Bab 7

217 77 22
                                    

Sleeping is my only way to
Escape from sadness

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Abang! Abang dah janji nak bawa Fika pergi rumah Nur! Abang ni, menyampah tau! Suka mungkir janji. Penatlah macam ni" Shafika merajuk dengan sikap acuh tidak acuh Shazriq.

"Kerja aku kat office lagi berlambak-lambak. Nak layan kau pula. Malas aku ikut kata kau ni, lagi memeningkan kepala aku je" Shazriq sudah mula menguap. Shafika memuncungkan bibirnya.

"Ha, muncung-muncung ni nak buat apa? Hanger baju? Elok sangatlah tu buat muka macam tu dekat abang sendiri?" Shafika menjeling wajah Shazriq.

"Abang tu yang tak pernah nak tepati janji sendiri! Malaslah Fika cakap apa-apa dah dekat abang! Lepas ni Fika bagitahu dekat jiran sebelah je! Tak pun Fika mengadu kat kawan abang dekat office tu!" Shafika kemudian melangkah ke dapur. Lebih baik memasak daripada melayan Shazriq yang kurang asam tu!

"Lah, itu pun nak merajuk ke? Sembang pumpang pumpang ke laut" Shazriq hanya mengerling sekilas Shafika yang sudah selamat menuju ke dapur.

"Macam budak-budak betul" Shazriq mengumam sendirian.

"Kau masak apa tu, dik?" Shazriq melangkah ke dapur. Shafika sedang memotong sayur-sayuran.

"Sibuk je nak tahu. Pergilah tengok tv ke tidur ke. Jangan duduk dalam dapur ni, kacau betul!" Shafika menjeling ke arah Shazriq.

"Mestilah kena tahu, perut aku dah berdendang sayang ni. Lagi lambat kau masak, lagi lambat aku nak melantak. Aku lapar giler dah ni" Shazriq memegang perutnya.

"Masaklah sendiri. Adik nak masak untuk adik je! Malas mahu layan abang!" Shafika mengambil ayam daripada peti ais. Dia kemudian meletakkan ayam di dalam bekas. Dia mula mengisi air untuk melembutkan ayam.

"Aku suruh Annur masak nanti, baru tahu" Shazriq berkata perlahan, namun Shafika yang telinga lintah dapat menangkap butir bicara abangnya itu.

"Kejap, kenapa Nur pula kena masak? Apa kaitan Nur dalam hal ni?" Shafika berhenti daripada membasuh ayam. Shazriq berhenti berkata. Dia terlepas kata!

"Tak ada apa" Shazriq membalas acuh tidak acuh sahaja. Dia menampar-nampar bibirnya sendiri.

"Abang cakap nama Annur tadi. Fika rasa Fika tak salah dengar. Abang ada apa-apa perasaan kat Annur ke? Abang jangan macam-macam eh, Fika ketuk dengan senduk ni nanti. Dia tu kawan Fika tau!" Shazriq melirik matanya ke arah Shafika.

"Tak ada tak ada, merepeklah kau ni! Baik kau pergi memasak sekarang. Aku nak tengok tv, ada faedahnya juga daripada layan kau" Shazriq melarikan diri daripada menjawab soalan Shafika.

"Something's fishy here. Kalau aku tahu abang ada perasaan kat Nur, siap dia! Aku hempuk kepala dia dengan tempat pemotong ni!" Shafika membebel sendirian.

🍃🍃🍃

"Nur! Buatkan aku air. Aku dahaga giler ni" Kaylie terduduk di atas sofa. Penat setelah seharian keluar tak balik-balik!

"Nur! Kau dengar tak apa aku cakap ni?! Dah pekak dah ke budak hodoh ni?!" Kaylie masih tidak mendengar sahutan Annur.

"Mana pergi budak tak guna ni?! Dah pandai nak melawan ke? Aku cakap sorang-sorang dari tadi. Ingat aku ni apa, patung?! Tunggul?!" Kaylie menghempas beg tangannya di atas sofa. Dia mahu menuju ke dapur. Annur baru sahaja melangkah ke dalam rumah.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now