Bab 12

188 76 16
                                    

I don't want to lose you anymore

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Dia.... memang Annur" Puan Meysarah mencarikkan senyuman.

"Annur? Puteri Annur? Annur kawan Is kan, Umi? Betul kan?" Iskandar berasa lega. Selama seminggu dia mencari tanpa henti di manakah jejak langkah Annur, rupa-rupanya di rumah Puan Meysarah.

Dia bersyukur, sekurang-kurangnya Annur dijaga dengan baik di dalam rumah Puan Meysarah. Puan Meysarah pasti melayani Annur lebih baik daripada keluarga tirinya.

"Haha. Betul lah tu, Is. Tapi betul ke dia kawan kamu je? Tak lebih dari tu?" Telinga Iskandar tiba-tiba bertukar menjadi warna merah.

"Kamu malu ya?" Iskandar sekadar tersengih. Seumur hidupnya, dia tidak pernah diusik sedemikian rupa!

"Erm, Is balik dulu ya, Umi? Insya Allah, kalau ada rezeki, Is datang lagi ya?" Iskandar menghulurkan duit kepada Puan Meysarah.

"Ish, kamu ni. Nak pulang tu, pulang saja lah. Tak perlu hulur-hulur duit macam ni. Segan Umi" Puan Meysarah menolak kembali huluran duit tersebut.

"Umi ambillah. Separuh untuk Umi, separuh lagi untuk Annur. Kalau dia perlukan apa-apa, Umi bagitahu Is saja ya?" Iskandar mengukirkan senyuman.

Susah ooo nak tengok Iskandar senyum bahagia camtu, kau apa tahu?

"Ni nafkah zahir ya? Amboi, bukan main lagi dia ya" Puan Meysarah tidak henti-henti mengusik Iskandar.

"Ada-ada sahaja lah Umi ni. Is pulang dulu, assalamualaikum" Iskandar berlalu pergi dari rumah tersebut.

"Waalaikumussalam" Puan Meysarah membalas.

🍃🍃🍃

Annur bersendirian di dalam bilik. Sudah dua hari dia tidak keluar; hanya ketika makan sahaja dia keluar.

'Ya Allah, aku lupa nak bagitau abang Syirhan' Annur tercari-cari telefonnya. Dia terlupa di mana dia meletakkan gajet itu.

Ciri-ciri pelajar cemerlang, dia seorang yang jarang main telefon. Take note!

"Puas aku cari. Kat sini, kau ya?" Annur menjumpai telefon di atas almari pakaian. Dia mula mendail nombor Syirhan.

Tuttt tuttt....

Tidak diangkat. Annur hampa. Kenapa masa macam ni, Syirhan tidak mahu menjawab panggilannya. Dia baru sahaja berura-ura mahu ke katil, namun tergendala apabila mendapat panggilan.

Nombor tak dikenali

Annur kaget seketika, namun dia tetap menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum?" Annur memberi salam. Entah-entah pengutip hutang atau orang main-main sahaja yang menelefon.

Senyap macam dalam kubur. Annur juga membisu apabila orang di panggilan tidak bersuara.

"Kau cakaplah. Aku nak dengar
suara kau saja"

Annur berasa hairan. Kenapa orang di sana mahu mendengar suara emasnya?

"Awak siapa? Kalau setakat nak main-main, baik saya tutup je panggilan ni. Saya tak mahu cakap dengan sesiapa buat masa sekarang!" Annur berhenti bicara. Dia terdengar bunyi ketawa seseorang dari corong telefon.

"Aku Iskandar. Kau lupakan aku ke?"

Annur membisu. Iskandar.... Kejap... Iskandar?! Telinga dia salah mendengar ke? Biar betik Iskandar yang menghubungi dirinya?!

"M-macam ma-na a-awak d-dapat nombor telefon s-saya?" Dalam nada tergagap-gagap Annur bertanya.

"Rahsia. Kau pergi mana Annur? Kau tahu tak, a- semua orang risaukan kau?"

"Maaf. Saya nak tidur. Dah lewat ni. Assalamualaikum" Annur terus menutup panggilan. Dia menuju ke katil. Dia mula membaringkan tubuhnya.

🍃🍃🍃

"Rahsia. Kau pergi mana Annur? Kau tahu tak, a- semua orang risaukan kau?" Iskandar menampar bibirnya. Hampir-hampir sahaja dia terbabas menyebut perkataan lain!

"Maaf. Saya nak tidur. Dah lewat ni. Assalamualaikum"

Iskandar memandang telefonnya. Annur telah mematikan panggilan! Walau macamana pun, dia tetap gembira.

Dia mendapat nombor telefon Annur daripada Puan Meysarah. Awalnya dia ingat nak pergi rumah Puan Meysarah, tapi tak jadi sebab Puan Meysarah sibuk urusan di surau. Irwan dan Izhan pula ke sekolah.

Hanya ada Annur sahaja di rumah. Kalau diorang kena tangkap basah macam mana? Siapa nak bertanggungjawab?

Iskandar memandang siling biliknya. Dia mula teringat dirinya menjadi penyelamat kepada seorang gadis bernama Annur.

Pertama, dia mengorbankan baju sekolahnya untuk Annur. Habis basah baju sekolah itu dengan air sirap!

Nasib baik bajunya berwarna biru gelap, tak adalah nampak sangat bila terkena air sirap. Kalau Annur yang kena? Baju sekolah Annur sudahlah berwarna putih. Mesti memalukan.

Kedua, ketika dalam perpustakaan. Dia menolong Annur menjawab soalan add math. Soalan senang pun Annur tak boleh jawab. Nasib Annur dapat A+ untuk add math. Tapi, dirinya pula dapat A- untuk subjek itu. Memalukan je!

Dia mula teringat kembali yang dia ada meletakkan sticky note di dalam buku rujukan Annur. Mesti Annur tak baca pun apa yang tertulis pada sticky note tu!

Ketiga, dia membantu Annur daripada dijadikan bahan ejekan sewaktu di dataran sekolah. Dia terasa seperti hero pula dapat membantu seorang gadis yang tidak mampu melakukan apa-apa.

Akhirnya, Iskandar terlelap dengan memeluk telefon yang tertera nombor seseorang.

Kesayangan♡

~ B E R S A M B U N G ~

Maafler banyak merapu.
Idea tak muncul bila dipinta.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now