Bab 14

177 71 4
                                    

Kamu tidak mengenaliku,
tetapi kamu bisa berbicara
buruk seolah-olah kamu
rapat sekali denganku.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Abang, aku tak tahan tengok perempuan tu dalam rumah kita! Sakit mata aku tengok dia gelak ketawa dengan Umi je dari tadi" Irwan memandang wajah Izhan yang sedang berkata-kata itu.

Hati manusia, penuh dengan sifat dengki.
Penuh dengan perkara mazmumah yang terlesap masuk di dalam jiwa.

"Habis tu, kau nak kita buat apa? Halau perempuan tu? Mana nak jalan, dia banyak akal" Irwan mula menyoal kepada Izhan.

Ya lah, mereka telah melakukan macam-macam supaya Annur mengangkat kaki meninggalkan rumah itu, tetapi rancangan mereka tetap gagal.

Mereka pernah meletakkan minyak di atas lantai simen. Hasilnya, Annur jatuh terbaring di atas lantai. Nasib kepala tak berdarah sahaja!

Malangnya, Annur tetap tidak berganjak dari rumah mereka!

Mereka pernah memandikan Annur dengan air hasil daripada longkang belakang rumah. Baunya busuk menusuk hidung.

Tetapi Annur buat tak tahu sahaja! Annur malah membersihkan seluruh kawasan rumah setelah kejadian itu!

Mereka pernah menyepahkan barang-barang yang berada di dalam rumah. Mereka siap memecahkan pasu bunga kesayangan Puan Meysarah.

Namun Annur tetap tidak dimarahi. Meskipun Annur kata dia yang melanggar pasu bunga itu.

Pasti Annur telah menyihir Puan Meysarah! Sebab itu Puan Meysarah okay sahaja dengan perangai Annur! Dasar pembunuh!

"Entahlah! Aku serabut! Aku tak tahu nak buat macam mana. Kau ada idea ke?!" Izhan menyepak kaki Irwan.

Biasalah, adik beradik lelaki. Apa-apa sahaja dianggap selamba dan cool je.

Irwan menyepak pula kaki Izhan. Bergaduh pula diorang berdua ni!!

"Dia mesti keluar dengan satu cara" Irwan tersenyum sinis.

"Apa dia? Bagitahu lah! Aku tak sabar nak dengar!" Izhan tidak sabar mahu mendengar idea dari kepala Irwan.

"Meh sini, kau kena jadi jahat sikit lah" Irwan kemudian berbisik rancangan jahatnya kepada adiknya.

Mereka berdua sama-sama ketawa setelah memahami rancangan tersebut.

🍃🍃🍃

"Umi! Malulah Nur macam ni!" Annur menundukkan kepala kerana setiap kali pelanggan tiba, Puan Meysarah akan memberitahu tentang masakan Annur.

Mereka kemudian memuji-muji Annur di hadapan matanya. Malu sekali!

"Apa yang nak dimalukan? Nur pakai baju, seluar kan? Mereka puji Nur saja" Puan Meysarah tersenyum manis ke arah Annur.

"Tapi, Umi..." Annur terhenti berkata apabila melihat figura manusia yang melintas di hadapannya.

Sudah tentulah Iskandar! Kalau bukan dia, Annur tidak akan berhenti bicara!

"Kamu berdua ni, kalau berjumpa mesti diam je kerjanya. Dah macam bisu je dua-dua ni. Tak reti nak bercakap ke?" Puan Meysarah bercekak pinggang. Sudah seminggu Annur memasak di kedainya. Seminggu jualah Iskandar datang menyinggah di kedai makan itu.

Pasti Iskandar juga mahu berjumpa Annur! Tapi, dua-dua malu! Masing-masing memendam rasa saja.

"Oh, bisu ya? Ke ada kuasa telepati, boleh baca fikiran antara satu sama lain? Hmmm?" Giat sungguh Puan Meysarah mengusik mereka berdua!

"Haih, penatlah Umi cakap dengan korang ni! Dua-dua diam. Lebih baik Umi kemas barang-barang. Umi nak balik dah! Jadilah tunggul kayu sampai besok!"

Puan Meysarah mula menyibukkan diri dengan mengemas barang-barang di kedai tersebut. Iskandar dan Annur masih mendiamkan diri.

"Erm, saya tolong Umi dulu la" Annur berura-ura mahu ke Puan Meysarah, namun suara garau milik Iskandar menyapa telinganya.

"Kau.... sayang aku tak?"

Terkebil-kebil mata Annur mendengar ungkapan yang keluar dari dua ulas bibir milik Iskandar.

"S-saya..." Annur dalam mood terkejut. Dia tidak mampu membalas pandangan Iskandar yang setia menanti jawapan.

"S... saya..."

"Aku balik dulu" Iskandar terlebih dahulu keluar dari kedai. Lagilah Annur pening kepala. Kusut mahu memikirkan luahan Iskandar.

Apakah, Iskandar sekadar bergurau? Ataupun dia tahu Annur mempunyai perasaan kepadanya?

Annur menundukkan kepala. Dia sedar diri. Dia tahu Iskandar tidak akan menyukai dirinya. Untuk apa? Mustahil sekali!

🍃🍃🍃

"Kaylie! Pergilah masak, ibu lapar ni" Puan Farwah mengurut kakinya yang lenguh itu. Segala kerja rumah telah disiapkan olehnya. Kaylie hanya menonton televisyen dari pagi sampai ke malam!

"Manalah Kaylie pandai memasak! Ibu je la yang masak! Kaylie pun dah lapar ni! Asyik makan keropok je kerjanya!" Kaylie mula meninggikan suara. Orang tengah tengok televisyen pun nak kacau!

"Apa nak jadi kamu ni? Patutnya tahun ni dah boleh nikah, ni perangai macam budak sekolah lagi! Peninglah ibu macam ni" Puan Farwah membaling kusyen tepat ke arah muka Kaylie. Pemalasnya, Masya Allah!

"Ibu! Kaylie nak tengok drama ni!" Kaylie mencebikkan bibirnya. Kalau ada Naylie, bolehlah dia masak!

Masalahnya, Naylie dah masuk Universiti! Dia bukannya jenis gadis yang masuk dapur! Dia suka melepak sahaja!

"Apalah ibu pandang kau ni dulu. Patutnya ibu jaga Annur baik-baik. Daripada layan kerenah kau yang gila ni!" Puan Farwah berlalu ke dapur. Walaupun kakinya masih belum pulih sepenuhnya, dia tetap memasak untuk seisi keluarga.

Syirhan kata dia nak pulang tengah hari ni. Jadi dia perlulah masak makanan kegemaran anaknya.

"Assalamualaikum!" Panjang umur, Syirhan telah pulang!! Muka Syirhan tampak berseri-seri berbanding sebelum ini.

"Waalaikumussalam. Berseri-seri je muka tu ibu tengok. Ada apa-apa terjadi ke? Kamu dah nak kahwin, ya? Bila nak bawa ibu jumpa bakal menantu ibu? Mesti cantik, kan?" Puan Farwah mengenakan anak terunanya.

"Ish, ibu ni. Ke situ pula perginya! Mana ada lah! Kelmarin Annur call Syirhan. Tu yang happy je rasa" Syirhan terlepas kata. Puan Farwah terdiam sebentar.

"Err, ibu? Ibu okay?"

"Mana Annur sekarang? Ibu nak jumpa dia, boleh tak? Ibu nak minta maaf kat dia. Banyak sangat salah ibu kat dia" Puan Farwah menyentuh lengan sasa milik Syirhan.

"Bukan Syirhan tak nak bagi ibu jumpa dia, tapi Annur tak bagitahu Syirhan pun kat mana dia tinggal. Syirhan pun tak tahu dia kat mana" Syirhan serba salah. Dia dapat lihat keikhlasan daripada tunak mata Puan Farwah.

"Ibu bersalah, ibu nak minta maaf kat Annur. Mesti Annur tak akan maafkan ibu" mata Puan Farwah mula mengeluarkan cecair jernih.

"Ibu, janganlah nangis macam ni. Nanti Syirhan telefon Annur, tanya dia tinggal kat mana eh? Kita boleh ziarah dia nanti. Ibu janganlah sedih macam ni" Puan Farwah sekadar mengangguk kecil.

Dia sedar betapa besarnya kesalahan yang telah dia lakukan kepada Annur.

Apakah layak untuknya mendapat kemaafan dari pihak Annur?

'Annur, ibu rasa berdosa. Maafkan ibu. Ibu nak jumpa kamu' Puan Farwah berkata di dalam hati. Dia takut, takut Annur tidak mahu berjumpa dengannya.

Banyak kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Termasuklah memfitnah Annur membunuh suaminya!

Dosa fitnah lebih besar
daripada membunuh!

~ B E R S A M B U N G ~

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now