Bab 11

196 75 5
                                    

Aku temui dirimu,
Sang bidadari kalbu

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Ya Allah, di mana Annur?" Iskandar bergumam sendirian. Sudah seminggu dia cuba menjejak keberadaan Annur, tetapi dia menemui jalan buntu.

Iskandar terkejut apabila menerima panggilan daripada seseorang. Dia lantas menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, Is"

"Waalaikumussalam. Umi Meysarah ya?" Iskandar tidak melihat nama pemanggil tadi, dia hanya menjawab sahaja.

"Ya, ni Umi. Is sihat tak?"

"Alhamdulillah, sihat umi. Umi ada apa call Is ni?" Iskandar memberhentikan keretanya di tepi jalan. Nanti accident kereta terbabas masuk gaung, baru nak menyesal!

"Umi nak ajak Is makan tengah hari kat rumah Umi, boleh?"

"Oh, boleh je Umi. Is pun tak busy mana. Nanti tengah hari Is pergi rumah Umi, okay?" Iskandar mematikan panggilan. Sekarang dia berada di Jalan Ukay Perdana, jauh juga mahu ke rumah Puan Meysarah.

Dia harus berpatah balik. Itupun sudah mengambil masa sejam. Matahari dah nak terpacak tinggi atas kepala dah ni.

🍃🍃🍃

"Assalamualaikum!" Bertalu-talu Iskandar mengetuk pintu rumah Puan Meysarah. Nasib baik dia sampai sewaktu Zohor. Bolehlah dia menunaikan solat sekali di rumah Puan Mesyarah.

"Waalaikumussalam, abang Is! Masuklah" Izhan membuka pintu. Iskandar meletakkan kasut hitam di atas rak. Dia menuju ke dapur bersama-sama Izhan.

"Is, sampai pun kamu. Umi ingat kamu tak jadi nak datang tadi" Puan Meysarah mula menghidangkan lauk di atas meja. Hanya Irwan sahaja yang selamba duduk di kerusi.

"Mestilah datang, Umi. Tak akan Is nak tolak pelawaan Umi macam tu saja. Tolak rezeki lah Is kalau macam tu" Iskandar tersenyum nipis sebelum duduk di sebelah Izhan.

"Abang Is kerja apa sekarang? Ke abang Is sambung belajar lagi?" Izhan tidak henti-henti bertanyakan soalan kepada Iskandar.

Iskandar seorang yang pemurah dan baik hati. Dialah yang telah menyediakan kedai makan untuk Puan Meysarah berniaga.

"Abang jaga syarikat papa je buat masa sekarang ni" Iskandar tersenyum tipis.

Tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan suara perempuan mengaduh sakit diikuti dengan sesuatu hentakan. Puan Meysarah cepat-cepat menuju ke sebuah bilik yang tertutup rapat.

"Annur? Kenapa ni sayang?" Puan Meysarah melihat ke arah kaki Annur, terdapat kesan biru di situ.

"Ya Allah, kenapa sampai lebam pula ni? Nur panjat pokok ke apa?" Puan Meysarah menggaru kepalanya. Pelik betul, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja boleh jadi lebam?

"Nur tak perasan kaki meja, Nur tersepak lah. Aduh, sakitnya!" Annur mengurut-ngurut kakinya perlahan. Kesakitan tersebut mula berkurangan setelah diurut.

"Meh sini, Umi letak minyak gamat kat kaki kamu" Puan Meysarah menggeledah laci meja Annur. Dia terus mengambil minyak gamat lalu dituangkan di atas kesan lebam tersebut.

"Uuu, berdenyut la Umi" Annur berkerut-kerut menahan sakit. Puan Meysarah hanya tergelak kecil melihat telatah Annur.

"Sikit je tu, sayang. Lepas ni Annur tak rasa sakit dah. Jom kita pergi makan? Annur jangan lupa pakai tudung pula" Puan Meysarah lantas keluar lalu menutup pintu.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now