Bab 15

184 67 2
                                    

Pergi,
tiada sesiapa perlukan diri kau!

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

2 tahun kemudian...

"Abang, aku tak nak tengok dia dah! Aku penatlah! Bila kau nak jalankan rancangan kau? Dah dua tahun dia tinggal sini, kita sampai dah belajar masuk Universiti!" Izhan merenung tajam wajah Irwan.

"Kau pun tahu kan Umi sayang sangat-sangat kat pembunuh tu! Susahlah sikit nak buat rancangan kita" Irwan merengus. Dia perlu tunggu masa sesuai untuk menjatuhkan Annur!

"Ish, aku tak boleh nak sabar dah! Aku nak buat plan kau, tanpa kau!" Izhan terus keluar dari bilik Irwan.

'Gila, adik siapalah tu' Irwan membuat regangan pada badannya. Sumpah dia kata, dia tak nak ada adik macam tu!

Izhan terpandang wajah Puan Meysarah di hadapan pintu utama.

"Eh, Umi? Umi nak pergi mana?" Izhan melirik ke bilik Irwan. Irwan tampaknya berada di hadapan pintu biliknya.

"Oh, Umi kena pergi kenduri kahwin. Umi nak tolong apa yang patut. Makcik Melah punya anak nak kahwin" Puan Meysarah membuka pintu rumah.

"Oh, Nur mana? Dia tak ikut ke?" Izhan melihat sekeliling. Perempuan tu tak ada!

"Nur tak nak ikut, dia kat dalam bilik dia lah. Eh, Umi nak cepat ni. Jangan halang laluan Umi" Puan Meysarah terus menolak sedikit tubuh Izhan yang menghalang jalannya.

Irwan dan Izhan saling bertatapan. Kemudian terbit senyuman sinis di kedua-dua bibir adik beradik itu.

"Ha, Umi nak ingatkan! Jangan sesekali sakitkan hati anak dara Umi tu!" Sempat Puan Meysarah menitipkan pesanan kepada kedua-dua anaknya itu.

"Baik Umi!" Mereka masih tersenyum sinis. Puan Meysarah sudah selamat hilang dari pandangan mata adik-beradik itu.

Mereka hanya menanti detik. Detik-detik terakhir untuk Annur. Apabila terbuka sahaja pintu bilik Annur, mereka akan menjayakan rancangan mereka.

"Kau ada pisau tak?" Tanya si abang kepada adik. Izhan pun apalagi, mengangguk sahaja. Pisau dapur telah bersiap sedia lama di tangan kirinya.

"Good. Lagi beberapa minit keluarlah perempuan tak sedar diri tu!" Irwan hanya menanti di atas sofa.

Kreek! Pintu bilik Annur terbuka. Mereka lihatlah seraut wajah milik gadis itu.

"Weh, kau nak ke mana?" Irwan memandang Annur dengan pandangan membunuh.

"Nak masak. Korang nak makan apa-apa tak? Nur boleh tolong masakkan" Annur mengukirkan senyuman. Dia masih mampu bersabar dengan kerenah dua budak kecil ni!

Errr, kecil ke? Umur masing-masing
dah 19 dan 18 tahun!

"Huh! Tak payah tunjuk baik sangat lah! Menyampah aku" Irwan merengus kegeraman. Dia menyampah dengan sikap acah suci Annur!

"Kenapa? Nur tak faham? Kenapa korang benci sangat dekat Nur? Nur ada buat salah apa-apa ke? Nur tak pernah pun marah korang atau pukul korang" Annur melirih perlahan.

"Jangan pura-pura baiklah! Sah-sah kau bunuh Kak Sufi, lepastu kau nak kata macam-macam pula kan?!" Izhan menjerkah. Terdiam Annur seketika.

"Sufi? Tapi..."

"Diamlah! Lebih baik kau berambus dari rumah ni, sebelum aku bunuh kau!" Irwan merampas pisau di tangan Izhan.

Tunggu adiknya cakap, lambat lagi! Dah lah si Izhan tu cepat simpati kat orang!

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now