Bab 4

243 85 17
                                    

Remember,
Everything happened must be a reason.
Keep going, don't ever turn back!

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur! Sorry, aku tak datang semalam. Aku demam panas pula. Kau okay tak semalam? Ada orang buli kau ke? Bagitahu aku! Biar aku backhand dia sampai masuk ICU!" Shafika selamba duduk di sisi Annur. Annur tidak berkata apa-apa, sekadar menulis sesuatu di atas kertas.

"Uii, kau tulis apa pula tu?" Shafika mengerling kertas di atas meja Annur. Dia bukan tengah menulis, tapi sedang melukis.

"Kau lukis apa tu? Awan ke? Cantiklah!" Shafika dapat melihat kepulan-kepulan putih berbentuk awan.

"Tak lah, asap" Shafika melihat sekali lagi ke arah lukisan Annur. Ternyata ia kelihatan seperti kepulan asap pula.

"Setiap orang ada perspektif yang tersendiri, kan? Kau nampak benda ni macam awan. Aku pula nampak benda ni macam asap. Cuma kita je tahu apa yang kita sedang fikirkan" Annur tersenyum riang. Dia tidak terkesan jika sesiapa hadir untuk menyakiti dirinya.

Dia sudah biasa, dia membiarkan perasaan sedih menguasai diri jika dia tidak mempunyai kekuatan.

"Perghh ayat kau babe! Jom pergi kantin, aku nak belanja kau nasi goreng! Ataupun kau nak makan nasi berlauk? Kau suka ikan keli berlada kan? Kan? Kan?"

"Kau ni, segan lah aku. Asyik-asyik kau je belanja" Annur menundukkan wajahnya. Memang setiap hari dia tak bawa duit ke sekolah, kadangkala Syirhan memberikan wang namun kakak tirinya akan merampas duit itu.

"Alaa, hari ni hari kau, manalah tahu esok lusa hari aku pula? Jom, jom nanti habis makanan kat kantin, kita kebuluran pula!" Shafika menarik lengan Annur. Annur hanya mengikut langkah Shafika.

Alhamdulillah, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia mempunyai sahabat yang memahami seperti Shafika. Bayangkan kalau dia keseorangan? Siapa akan ada untuk menemani dirinya?

🍃🍃🍃

"Tak sangka kita dah nak ambil SPM!!" Annur melihat keputusan peperiksaan percubaan SPM. 6A 3B. Hanya itu sahaja yang dia mampu untuk peroleh.

"Kau okay tak?" Shafika membelek kertas Annur. Shafika rasa keputusan itu sudah memadai buat Annur, namun entah kenapa Annur membuat raut wajah sedih.

"Okay, aku happy dengan result aku. Memang banyak ni je aku mampu" Annur memeluk kertas itu, macam tak nak lepas dah!

"Wooo, relax lah sis. Disebabkan kau dah berusaha bersungguh-sungguh untuk capai result boek tu, aku nak belanja kau shopping! Jom jom"

"Aku, tak boleh lah" Annur menggaru kepalanya. Dia sudah berjanji dengan Syirhan untuk membakar kek kesukaan abang tirinya. Kek Red Velvet.

"Kenapa? Jom je lah. Aku tahu kau teringin sangat baju kurung corak bunga-bunga tu kan? Aku nak belikan untuk kau, jom lah" Shafika tetap berusaha memujuk Annur.

"Tak boleh lah Fika. Sorry. Aku ada hal kat rumah. Nanti ibu tiri aku marah aku pula. Aku balik dulu eh? Esok jumpa tau! Kita study sama-sama!" Annur pantas mengorak langkah ke rumahnya.

Sampai sahaja di rumah, Annur menelan liur. Dia ternampak bayangan Puan Farwah di hadapan pintu.

Apa lagi yang Puan Farwah tidak puas hati dengannya? Dia rasa dia tak melakukan apa-apa salah pun hari ini!

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now