Bab 25

197 65 7
                                    

I choose to play stupid but trust me,
I know everything you think I don't.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Kau nak beli apa-apa tak? Aku belanja ni" Iskandar bersuara sambil meletakkan barang-barang dapur ke dalam troli.

"Tak apalah, saya tak nak. Tapi, saya lapar lah" Annur tersenyum malu-malu. Dia mula menolak troli ke kaunter pembayaran.

"Semua sekali tiga ratus ringgit"

Annur tercengang. Beli barang-barang dapur pun sampai tiga ratus? Apa yang mereka beli sangat?

Ayam dua ekor, udang setengah kilo, ada lah ikan siakap seekor, ikan ikan pari beberapa potong dengan ikan kembung beberapa ekor!

Okay, mungkin mahal sebab Iskandar beli jajan macam-macam! Ada Twisties, Super Ring, Tam Tam, Mimi haaa ni nak makan sorang-sorang je ke? Kalau dia tak bagi Annur sikit, tahulah Annur nak merajuk macam mana!

Annur tersedar apabila Iskandar telah menolak troli ke hadapan.

Masalahnya sekarang ni, tangan Annur berada di bawah tangan Iskandar!

"Kau termenung apa? Ingat lelaki lain eh? Suami kat sebelah pun sibuk ingat lelaki lain" Iskandar sengaja mengusik isterinya. Suka benar dia lihat wajah malu-malu milik Annur.

"Ha? Mana ada...." Annur menundukkan kepalanya. Sudahlah dia malu sekarang ni!

Macam mana nak larikan diri? Dia rasa macam Iskandar tengah peluk dia dari belakang...!

Dia berada dalam kepungan Iskandar! Kalau makcik-makcik bawang tengok ni, mahu kena kutuk setahun!

"Kau lapar kan? Kita makan kat kedai Umi, nak?"

Annur mendiamkan diri. Dia sebenarnya masih takut, dia takut jikalau ada anak-anak Puan Meysarah di dalam kedai makan itu.

"Don't worry. Irwan dengan Izhan ada kelas petang-petang macam ni! Jom" Iskandar menolak troli dengan sepantas kilat.

"Awak! Perlahan lah sikit! Nak terjatuh saya ni" Annur juga terdorong ke hadapan disebabkan perbuatan Iskandar!

"Kau jalan lambat sangat. Dah la tak nak bercakap dengan kita. Kita nak merajuklah!"

Annur hanya melayan sahaja kerenah Iskandar. Makin lama, sifat manja Iskandar semakin menjadi-jadi.

Nasib sayang, eh???

🍃🍃🍃

"Umi..." Annur segera memeluk erat tubuh Puan Meysarah.

"Nur... Annur ke ni?" Puan Meysarah mengalirkan air mata. Sudah beberapa tahun dia tidak berjumpa dengan Annur. Dia rindu akan gadis itu.

"Ya Umi, ni Annur" Annur meleraikan pelukan mereka.

"Eh, Is pun ada sekali? Ni ada apa-apa ke ni?" Puan Meysarah suka melihat kemesraan mereka meskipun mereka kelihatan malu-malu apabila bersama.

"Umi, kenalkan isteri Is, Puteri Annur binti Mohd" Iskandar memeluk bahu Annur.

"Isteri? Kamu berdua dah berkahwin? Alhamdulillah, memang betullah tanggapan Umi selama ni. Umi tumpang senang untuk korang berdua" Puan Meysarah tersenyum lebar apabila mendengar Iskandar memperkenalkan Annur sebagai isteri.

"Terima kasih, Umi" Annur memegang lengan Puan Meysarah.

"Eh, korang mesti lapar kan? Makanlah, Umi belanja pengantin baru ni" Puan Meysarah menghulurkan pinggan kepada mereka berdua.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now