Bab 13

188 70 19
                                    

Is it wrong to fall in love?

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Umi, Nur bosanlah duduk dalam rumah ni. Apa patut Nur buat eh?" Annur mula menempel di sisi Puan Meysarah. Sudah beberapa bulan Annur tinggal di rumah itu.

Banyak kali juga budak dua orang tu memarahi Annur, namun Annur tetap bersabar. Dia hanya mengganggap Irwan dan Izhan seperti kakak tirinya, Kaylie.

Walaupun Irwan dan Izhan hanya berusia masing-masing 17 dan 16, namun mereka tetap berbahaya. Mereka seorang lelaki, mana mungkin tenaga wanita 18 tahun sepertinya bisa mengalahkan lelaki-lelaki itu.

"Nur? Dengar tak Umi cakap?" Annur tersedar. Jauh sekali dia termenung. Nasib tidak terbabas sehingga ke Marikh!

"Ya? Maaflah Umi, Nur tak berapa dengar" Annur tersengih-sengih sambil memeluk lengan Puan Meysarah.

"Nur tolong Umi kat kedai makanlah! Nur pun pandai masak kan? Bolehlah Nur tolong apa-apa yang patut kat kedai Umi tu" Annur tercengang.

Kalau masak untuk diri sendiri, bolehlah. Ni nak masak untuk pelanggan yang berkunjung tiba di kedai Puan Meysarah? Tidak mahu!

Kalau masakannya tidak sedap? Mesti pelanggan-pelanggan akan lari dari mengunjungi kedai makan Puan Meysarah! Dia tidak mahu dirinya menjadi asbab kerugian Puan Meysarah!

"Haih, asyik termenung je. Nak hilangkan bosan ke tak nak ni?" Puan Meysarah mencuit hidung Annur.

"Err, tak apalah Umi! Nur duduk kat rumah je lah hehe" Annur baru sahaja melangkah beberapa tapak ke biliknya, namun namanya dipanggil oleh Puan Meysarah.

"Jangan pedulikan cakap orang! Jom, ikut je Umi ke kedai makan. Kalau customer tak ada pun, bukannya sebab kamu punya masakan" Annur menurut jua setelah dipujuk oleh Puan Meysarah.

Mereka tiba di kedai makan Puan Meysarah setengah jam setelah itu.

"Umi..." Annur terkedu apabila melihat Iskandar telah terpacak di hadapan pintu kedai makan tersebut.

"Nur boraklah dengan Is, Umi nak buka kedai kejap" Puan Meysarah mencari kunci di dalam beg tangannya.

Keadaan sepi. Iskandar mahupun Annur tidak berkata sepatah perkataan pun.

"Eh, kenapa senyap je korang berdua ni? Kata dah lama kenal?" Puan Meysarah tampak hairan melihat reaksi kedua-dua anak muda itu.

"Umi, Nur masuk dulu" Annur melangkah masuk ke dalam kedai makan itu.

"Is? Senyap je? Ada apa-apa masalah ke?" Iskandar cuma menggeleng kepala. Dia jadi segan pula mahu memulakan bicara bersama Annur.

"Hmm tak apalah. Kamu dah makan? Bolehlah singgah makan kat kedai Umi" Iskandar dan Puan Meysarah melangkah masuk bersama-sama di dalam kedai makan tersebut.

🍃🍃🍃

'Masya Allah, sedapnya lauk kau
masak hari ni, Sarah'

'Kenapa hari ni lauk ayam masak merah habis cepat? Aku teringin nak rasa ayam masak merah'

'Kau ambil tukang masak baru ke, Sarah? Lain macam je rasa masakan kau hari ni'

'Kak, nak bungkus tiga nasi
dengan ikan keli berlada'

'Apa kau jampi dalam lauk kau hari ni, Sarah? Aku makan sampai tak cukup-cukup!'

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now