Bab 23

187 61 14
                                    

Meet my Sunshine, Puteri Annur

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Hampir sebulan Annur tinggal di dalam rumah Zahra. Sebulan jugalah Iskandar tidak menjenguk dirinya.

Apakah lelaki itu sedang sibuk bekerja?
Apakah lelaki itu sudah makan?
Apakah lelaki itu sihat-sihat sahaja?

'Ya Allah, kenapa aku terfikir pasal dia?' Annur hanya berbicara dalam hati. Berharap agar rasa hatinya sampai kepada Iskandar.

Ceh, ayat cliché sahaja!
Sudah bosan mendengarnya!

Annur mendekatkan dirinya di ruang jendela. Dibiarkan langsir berterbangan ditiup angin. Bulan separa menjadi renungan jiwa. Hanya terdapat cahaya bulan yang terang sahaja menerangi malam itu.

Tiada bintang mahu sinaran lain yang menghiasi keindahan bulan tika malam tersebut.

"Nur?" Annur terkejut apabila mendengar suara garau milik seseorang.

"Haha.. kau ni banyak mengelamun lah, Nur!" Annur tergelak kecil. Dia mungkin terlalu memikirkan tentang Iskandar, sehingga terdengar suara--

"Nur! Pandang bawah ni!" Annur terkejut sekali lagi. Dia yakin itu suara Iskandar! Dia tidak percaya dengan penidakkan akalnya!

Annur terus mengalihkan pandangan ke arah bawah. Dia ternampak Iskandar berdiri sambil memegang sebuah kotak.

Kejap... Kotak kecil?

"Turun kejap. Oh ya, jangan lupa pakai tudung" Iskandar terus memandang ke arah lain.

Annur terkedu. Alamak! Kenapa dia terlupa yang Iskandar bukan mahramnya?! Annur terus mencapai tudung sarung lalu turun ke tingkat bawah.

Annur membuka pintu. Iskandar sudah berdiri di hadapan pintu rumah.

"Err... awak kenapa? Zahra tak ada tau... Dia tidur..." Annur tiba-tiba menggigil. Kejadian di rumah Shafika berlegar-legar di fikirannya.

"Aku cuma nak bagi ni! Bukalah" Iskandar menghulurkan kotak kecil berbalut itu kepada Annur.

Annur berasa ragu-ragu untuk mengambil kotak itu. Namun setelah dipaksa oleh Iskandar beberapa kali, barulah kotak itu selamat mendarat di tangan Annur.

"Ci-cincin?!" Sungguh Annur sangat-sangat tergamam saat ini! Kenapa Iskandar memberi cincin bertatahkan berlian kepadanya?

"It's for you, sweetie. Aku harap kau boleh terimalah. Once cincin tu dah selamat berada di jari manis kau, kita akan kahwin! Bye, assalamualaikum!"

Iskandar terus hilang daripada pandangan mata Annur. Annur terkelu tidak mengeluarkan sepatah perkataan sekalipun!

🍃🍃🍃

"Apa keputusan kau?"

Sudah tiga hari sejak Iskandar melamarnya. Annur berasa berdebar-debar. Akalnya sering kali berkata bahawa Iskandar hanya bergurau namun hati menidakkan hal tersebut.

"Saya..." Cincin huluran Iskandar telah berada di jari manisnya. Ya, dia membuat keputusan untuk menerima lamaran tersebut.

"Tahniah, I'm happy for both of you!" Zahra tersenyum manis. Siapa sangka gadis sekasar Zahra mampu tersenyum apabila mendapat tahu kawan baiknya mahu mendirikan rumah tangga.

"Terima kasih...." Membahang wajah Annur tika itu.

"Lepas ni, kau duduk dengan laki kau je lah. Tinggal aku sorang-sorang dalam rumah ni kembali" Zahra sengaja mengendurkan suaranya. Mahu melihat reaksi Annur bagaimana.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now