Bab 29

238 61 3
                                    

In the end, we only regret
the chances we didn't take.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

7 bulan kemudian...

"Weh, bro! Muka kau pucat sangat ni! Aku bawa kau pergi hospital lah!" Adam mahu memapah tubuh Iskandar, namun Iskandar menegah.

"Aku tak apa-apa, aku sihat saja. Jangan risau tentang aku" Iskandar berkata meskipun keadaannya nampak tidak bermaya.

"Kau sihat apanya? Kanser hati, stage 2? Itu sihat ke, wahai Iskandar?" Adam meraup wajahnya kasar.

Ya, dia melihat kad laporan kesihatan Iskandar setahun yang lalu. Masa tu kanser hati yang dihidapi oleh Iskandar baru sahaja meningkat ke stage 2. Sekarang? Entah-entah sudah stage terakhir...

"Kau tengok kad laporan kesihatan aku ya? Pekerja apa macam kau ni, nak kena pecat ek?" Iskandar terbatuk-batuk seketika.

"Is, kau rehat lah kat rumah. Isteri kau pun dah sarat mengandung. Boleh juga aku teman bini aku. Dia pun meminta macam-macam. Nak kambing golek lah, kepala ikan merah lah, apa lah! Nasib dia tak minta jus naga berapi, air dari tujuh gunung lagenda. Kalau tidak, mati aku!"

Panjang lebar Adam berceloteh.
Sembang apa tu, Adam oi?

"Sibuk je author ni" - Adam

"Aku juga kena -_-" - moon aka Author

"Ya lah, kau pergilah balik jumpa kesayangan. Aku pun nak jumpa cinta hati aku" Iskandar tersenyum manis. Dia mula teringat wajah Annur yang semakin montel itu.

Pipinya sahaja kelihatan seperti pau kaya. Mahu saja dia menggigit-gigit pipi pau Annur!

"Oh, patutlah" Adam tersengih sendirian.

"Apa yang patutlah?" Iskandar memandang wajah kawannya itu. Sejak menjadi suami orang, makin bertambah-tambah serinya!

"Patutlah kanser hati, hati ada pada isteri rupanya" Sempat pula Adam membuat lawak mengenai kesihatan orang!

"Walaupun tak kelakar, tapi bolehlah" Iskandar mula mengemas barang-barangnya.

"Dah nak balik ke? Baru pukul 4 petang" Adam memandang jam tangannya dan Iskandar silih berganti.

"Tadi bukankah kau suruh aku pulang awal? Bila aku nak balik, kau bertanya pula?" Iskandar menggelengkan kepala.

Pening melihat sikap tidak waras si Adam!
Mungkin kerana bini mengandung, sebab tu tak betul kot?

"Sudahlah, aku balik dulu. Bye!"

Iskandar tanpa mendengar balas Adam terus menuju ke lift.

"Hai lah... Nasib kawan. Dia tinggalkan aku macam tu saja. Dari dulu lagi!" Adam pula yang kena menutup pintu pejabat Iskandar.

🍃🍃🍃

"Assalamualaikum! Nur!" Iskandar membuka kasutnya. Dia mula menuju ke dapur.

Biasanya, Annur akan berada di dapur. Sama ada dia makan ataupun dia tengah memasak untuk makan malam!

"Annur sayang~" Iskandar tergelak kecil melihat Annur tengah melantak nasi goreng.

Nasib dia nampak Annur makan nasi goreng, kalau kek coklat atau makanan manis? Memang kenalah budak kecil tu!

"Is, bila balik?" Annur menuju ke arah suaminya. Tangan Iskandar dikucup halus sebelum dia menerima kucupan di dahi.

"Baru je balik. Nur makan apa tu?" Iskandar menyapu nasi goreng di pipi Annur.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now