Bab 30 (END)

372 69 5
                                    

Setelah aku tiada,
barulah cerita terhenti

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Seharian Iskandar keluar. Annur begitu gusar di dalam rumah ini. Annur takut akan kehilangan suaminya....

Meskipun dia tahu dia tidak akan berada lama di atas muka bumi ini.

Annur mengambil telefon. Dia mula menghubungi Iskandar. Namun dirinya hampa apabila Iskandar tidak menjawab panggilannya.

"Ya Allah! Sakitnya" Annur terduduk. Dia terasa seperti sudah terkencing.

"Ya Allah, air ketuban ke ni? Masya Allah!" Annur pantas mencapai telefon. Dia sempat menitipkan pesan kepada Iskandar sebelum menelefon Puan Syerah.

"Assalamualaikum, Nur. Ada
apa call ibu ni?"

"Ibu... Sakit ibu... Tolong Nur. Nur tak tahan....." Annur tidak dapat menahan lagi. Dia sudah tidak berdaya. Dirinya terasa sakit yang teramat

"Nur, tunggu ibu kejap! Nur kat rumah kan? Ibu datang sekarang!"

"Ya ibu, tolong cepat sikit... Nur betul-betul tak tahan dah" Annur menarik nafas lalu menghembuskan nafas. Pandangannya mula berpinar-pinar.

'Nur sayangkan Is..' Annur rebah di dalam rumah itu bertemankan sepi.

🍃🍃🍃

"Iskandar?! Apa yang kau buat kat office time-time macam ni?! Bini kau dah nak bersalin bila-bila masa saja! Kau sedar ke tak ni?! Suami jenis apa kau ni? Ya Allah!!" Adam pula kelihatan kalut apabila melihat Iskandar di dalam pejabatnya.

Iskandar mendiamkan diri.
Cecair jernih mula turun ke pipi.

"Is? Kau menangis ke?" Adam menghampiri Iskandar.

"Kenapa, Adam? Kenapa? Kenapa dia tak bagitahu aku yang dia sakit? Kenapa?!" Iskandar menangis tanpa segan silu di hadapan kawan baiknya.

"Kau tak boleh macam ni. Kau kena redha. Mana Iskandar yang kuat semangat tu? Dia dah pupus ke?" Adam takut-takut mahu menepuk bahu Iskandar. Kalau kena pukul nanti, buat malu je!

Namun, dia tetap cuba menenangkan Iskandar.

"Aku... Aku nak jaga dia sampai akhir hayat aku. Tapi, aku rasa dia akan tinggalkan aku dulu. Aku tak kuat" Iskandar masih menitiskan air mata.

"Kau tak boleh macam ni, bro. Kau kena akur dengan Qada' dan Qadar Allah SWT" Adam tidak sampai hati melihat sisi Iskandar yang lemah itu.

"Aku redha, tapi dia tak bagitahu aku dari awal pasal penyakit dia. Kalau aku tahu, aku suruh dia buat pembedahan untuk buang sel kanser tu. At least, dia boleh survive lagi beberapa tahun" Iskandar membuang pandang ke luar tingkap.

Adam hanya mendengar setiap butir bicara Iskandar. Dia juga tidak tahu hendak membalas apa.

Iskandar memandang telefonnya. Terdapat sebuah mesej. Sedari tadi Annur menghubunginya, namun dia takut... Dia takut dia tidak dapat tahan tangisannya di hadapan Annur. Dia tidak mahu Annur menangis kerananya.

Is, kalau Is dapat mesej Nur ni, mungkin Nur sudah tiada di dunia ini lagi.

Nur cuma nak minta maaf andai Nur buat salah dengan Is. Nur sayangkan Is sebagaimana Nur sayangkan nyawa Nur sendiri.

Nur mohon ampun sekiranya Nur tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaik-baiknya.

Halalkan makan minum Nur.
Jaga anak kita baik-baik, ya?
Sayangi dia macam mana
Is sayangkan Nur

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now