Bab 20

197 65 6
                                    

Walking aimlessly, but here I am

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

3 tahun kemudian...

"Nur, jom tengok movie! Aku ada jumpa movie best tau! Jom! Jom!" Shafika memeluk lengan Annur. Erat, terlalu erat. Sampai Annur naik rimas dengan perbuatan Shafika! Nasib Shafika ni kawan baik dia!

"Kejap eh, aku nak buat cheesekut" Annur mengambil loyang yang berisi cheesekut lantas diletakkan di dalam peti ais.

"Alaa Nur, aku nak juga suruh kau teman aku! Jom jom!" Shafika masih merapatkan dirinya kepada Annur.

"Ya lah, aku nak tutup peti ais kejap. Sabar sikit boleh tak?" Annur tergelak kecil. Dia cepat-cepat menutup pintu peti ais tersebut.

Sedar tak sedar, usia mereka sudah menginjak ke angka dua puluh empat tahun! Shafika juga telah menghabiskan kuliahnya.

Shafika kini bekerja sebagai seorang arkitek! Dia telah membina beberapa pelan rumah yang sangat unik di mata pelanggan nya!

Mesti banyak gaji Shafika kan?

Annur sekadar kerja biasa-biasa sahaja. Dia telah mendapat pekerjaan yang lebih baik berbanding kerja di kedai runcit.

Dia telah menjadi seorang tukang masak di salah sebuah restoran berhampiran rumah Shafika!

"Okay, jom! Tak sabar betul kau ni kan?" Shafika membawa Annur ke ruang tamu. Mereka menonton cerita seram.

Annur yang agak penakut cepat-cepat menutup mukanya dengan bantal kusyen di sisi. Setiap kali dia terdengar suara orang menjerit, dia pasti akan melekapkan bantal tersebut ke mukanya.

Setelah tiga jam menonton movie tanpa henti, Annur berasa lega. Habis juga cerita ni! Dia menoleh ke sisi.

Shafika sudah nyenyak landing di atas sofa berangkai tiga! Amboi amboi amboi! Tadi dia yang ajak orang, tapi dia pula yang tidur, nak kena ni!

Annur mengerling jam di dinding. Pukul satu pagi. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk.

Masa itu jugalah pintu rumah mahu bergoyang! Annur tanpa berkelip mata hanya menyaksikan pintu tersebut diketuk bertalu-talu.

Argh sudah, hantu ke?!
Matilah dia!
Dia sudahlah seorang yang penakut!

Dia menutup mata pula.
Pergilah hantu, pergilah~

"Fika! Buka pintu ni!" Annur mengecam pemilik suara itu. Suara Shazriq! Abang kepada Shafika!

Kenapa lambat sangat Shazriq balik? Selalu pukul 10 malam sudah berada di dalam bilik.

Annur cepat-cepat membuka pintu tersebut. Shazriq tiba-tiba rebah di dakapannya.

"Nur... Nur nampak cantik sangat malam ni" Shazriq secara tiba-tiba mengelus pipi Annur.

"A-abang... A-apa ni..." Annur tergagap-gagap. Dia terus menjatuhkan tubuh Shazriq.

Annur melarikan diri daripada Shazriq, namun Shazriq merentap tangannya.

"You're mine..." Shazriq kemudian mengucup bibir Annur.

"Hmphhh hmphhh!" Annur meronta-ronta sambil mengalirkan air mata.

Tubuh Shazriq ditolak kasar. Dia menjerit-jerit melaung nama Shafika, namun Shafika tidur mati! Nak terkeluar anak tekak dia memanggil nama Shafika!

"Nur nak lari mana, sayang?" Shazriq kini berada di dalam bilik Annur. Pintu dikunci dari dalam.

"A-abang tak b-boleh b-buat... Nur macam ni" Annur tergagap-gagap. Belum pernah dia melihat Shazriq bersikap aneh begini?!

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now