Bab 10

207 79 8
                                    

Don't cry when the sun is gone,
because the tears won't let you
see the stars.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur okay tak ni?" Puan Meysarah menggenggam erat tangan milik Annur. Puan Meysarah membawa Annur ke rumahnya setelah mendengar keseluruhan cerita daripada Annur.

Dia jatuh simpati apabila ibu tiri Annur menghalaunya semata-mata kesalahan yang tidak pernah dilakukan eb Annur.

"Nur segan lah, Umi. Dengan anak-anak Umi pula..." Annur membalas pegangan Puan Meysarah.

"Tak apa, lama-lama nanti Nur dah tak segan dah. Anak-anak Umi tak makan orang pun!" Puan Meysarah lantas membuka pintu.

"Eh, Umi" Safi Irwan menyalam tangan Puan Meysarah. Sempat dia menjeling tajam ke arah Annur.

"Izhan mana? Kenapa dia tak turun lagi?" Puan Meysarah memandang ke atas. Annur hanya diam tidak berkutik.

"Han! Turunlah!" Irwan memanggil adiknya.

"Kenapa Wan bising-bising ni? Umi lambat lagilah nak balik rumah!" Izhan tidak perasan Puan Meysarah sudah pulang, bawa tetamu lagi!

"Haah, memang Umi balik lambat lagi, bolehlah Han sambung tidur lagi ya? Tidur sampai maghrib tau, sayang! Umi tak marah pun" Izhan terkejut mendengar perlian Puan Meysarah.

"Umi, heheh apa khabar? Awal balik" Izhan cepat sahaja bersalaman dengan Puan Meysarah.

"Umi balik awal pun salah ke? Sebab Han tak boleh tidur sampai malam?" Soal Puan Meysarah dengan nada sarkastik. Izhan hanya tersengih menampakkan sebaris giginya.

"Umi, siapa ni?" Irwan menghala jari telunjuknya kepada Annur.

"Ni, Kak Annur. Han dengan Wan kena layan Kak Nur macam akak sendiri tau!" Puan Meysarah sempat berpesan kepada anak-anaknya.

"Annur?!" Jerit mereka serentak. Izhan dan Irwan terus meluru ke dalam bilik. Siap package hempas pintu lagi!

"Err, kenapa tu Umi? Nur ada buat salah apa-apa ke?" Annur tidak faham perangai anak-anak Puan Meysarah.

"Biasalah tu, budak nak membesar. Nur duduk lah kejap, Umi nak buat air"

"Baik, Umi"

🍃🍃🍃

"Is, turun makan! Mama dah siap masak ni. Buat apa lama-lama dalam bilik tu!" Puan Syerah mengetuk pintu anak terunanya.

"Kejap, mama! Nanti Is turun, give me five minutes" Iskandar menutup telefonnya. Dia baru sahaja selesai menelefon Shafika. Dia fikir Shafika tahu keberadaan Annur, tapi dia silap.

'Nur? Kenapa kau cari dia? Aku pergi rumah dia haritu, kakak tiri dia kata dia tak ada. Kenapa weh?'

Iskandar berasa hampa. Dia tidak sempat berjumpa dengan Annur. Dia pernah berfikir, lepas habis sekolah... dia mahu melamar Annur.

Namun apakan daya, hajatnya tidak kesampaian. Annur sudah pergi, meninggalkan dirinya.

Mana Annur pergi? Kenapa perlu pergi tanpa mengucapkan salam? Kenapa perlu meninggalkan dirinya tika dia sangat perlukan Annur?

"Is, fikir apa lagi tu? Bila nak turun makannya? Mama dah penat tunggu depan pintu bilik Is ni" Puan Syerah masih berada di muka pintu bilik Iskandar.

Dia hairan, selama ni Iskandar merupakan budak yang sangat mendengar kata. Sekali ketuk pintu sahaja, Iskandar pasti akan membuka pintu.

Kali ini, berbeza sikit. Iskandar seperti mengurung dirinya di dalam bilik. Apa yang tidak kena dengan anaknya itu?

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now