Bab 28

198 59 5
                                    

I’m tired of pretending to be
stronger than i feel everyday.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur, aku minta maaf. Aku tak nak pun semua ni berlaku" Zahra menyentuh tapak tangan Annur.

"Tak apa, Zahra. Awak tak salah apa pun. Sudah tertulis ketentuan kita macam ni. Saya redha" Annur tersenyum nipis.

Sejak kejadian hari itu, hubungan dia dan Iskandar menjadi dingin. Sering kali Iskandar tidak pulang ke rumah.

Barang-barang hantaran pun dia tinggal di dalam rumah sahaja. Annur mengeluh panjang.

"Nur, kenapa ni? Kau tak nak aku kahwin dengan Is ke? Aku boleh cancel je semua ni. Trust me, aku tak nak kahwin dengan Is" Zahra pantas memegang tangan Annur.

"Tak, korang tetap kena teruskan. Nur tak nak tanggung dosa" Annur masih mampu tersenyum meskipun hatinya telah retak seribu.

"Aku tak pernah jumpa manusia semulia kau. Kau sanggup berkorban semata-mata masalah yang kau tak buat. Tapi aku minta maaf, aku akan cancel juga majlis perkahwinan ni" Zahra tersenyum tipis.

Dia sudah berjanji dia tidak akan menjadi pemusnah rumah tangga kawan baiknya!

"Jangan. Nur minta satu je, tolong teruskan perkahwinan ni. Nur tak minta banyak, satu je" Annur memeluk erat bahu Zahra.

"Ya lah, aku cuba. Kau jangan menyesal pula di kemudian hari"

🍃🍃🍃

"Maaf puan, saya nak bertanya"

"Ya silakan" Puan Farwah tersenyum manis.

"Ni rumah Puteri Annur binti Mohd kan?" Seorang lelaki berpakaian segak berdiri di hadapan rumah Puan Farwah.

"Ya, ada apa?" Puan Farwah menelan air liur.

"Saya ditugaskan untuk meruntuhkan rumah ini. Rumah ini akan dijadikan sebagai rumah buat anak-anak yatim"

"Ibu, kita nak tinggal mana sekarang ni?" Kaylie yang berada di sisi Puan Farwah berasa ketakutan.

"Jangan risau, Puan. Pihak kami akan memberi masa selama tiga bulan untuk puan mengosongkan tempat ini. Setelah itu, kami akan meruntuhkan rumah ini"

"Baiklah, terima kasih" Puan Farwah berpandangan dengan Kaylie.

"Macam mana ni, ibu?" Kaylie mengalirkan air mata.

Inilah balasannya kerana menganiayai anak yatim seperti Annur. Mereka patut menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Kita tinggal di rumah sewa Naylie lah. Mesti Naylie akan bantu kita" Puan Farwah memeluk erat anaknya.

🍃🍃🍃

"Nur, jomlah masuk. Kau kenapa duduk kat luar je?" Shafika menarik lengan Annur supaya masuk ke dalam masjid.

"Aku.... aku tak kuatlah Fika. Aku tak nak masuk dalam. Aku takut" Annur menggelengkan kepalanya banyak kali.

Dia tidak mahu terlibat lemah di hadapan Iskandar.

Iskandar akan mendirikan rumah sekali lagi. Mana mungkin hati sang isteri akan bergembira.

"Alaa masuk je lah. Kau ni kan. Kau juga yang nak dia kahwin" Shafika tetap menarik lengan Annur.

Annur tidak melihat ke arah sisi pengantin. Dia tahu, jika dia melihat sana, dia pasti akan menangis hiba.

"Nur, kau termenung kan apa lagi?" Shafika mengusap-usap lengan kawan baiknya.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now