Bab 17

178 63 4
                                    

Sky? Roses? Diamond?
Isn't beautiful like you, sweetie

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur, kau okay kan tinggal dengan abang aku sekali? Aku lupa nak bagitahu kau yang dia ada sekali dalam rumah ni. Sorry eh?" Shafika hanya tersengih sambil menayangkan peace kepada Annur.

"Tak apalah, Fika. Aku tak kisah pun. Nanti aku pandai-pandailah jaga aurat aku sepanjang tinggal dalam rumah kau ni" Annur berbisik sambil tersenyum nipis.

Pergi ke mana-mana sahaja, dia tetap perlu menjaga aurat. Dia tidak boleh menayangkan walaupun sehelai rambut!

Dia tidak mahu ayahnya merana di akhirat kelak.

"Oh ya. Aku kena pergi kelas. Aku dah start masuk kolej tau! Tapi aku ulang-alik lah ke rumah. Kau nak sambung belajar tak? Don't worry, abang aku boleh tampung. Kan abang?!" Shafika menjerit di hadapan Shazriq.

"Kau ni, perangai tetap hodoh! Erm, Nur nak study ke? Abang boleh tanggung perbelanjaan Nur" Shazriq tersenyum lebar kepada Annur.

"Tak nak lah, Nur segan. Nur nak bekerja saja" Annur tersenyum kelat. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.

"Jangan macam tu, Nur. Kau nak kerja apa? Cuci tandas? Jaga kedai? Kau ada cita-cita! Kau nak jadi peguam kan? Peguam kena belajar rajin-rajin" Shafika menyentuh bahu Annur.

"Tak apalah, Fika. Aku tak nak. Aku cuba cari kerja, kalau aku tak dapat kerja, aku kena keluar lah dari rumah kau. Aku tak nak sekadar menumpang je" Annur memegang erat tangan Shafika.

"Apa pula kata macam tu, tak mahu tak mahu!" Shafika memuncungkan bibirnya.

"Abang, nasihat lah sikit si Annur ni" Shafika memandang wajah Shazriq pula.

"Eh, abang tak ada kaitan dalam hal korang ni. Abang pergi kerja dulu ya? Bye!" Shazriq terus menghabiskan makanannya.

'Haih, Fika. Jangan sampai Annur jadi kakak ipar kau pula' Shazriq menggelengkan kepala.

Dalam banyak-banyak gadis, kenapa dia begitu tertarik dengan Annur?

Walhal Annur kawan baik kepada adiknya sendiri, Shafika.

"Nur?" Shafika membuat puppy eyes.

"Apa lagi? Aku nak cari kerjalah" Annur tersenyum nipis.

"Janganlah cari kerja, kau belajarlah dengan aku? Please please" Shafika gigih memujuk rayu Annur. Macam lah Annur nak tukar pendirian dia!

"Tak mahu!" Jelas wajah sedih dipamerkan oleh Shafika.

"Okay, kalau macam tu... kau kena kerja dengan kakak kepada kawan aku!"

"Siapa kakak kawan kau tu?"

"Kak Farihah!"

🍃🍃🍃

"Wan, kesian Umi" Izhan memandang wajah sedih Puan Meysarah.

Sudah seminggu Annur tiada di rumah mereka, seminggu jugalah Puan Meysarah tidak berselera untuk makan.

"Semua ni salah kau! Kau yang nak halau dia sangat kan, Han?" Irwan merengus. Dia juga tidak sampai hati melihat wajah sedih Puan Meysarah.

"Bukan salah aku je! Kau pun terlibat sama. Jangan nak highlight kesalahan orang je tapi kesalahan sendiri dicorrection tape kan!" Izhan menjeling tajam ke arah Irwan.

"Apa-apa je lah. Sekarang ni, kita nak cari Nur kat mana? Kita dah la tak rapat pun dengan dia tu" Irwan berfikir sejenak.

"Manalah aku tahu! Melainkan Nur ada kawan yang kita kenal" Izhan pula bersuara.

1 || ANNUR ✓Onde as histórias ganham vida. Descobre agora