Bab 5

227 81 28
                                    

How can I found someone
better than you, dearself?

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Kau tak reti nak sapu sampah kat luar rumah ke? Sakit mata aku tengok kau dengan muka berjerawat bagai!" Kaylie menyampah melihat wajah Annur yang berjerawat itu!

"Nur nak study untuk exam. Nur dah siap sapu sampah tengah hari tadi" Cuti umum dia habiskan untuk mengulang kaji pelajaran. Biarlah jika dia tak berpeluang mendapat straight A's, asalkan dia dah berusaha sehabis mungkin!

"Ada je kau nak melawan cakap aku kan?! Sini kau!" Kaylie menarik tangan Annur. Annur cuba menepis tangan Kaylie, namun dia tetap berkeras membawa Annur ke tandas.

"Kak Kaylie nak buat apa? Nur nak belajarlah" Annur terduduk di atas lantai. Kaylie tersenyum sinis.

"Ini balasan sebab kau suka melawan!" Kaylie keluar daripada bilik itu. Annur cuba untuk bangun, namun kakinya berasa kebas.

'Ya Allah, bantulah hamba-Mu' Annur berdoa di dalam hati. Kaylie tiba dengan membawa satu jag berisi air panas.

"Kak Kaylie, jangan buat Nur macam ni" Annur mengesot ke belakang, Kaylie masih dengan senyuman sinisnya.

"Opss aku lupa nak bagitahu, air ni baru dimasak tau! Dia punya panas tu, fuhh" Kaylie menuang air panas itu di atas Annur.

"Ya Allah, Kak Kaylie!" Annur berasa kulitnya sakit sangat-sangat. Annur melihat ke arah kulitnya, merah!

"Hahaha, lain kali kawan cakap aku lagi! Loser!" Kaylie keluar dari bilik Annur. Buat apa lama-lama dalam bilik pembunuh? Buat sesak dada sahaja!

'Ya Allah, ampunkan dosa ibu tiri dan kakak-kakak tiriku, Ya Allah' Annur merintih. Kulitnya semakin mengelupas. Dia cepat-cepat mengambil minyak gamat.

Walaupun minyak gamat tidak mampu menghilangkan rasa sakit, namun ia dapat merawat luka supaya luka menjadi kecil.

"Abang, baliklah. Nur takut" Annur tidak sedar dia telah menyebut nama Syirhan. Syirhan kini telah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Selangor. Pasti susah mahu berjumpa dengan abang tirinya itu.

Mungkin sehingga mati dia tak dapat berjumpa Syirhan? Siapa yang tahu?

🍃🍃🍃

"Nur, kenapa dengan tangan kau? Terketar-ketar je dari tadi. Kau tak sihat ke?" Shafika meraba-raba dahi Annur. Panasnya!

"Ya Allah, kau demam ni Nur! Balik nanti ikut aku pergi klinik" Annur pantas menggelengkan kepala.

"Tak mahu! Aku masih okay. Tolonglah, aku nak jawab exam SPM dengan tenang kat sekolah. Aku tak kisah kalau aku mati lepas jawab exam, aku redha"

"Nur! Aku tak suka lah kau cakap macam ni! Doalah yang baik-baik! Dia ni kan" Panjang muncung Shafika sebab merajuk dengan Annur!

"Ya lah, sorry. Lepas ni subjek apa?" Annur mengurut bahunya sendiri. Tiba-tiba dia terasa lenguh.

"Fizik. Subjek last for today! Kau jangan risau eh, aku harap sangat cita-cita kau tercapai! Aku nak tengok kawan aku gembira suatu hari nanti"

"Apa sekarang ni aku nampak sedih sangat ke?" Shafika menggelengkan kepala. Dia juga tidak faham kenapa dia bercakap sedemikian rupa.

"Sudahlah, jom study last minute! Eh, ke kau dah study siap-siap kat rumah?" Annur mengangguk kepala. Buat masa sekarang, dia tidak mahu membaca apa-apa lagi, dia cuma perlu faham konsep untuk menjawab soalan Fizik nanti!

1 || ANNUR ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu