Bab 2

307 87 20
                                    

Remember,
Princess doesn't cry, so do you

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Abang" Annur tersenyum memandang wajah Syirhan, abang tirinya.

"Nur tengah buat apa? Nur study eh? Abang ganggu Nur tak?" Syirhan menarik kerusi di sebelah kanan Annur.

"Tak lah, abang tak ganggu pun. Nur tengah buat kerja sekolah sikit je. Abang tolong Nur boleh tak? Nur tak faham soalan ni" Annur menghulurkan buku teks Sejarah kepada Syirhan.

"Alahai, perang dunia kedua ke? Senang je meh abang catit sikit kat buku kerja Nur" Syirhan mengambil buku latihan Annur. Annur dengan senang hati memberinya.

Tiba-tiba Annur dihimpit rasa bersalah. Dia sepatutnya menjauhkan diri dari Syirhan, tapi Syirhan sangat baik dengannya. Macam mana dia nak jauhkan diri?

'Lebih baik kau jangan dekat dengan
abang aku, dasar pembunuh!'

'Kau dah bunuh ayah, lepastu nak senang-lenang pula dalam rumah ni kan? Tak malu betul!'

'Sebab kau suami aku mati, mesti dia rasa tak guna ada anak macam kau!'

'Jangan rapat dengan abang Syirhan!'

"Nur, kenapa menangis ni? Abang ada buat salah apa-apa ke?" Syirhan berasa susah hati melihat wajah suram Annur.

"T-tak lah. Mana ada Nur menangis. Nur menguap, sebab tu mata berair sikit" Annur menutup hakikat sebenar.

Biarlah, biar dia yang tanggung semuanya. Dia tidak suka menjadi bebanan kepada seseorang. Terutamanya kepada orang yang berbuat baik kepadanya.

"Okay, buat kerja sekolah cepat-cepat tau! Abang nak tidur ni, Nur pun tak boleh tidur lambat. Esok sekolah, bye!" Syirhan keluar dari bilik Annur.

Annur membuka tudung sarungnya lantas dia mengunci pintu. Sudah menjadi kebiasaan untuk Annur bertudung pada waktu malam kerana Syirhan bukan mahramnya.

Syirhan juga sudah faham jika Annur tidak mengunci pintu, barulah dia boleh masuk. Kalau Annur sudah mengunci pintu, maknanya Annur tidak memakai tudung.

🍃🍃🍃

"Hoi perempuan hodoh!" Annur berpaling, itu gelaran yang diberikan kepada dirinya ketika berada di sekolah.

"Kau tak cuci tandas lagi kan?! Pergi sekarang juga! Sakit mata aku tengok kau kat sini!" Annur jatuh terduduk apabila pelajar itu menolak tubuhnya.

"Nur!" Shafika menghampiri mereka berdua. Silap dia kerana pergi tandas tanpa mengikut langkah Annur.

"Kau okay tak? Wei perempuan, asal kau tolak dia?! Kurang ajar kan kau?!" Shafika menjadi marah apabila melihat wajah perempuan itu seperti tiada perasaan.

"So what? Kau nak marah aku? Kau tanya perempuan hodoh ni" Perempuan itu ketawa dengan penuh sinis.

"Excuse me, kau bukan sepatutnya pergi cuci tandas ke? Kau yang datang lambat tadi kan? Pergi blah lah! Aku bagitahu pengetua nanti!" Shafika membantu Annur untuk berdiri. Annur berasa sakit di bahagian pinggang.

"Hergh!" Perempuan itu meninggalkan Annur dan Shafika. Shafika seperti mahu mencekik sahaja perempuan tak sedar diri itu!

"Nur, did it hurt?" Shafika membawa Annur ke ruang pondok bacaan.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now