Bab 19

177 65 2
                                    

Jodoh, ajal, maut di tangan Tuhan

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Dia pernah bagitahu masalah kesihatan dia kepada kamu?" Doktor Laila menanyakan soalan kepada Shafika. Shafika menggelengkan kepalanya.

Annur mempunyai masalah kesihatan?
Biar betul?

"Dia sakit apa, doktor?" Shafika terus mengutarakan soalan kepada Doktor Laila.

"Sebaiknya, kamu tanyakan sendiri kepada dia berkaitan masalah kesihatan tersebut. Dia suruh saya rahsiakan masalah kesihatannya daripada kamu. Saya pulang dulu ya? Pastikan dia banyak berehat, makan ubat ikut waktu. Jangan biarkan dia melakukan kerja berat" Doktor Laila berpamit untuk pulang.

Shafika terus meluru ke dalam bilik Annur. Annur sekadar memandang wajah Shafika dengan riak wajah blur.

"Nur, kau sakit apa? Kenapa kau tak bagitahu  aku? Aku bukan kawan kau ke?" Shafika perasan Annur sudah mengalirkan air mata.

Namun, Annur tetap berdiam diri.
Kenapa Annur jadi begini?

"Aku dah buat keputusan" Annur bersuara sambil air matanya gugur ke pipi.

"Aku akan keluar dari rumah kau. Maafkan aku sebab dah banyak susahkan kau" Annur mula mengemas pakaiannya yang hanya ada sehelai dua.

"Nur, tak bolehlah macam ni. Kau kenapa nak larikan diri daripada aku? Aku ada buat salah ke? Maafkan aku, aku tahu aku salah. Tapi janganlah keluar dari rumah ni" Shafika merayu-rayu di hadapan Annur. Dia tidak sedar air matanya juga sudah mengalir keluar.

"Aku minta maaf. Aku yang asyik menyusahkan kau" Annur memegang lengan Shafika.

Seketika, Shafika mula teringat ayat yang pernah dituturkan olehnya kepada Annur sehingga Annur berasa sedih begini.

"Nur, kau kenapa tak pertahankan diri sendiri? Sampai bila nak harapkan orang lain tolong kau ni?"

"Nur? Kau kenapa ni? Ya Allah, susahlah dapat kawan macam ni"

"Nur.... Janganlah macam ni. Maafkan aku, aku janji aku akan buat apa-apa saja asalkan kau stay dengan aku. Please, maafkan aku" Shafika berusaha memujuk Annur supaya tinggal di situ.

"Aku..." Jeda. Shafika menanti kata-kata seterusnya yang akan keluar dari bibir Annur.

"Maaf. Maaf, Fika" Annur memeluk erat tubuh Shafika. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga mahu menjejaskan diri sendiri!

"Tak apa, kau tak salah apa pun. Aku yang salah. Aku terguriskan hati kau. Aku tak fikir pun pasal perasaan kau masa aku cakap haritu. Maafkan aku" Shafika membalas pelukan Annur.

Mereka berdua menangis bersama-sama.

Inilah erti persahabatan,
Susah senang bersama
Nangis gembira selamanya

🍃🍃🍃

"Weh, sudah-sudahlah tu buat kerja" Adam merempuh masuk ke dalam pejabat Iskandar tanpa salam.

"Kau dah lupa agama sendiri ke?" Iskandar mengherotkan bibirnya. Tersentap Adam buat seketika.

"Assalamualaikum ya ahli kubur!" Adam sempat mengenakan Iskandar.

"Waalaikumussalam. Kau nak aku tempah kubur kau siap-siap ke? Aku on je" Iskandar berura-ura mahu mengambil telefon; mahu menghubungi pihak pengurusan jenazah!

"Wooo aku gurau je. Relax lah, Is! Kau ni, dari tadi aku tengok kau belek-belek fail tu, apa bendanya tu?" Adam cuba-cuba melihat isi kandungan fail berwarna coklat itu.

"Tak ada apa pun. Kau buat apa kat sini?" Iskandar lantas meletakkan fail tersebut ke dalam laci mejanya.

"Oh, pihak atasan suruh kau hadir mesyuarat. Lagi sepuluh minit kau kena ada kat bilik mesyuarat tingkat lima" Adam tersenyum tipis. Dia yakin Iskandar pasti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Adam!

"Ya ke? Kalau macam tu, aku keluar dulu lah. Kau tercegat apa lagi kat sini?" Iskandar mendongak memandang Adam di hadapannya.

"Eh, tak ada apa bro. Jomlah" Adam memberi laluan kepada Iskandar. Apabila Iskandar telah menaiki lif, dia segera melihat ke arah laci meja Iskandar.

Dia mula menyelongkar laci tersebut. Dia menjumpai fail berwarna coklat yang ditilik oleh Iskandar sebentar tadi.

Adam mula menyelak ke halaman pertama. Terkaku dirinya melihat butiran-butiran di dalam fail itu.

Mustahil... Betulkah apa yang dia baca saat ini? Apakah matanya berbohong?

'Patient name: Mohd Iskandar bin Zaidi' Adam membaca beberapa patah perkataan di dalam fail tersebut.

🍃🍃🍃

"Umi... Makanlah. Penat penat Wan masakkan" Irwan menghulurkan nasi berlauk ayam masak kicap kepada Puan Meysarah.

"Umi tak lapar.... Umi nak jumpa Nur..." Puan Meysarah menolak pinggan tersebut menjauhi dirinya. Irwan mengeluh lemah.

"Umi... Han janji, Han cari Kak Nur balik ya? Han nak minta maaf kat Kak Nur... Han... Han betul-betul rasa bersalah" Izhan menggigit bawah bibirnya tanda bersalah.

"Wan pun janji, Wan akan bawa Kak Nur jumpa Umi semula. Tapi, Umi kena makan dulu. Kalau Nur tengok wajah pucat Umi ni, mesti Nur tak mahu pulang" Puan Meysarah dengan berbekalkan sisa tenaga yang ada, terus mengambil pinggan berisi nasi dan ayam masak kicap itu.

Irwan dan Izhan tersenyum manis. Susah payah mereka cuba memujuk Puan Meysarah untuk makan.

Mereka harus lakukan sesuatu! Sudah tujuh bulan Annur tidak menetap di situ. Selama tujuh bulan itu jugalah Puan Meysarah tidak mempunyai selera untuk makan.

Persoalannya, di manakah mereka harus mencari Annur? Di manakah Annur tinggal sekarang? Taman perumahan mereka bukanya kecil! Tapi, mustahil pula kalau Annur tinggal berdekatan taman perumahan itu saja!

"Wan, kau dah call Is?" Izhan merampas balang kuih cornflake madu daripada tangan Irwan.

Itupun hasil air tangan Annur... Walaupun dah lama Annur buat kuih tersebut, namun kuih itu masih enak untuk dimakan.

"Aku lupa lah. Kenapalah aku b*doh sangat?" Irwan mengambil telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Dia lantas menghubungi Iskandar.

"Hello? Wan ada apa call Is ni?"

"Abang Is... Wan nak tanya boleh?" Irwan memasang loud speaker supaya Izhan mendengar sekali butir bicara Iskandar.

"Yes, you may"

"Abang Is tahu tak Kak Nur tinggal mana?" Izhan bertanya bagi pihak Irwan. Susah betul Irwan nak tanya soalan tu! Sampai kena tunggu beberapa minit, itu pun dia tak tanya-tanya lagi!

"Oh, kenapa tanya abang pula? Bukan Nur tinggal dengan korang ke?" Mereka mendengar suara sinis Iskandar. Mereka mengeluh seketika.

"Abang Is... Abang tak nak tolong kitorang ke? Kesian Umi, Umi dah tujuh bulan bersedih. Wan tak nak tengok Umi sedih macam tu" Irwan seperti mahu mengalirkan  air mata.

Apa salahnya lelaki menangis, betul kan?

"Nanti abang bawa Kak Nur jumpa Umi. Abang nak tidur ni, assalaamualaikum"

Irwan dan Izhan saling berpandangan. Akhirnya, mereka dapat menunaikan hasrat Puan Meysarah.

~ B E R S A M B U N G ~

Ingat nak publish bulan hadapan, tapi korang dah penuhi impian moon!
So, enjoy it! Sorry kalau typo atau ada perkataan-perkataan kesat

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now