Bab 16

175 68 17
                                    

With beautiful of sky,
I wish you were here.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Cerdiknya kau ni wahai Annur! Sekarang ni pada waktu petang yang mulia ini, kau nak pergi mana? Kau nak menapak ke rumah siapa? Kau tak ada saudara mara kat sekitar area ni lah!" Annur memandang ke arah rumput. Dia kini berada di sebatang pokok ara di sekitar taman perumahan Puan Meysarah.

"Tak mungkin aku akan berpatah balik semula ke rumah tu. Nanti diorang bunuh Umi, macam mana? Bukannya penting sangat pun nyawa aku ni, nyawa Umi paling penting! Aku tak akan biarkan diorang bunuh Umi begitu sahaja!" Sedikit rasa gusar di hati Annur apabila teringatkan ugutan Izhan tengah hari tadi.

Annur membuka dompetnya. Hanya ada tiga ratus lima puluh ringgit. Itu pun duit gaji Puan Meysarah bagi beberapa hari lepas. Argh, susahnya kehidupan bila menjelang alam dewasa ni!

"Macam mana nak mulakan hidup macam ni? Aku tak akan bekerja kat gerai makan Umi dah. Apakah aku akan mati di sini sahaja?" Annur menggaru-garu kepalanya. Terdetik di hati mahu memeriksa sesuatu di poket seluar. Dia terasa seperti ada kertas di dalam poketnya.

'Nombor Shafika! Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah' Annur menjerit teruja. Dia yakin Allah SWT pasti sedang membantunya untuk mencari jalan menuju ke arah kebahagiaan.

Kalau kau rasa kau dah give up, kalau kau rasa kau tak ada tempat nak bergantung, just call me. I will be there for you, understand?

Pantas sahaja nombor Shafika dihubungi. Agak lama talian untuk bersambung.

"Hello?"

"Shafika...." Annur mengalirkan air mata sederas air terjun.

"Ya, saya. Ni siapa?
Macam mana dapat nombor saya ni?"

"Akulah... Annur. Kau tak kenal aku ke?" Annur tergelak kecil. Suara Shafika agak formal!

"Ya Allah, Nur!!! Kau kat mana? Betul lah apa yang I- err ha kau tinggal mana sekarang?"

"Aku kat Taman Seksyen 5. Kau boleh tolong ambil aku? Aku tak tahu nak pergi mana...." Annur bersuara sambil menangis.

"It's okay babe! Penyelamat anda akan tiba sebentar lagi. Tunggu tau!"

"Terima kasih, Fika" Annur begitu tersentuh hati. Kawannya seorang itu sangat baik! Entah macam mana Shafika boleh sangkut berkawan dengan Annur yang merupakan pembawa malang itu.

🍃🍃🍃

"Ya Allah, Nur!!! Kau kat mana? Betul lah apa yang I- err ha kau tinggal mana sekarang?" Shafika menutup mulutnya. Dia hampir-hampir sahaja terlepas kata!

Baru sahaja dia mahu sebut nama Iskandar, nasib Shafika dapat mengawal suaranya

Mujur sahaja tangannya lebih pantas daripada mulut yang tak henti-henti pot pet pot pet ni!

"Aku kat Taman Seksyen 5. Kau boleh tolong ambil aku? Aku tak tahu nak pergi mana...."

"It's okay babe! Penyelamat anda akan tiba sebentar lagi. Tunggu tau!" Shafika pantas sahaja mengambil kunci kereta di atas meja oak.

Umur dah 20 tahun, tak kan tak
pandai memandu lagi!

Get ready, Annur. We're gonna have fun!

🍃🍃🍃

"Fika!!! Lajunya! Kau nak kita mati ke apa ni? Cuba bawa slow-slow sikit!!"

Annur memegang pemegang di atas pintu. Hampir tercabut jantungnya melihat Shafika membawa kereta itu! Macam pelesit sahaja gayanya!

Nak merempit ke nak tempah maut?

"Sorry, dah lama aku tak keluar dengan my bubu. Sebab tu aku bawa laju macam ni! Yahoo! Syok ooo" Shafika membelok ke simpang masuk rumahnya.

"Nasib aku tak ada sakit jantung, kalau tidak..."

"Ha, jangan nak cakap ayat cliché tu! Aku bosan dah dengarnya. Lain kali cakap lah, nasib aku tak ada jantung, ehh..." Shafika mula mengunci kereta. Sambil kunci pintu kereta, sambil dia merapu dengan Annur!

Kereta kesayangan tu! Perodua Kancil berwarna pink menampakkan lagi keayuan comel molek si Shafika!

"Okay, janganlah marah" Annur hanya tersengih. Nak bergurau dengan kawan sendiri pun manyak susah ooo!

"Sorrylah susahkan kau. Aku betul-betul tak tahu nak pergi mana sekarang ni. Aku tak ada hala tuju. Aku janji, kalau aku dah ada duit, aku tak duduk rumah kau dah!" Annur mengangkat tangan kanan gaya bersumpah.

"Lah, aku tak kisah pun kau nak duduk sini ke, kau nak terjun dalam rumah aku ke. No problem! Aku kan kawan kau yang terbaik! Kita akan selalu bersama, remember?" Shafika mengambil gugusan kunci di dalam poket seluarnya.

"Thank you, sayang kau!" Annur memeluk erat tubuh Shafika.

"Sayang sayang juga. Aku ni dah lemas dalam pelukan kau! Pergi naik, mandi. Busuk bau kau! Kalau letak kau kat tepi tong sampah pun, orang tak akan perasan!" Shafika menjelirkan lidah.

"Eee dia ni!!! Sengaja je kan?" Shafika mula berlari-lari anak ke dalam rumah. Suka dia mengusik kawan baiknya sejak sekolah menengah itu!

🍃🍃🍃

"Agak-agaknya, Annur dekat rumah Fika ke sekarang ni?" Iskandar leka memandang siling rumah.

"Mana kau pergi, Annur? Kau tahu tak aku susah hati, fikirkan kau? Janganlah buat hati aku macam ni..." Iskandar merayu sendirian. Dia berkata seolah-olah Annur berada di hadapan matanya.

Argh, tak boleh jadi ni! Akibat tidak dapat merungkaikan persoalan tersebut secara sendirian, dia mula menghubungi Shafika.

Tuttt tuttt... Suara perempuan terkenal juga yang menyahut😂

Nombor yang anda dail...

Iskandar meletakkan telefon di sisinya. Malas dia mahu mendengar suara 'perempuan terkenal' tu.

'Ya Allah, Engkau selamatkan lah Annur. Sesungguhnya hati hamba sangat tidak tenang' Iskandar bersuara di dalam hati.

Iskandar berusaha sekali lagi menelefon Shafika, kalau tak angkat juga, dia lempar je telefon dia dalam gaung belakang rumah •_•

"Yow, sorry telefon aku
jatuh dalam jamban tadi"

Ha, perangai tak semengah Shafika menyapa telinganya. Dasar perempuan tak tahu malu!

"Annur ada dengan kau ke? Dia kat rumah kau ke?" Iskandar masih terbaring di atas tilam. Letih seharian bekerja di pejabat.

"Ada ada. Kau ni, ajaib lah!
Mana kau tahu dia akan call aku?"

"So, semalam memang dia yang call kau ke?" Mata Iskandar terus segar bugar. Dia berasa gembira namun dalam masa yang sama, dia masih mengawal reaksi wajahnya.

"Haah. Kauuuuu ni bijak sungguh!"

"Okay, jaga dia elok-elok. Kalau tak ada apa-apa, aku off dulu" Iskandar mencampakkan telefon di sisi katil.

"Yahoo! Annur selamat. Terima kasih Ya Allah" Iskandar bergolek-golek di atas katil itu.

Tanpa dia sedari, telefonnya masih belum dimatikan. Shafika yang mendengar suara Iskandar terus tergelak kecil.

Macam-macam hal betul
lah si Iskandar ni!

~ B E R S A M B U N G ~

Comel kan watak Iskandar ni?
Siapa nak dia?
Saya boleh bungkus ikat tepi 😂✔️

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now