Epilog

309 61 10
                                    

15 tahun kemudian...

"Amyra, jangan kacau Ayyan nak buat kerja sekolah!" Zahra berulang kali memarahi Amyra. Geram betul dengan perangai anak arwah Annur dan Iskandar ni!

"Mama, sakitlah! Kenapa Amyra tarik rambut Ayyan?" Rayyan menahan tangis. Apalah lelaki tapi kuat menangis!

"Eleh, kau! Sikit-sikit nak menangis! Macam perempuan je!" Amyra memeluk tubuhnya sendiri. Pelik dengan perangai adik angkatnya.

"Sudahlah, apa kata Amyra ajar Ayyan soalan Matematik tu? Amyra kan pandai?" Zahra tidak dapat menafikan, Puteri Amyra Zahra mengikut langkah ibu bapanya. Dia sangat pandai dalam bidang akademik.

Cuma, perangai je tak berapa baik.
Nakal sungguh! Tak terlayan perangainya!

"Nanti Amyra ajar. Ha, kau! Dalam kelas buat apa? Berborak je kan? Eyyy kalau lepas ni aku nampak kau bersembang kat meja belakang lagi, aku terajang kau!" Suara Amyra berbaur ugutan.

Tertelan air liur Rayyan Syah. Masalah betul kakak angkatnya itu!

Beza mereka cuma sebulan sahaja. Selepas sebulan arwah Annur dan Iskandar pergi meninggalkan mereka, Zahra melahirkan Rayyan.

"Bagus, Amyra! Mama tak kisah pun kalau kamu nak pukul Ayyan ni. Banyak sangat main dalam kelas!" Zahra telah memberi green light kepada Amyra.

"Betul eh, mama? Thanks!" Amyra menaikkan ibu jarinya ke arah Zahra.

"Jangan ajar anak yang bukan-bukan, sayang" Adam muncul daripada dapur. Ya, tugas seorang suami untuk menyediakan masakan tengah hari. Biarlah isteri berehat goyang kaki sementara waktu.

"Saya tak ajar apa-apa pun, eh! Jangan nak menuduh je lebih" Zahra menjeling manja ke arah suaminya.

"Amyra, Ayyan. Bersiap-siap tau? Lepas ni nak pergi rumah nenek pula" Adam berjalan ke arah mereka bersama Rafael Shah, anak bongsu kepada pasangan Zahra dan Adam.

"Nenek?" Amyra mual mengeluh. Dia tak suka duduk rumah Encik Zaidi dan Puan Syerah kerana suami isteri itu suka membebel tak henti-henti!

"Ya, sebelum tu... Kita lawat kubur ibu bapa Amyra dulu ya?" Amyra mengangguk kepala.

Sepanjang dia tinggal bersama ibu bapa angkatnya, tidak pernah sekalipun mereka terlupa untuk membawa Amyra ke tanah perkuburan arwah Annur dan Iskandar.

🍃🍃🍃

"Ayah.... Ibu" Gugur air mata sang anak di hadapan pusara milik ibu bapanya.

Puteri Amyra Zahra, meskipun perwatakannya kasar, namun dia masih memiliki sifat lemah lembut. Buktinya, dia akan menangis setiap kali berada di tanah perkuburan itu.

"Amyra minta ampun. Amyra tak dapat jaga ibu dan ayah. Amyra teringin sangat nak sentuh wajah ibu dan ayah. Yang Amyra dapat hanya lihat foto ayah dan ibu tinggalkan saja" Amyra mengusap batu nisan kedua-dua orang tuanya.

"Amyra, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayaha dan ibu ya? Jangan banyak menangis, meratapi pemergian mereka. Amyra kena redha" Adam menitipkan pesan. Dia sempat membaca Yaasin di tanah perkuburan itu.

"Ya, Amyra tahu" Amyra mengesat air mata yang tidak segan silu mengalir apabila tiba di tanah perkuburan.

Rayyan juga menangis tatkala melihat air mata Amyra gugur di situ. Zahra segera menyiku lengan anaknya.

Kang lebih-lebih si Rayyan ni menangis! Umur dah 15 tahun, tapi perangai macam budak darjah satu!

"Sudahlah, Amyra. Jom kita pergi rumah nenek pula! Amyra tak boleh sedih-sedih macam ni" Zahra pantas memaut bahu puteri tunggalnya.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now