh makna apabila melihat seorang pelajar kelasnya menghulurkan tepung gandum.

"Siapa korang untuk mandikan dia?!" Iskandar datang dengan berwajah tegang.

"Is..." Atiqah terkaku melihat aura Iskandar. Seram bak hang!

"Semua pergi rehat! Kalau ada orang kat sini lagi, aku lapor kat cikgu disiplin!" Maka berterabur pelajar berlari.

Atiqah juga melarikan diri. Namun, dia menyorok di sebalik tiang. Dia mahu mendengar setiap butir bicara antara Annur dan Iskandar.

"Kau kenapa kat tengah-tengah dataran ni?" Iskandar menghela nafas. Annur kelihatan seperti baru lepas menangis.

"Boleh tak, kau cuba lawan diorang? Aku tahu, diorang ramai. Tapi sekurang-kurangnya kau bertindak dengan mulut yang Allah bagi pinjam. Jangan tunjuk kau lemah sangat depan mereka!" Iskandar terus meninggalkan Annur yang tampak seperti baru lepas bangun tidur. Blur je memanjang!

Iskandar menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang Annur. "Please defend yourself, kalau bukan diri kau, siapa lagi? Cau dulu" Iskandar meneruskan perjalanannya.

Atiqah menghentakkan kakinya. Dia geram dengan sikap Iskandar. Kenapa Iskandar boleh baik dengan Annur, sedangkan dengan dirinya? Iskandar buat dunnow je!

'Siap kau perempuan! Aku akan pastikan hidup kau merana untuk selama-lamanya!' Atiqah berjalan menaiki anak tangga untuk ke kelas.

🍃🍃🍃

"Hoi! Bila kau nak masak ni? Aku laparlah" Kaylie membaling kusyen ke arah Annur. Annur sedang menyiapkan kerja sekolah terus terhenti.

"Nur dah buat nasi goreng dengan ayam masak merah. Kak Kaylie makan lah"

"Menjawab je kan kerja kau?! Tak ada makanan lain ke?! Aku dah bosan makan nasi goreng hari-hari! Pergi masak benda lain!!! Tak tertelan aku nak makan nasi goreng kau!" Kaylie menjerkah Annur. Annur memandang wajah kakak tirinya.

'Sabar Nur, kau cuma perlu bertahan sikit je lagi. Lepas habis sekolah, kau boleh bekerja!' Annur berlalu ke dapur.

Annur berhempas-pulas menyiapkan juadah untuk Kaylie. Akhirnya dia memutuskan untuk menghidangkan nasi ayam.

"Kak, Nur dah buat nasi ayam. Akak pergilah makan" Annur tersenyum nipis.

"Kau ingat aku tak reti cari makan sendiri ke?! Memekak je lebih!" Kaylie terus menuju ke dapur. Perutnya yang berkeroncong minta diisi terus mengambil pinggan tanpa menghiraukan Annur di sisinya.

"Aku dah habis makan! Kau tunggu apa lagi, bersihkan sisa-sisa ni!" Kaylie menjatuhkan kerusi. Sisa-sisa makanan sengaja ditaburkan. Dia tersenyum sinis melihat wajah Annur. Dia suka lihat Annur terseksa! Dia puas, puas melihat wajah sedih Annur.

Naylie menuju ke arah Annur. Dia ternampak tangan Annur berdarah.

"Nur, kenapa ni? Berdarah tangan!" Annur menggelengkan kepala. Dia terkena serpihan kaca pinggan yang dibaling oleh Kaylie.

"Nur, bagi Naylie tengok tangan tu" Naylie terlalu prihatin sehingga membuatkan Annur berasa rimas.

"Kak Naylie, Nur okay je. Akak pergilah tengok tv. Jangan risau pasal Nur, tau?" Annur tersenyum. Dia segera mengambil serpihan kaca pinggan yang pecah itu.

Dia tahu Naylie berniat baik, namun dia tidak mahu Naylie diseksa seperti dirinya hanya kerana Naylie mahu membantu Annur.

"Ish, Naylie tak kira! Naylie tetap nak tolong Nur juga. Meh sini pinggan tu" Naylie tetap berkeras mahu menolong Annur.

Puan Farwah di sudut ruang tamu hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Bukan apa, dia sebenarnya jatuh kasihan melihat wajah Annur menjadi tempat memuaskan nafsu amarahnya.

Puan Farwah masih mempunyai perasaan seorang ibu. Ibu mana mahu anaknya dicederakan? Namun apabila dia mengenang kembali bagaimana suaminya terbunuh, dia menjadi sangat marah kepada Annur.

"Huh, kalau dah pembunuh, buat apa aku nak kesian kan dia?! Mati hidup balik pun aku tak kan maafkan kau sebab kau dah bunuh suami aku!" Puan Farwah membiarkan kemarahan menguasai diri.

Dia benci dengan Annur. Benci sangat-sangat! Dia rasa mahu membiarkan Annur duduk di dalam rumah terbakar lima tahun lepas!

~ B E R S A M B U N G ~

Terima kasih baca
cerita moon!

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now