Bab 24

178 62 4
                                    

Move on from what hurt you
but never forget what it taught you.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur, kau dengar tak ni?"

Annur tersentak. Dia mengelamun sahajakah tadi? Shafika tidak berkata mahu putus kawan kan?

"Sorry, aku tak berapa dengar lah. Kau cakap apa eh?" Annur mengusap pipinya yang terdapat kesan air mata.

"Aku tanya, kenapa kau lari dari rumah aku? Aku ada buat salah ke?"

Annur berasa lega. Dia berangan sahaja dari tadi! Dia tidak putus kawan dengan Shafika lagi!

Nampaknya, dia tidak boleh memberitahu Shafika hal sebenar. Dia takut perkara di mindanya menjadi realiti.

"Hello?? Nur?! Kau berangan ke?!"

"Sorry. Aku.... Aku dah kahwin sebenarnya" Annur mengukirkan senyuman manis.

"Really? Siapa lelaki bertuah tu?
Omg!!! Is it..."

"Iskandar. Haah..." Annur terasa pipinya berubah rona.

"Tahniah! Gembiranya aku! Tapi kenapa kau tak ajak aku sekali eh? Sampai hati kau!"

"Sorry lah, aku kahwin terjun je ni. Tak buat preparation apa-apa pun. Sekadar kahwin dalam pejabat agama je?" Annur menggaru kepalanya.

"Seriously?! Apa kehe nya si Iskandar tu?! Kata sayang kau bagai nak rak. Rupa-rupanya mangkuk ayun! Hadoiii"

"Ish, tak baik kutuk suami aku. Okaylah, aku dah mengantuk ni. Bye! Assalamualaikum!" Annur menamatkan panggilan.

🍃🍃🍃

"Sorry. Aku.... Aku dah kahwin sebenarnya"

Lega hati Shafika mendengarnya. Tapi, dia sebenarnya masih hairan mengapa Annur tiba-tiba sahaja meninggalkan rumahnya tanpa alasan yang kukuh.

Atas sebab menyusahkan? Mustahil! Dia pernah beritahu Annur bahawa Annur bukannya bebanan kepada mereka berdua!

Mengapa? Apakah punya sebab yang spesifik? Matlamat yang jelas?

"Really? Siapa lelaki bertuah tu? Omg!!! Is it..." Shafika melupakan kejadian lari rumah itu. Dia lebih teruja mendengar Annur telah mendirikan rumah tangga!

"Iskandar. Haah"

'Alahai, malu-malu pula kawan kita seorang ni! Comel!' Shafika tergelak kecil mendengar suara perlahan Annur itu!

"Tahniah! Gembiranya aku! Tapi kenapa kau tak ajak aku sekali eh? Sampai hati kau!" Shafika sengaja berjauh hati.

Nak tengok juga Annur nak pujuk ke idok?

"Sorry lah, aku kahwin terjun je ni. Tak buat preparation apa-apa pun. Sekadar kahwin dalam pejabat agama je?"

Biar betik Annur ni?! Shafika benar-benar terkejut. Iskandar yang boleh dikatakan orang berada hanya kahwin dalam pejabat agama? Ish, serupa dalam novel saja! Mesti keluarga Iskandar tidak merestui hubungan mereka!

"Seriously?! Apa kehe nya si Iskandar tu?! Kata sayang kau bagai nak rak. Rupa-rupanya mangkuk ayun! Hadoiii" Shafika melepaskan segala kata-kata yang berada di fikirannya tadi.

"Ish, tak baik kutuk suami aku. Okaylah, aku dah mengantuk ni. Bye! Assalamualaikum!"

Talian ditamatkan. Shafika tersenyum sendirian.
Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka dari luar.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now