Bab 27

186 60 5
                                    

I choose to play stupid but trust me,
I know everything you think I don't.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Dia tak sayang kau, Nur..." Annur merapatkan lututnya di dada. Dia takut, dia takut dia akan diceraikan.

"Kalau dia ceraikan aku, aku nak pergi mana? Ya Allah, ampunkan dosaku" Annur menangis lagi.

Dia sudah tiada suara untuk dilontarkan. Dia pasrah dengan ketentuan takdir. Sekiranya dia akan dihalau oleh Iskandar, dia redha.

"Nur..." Iskandar memeluk tubuh Annur. Wajah isterinya kelihatan pucat sekali!

"Is..." Annur menjarakkan diri mereka. Dia tidak sanggup menatap wajah suaminya.

"Nur, kenapa keadaan Nur macam ni? Is baru je tinggalkan Nur sekejap. Kalau Is tinggalkan Nur selama-lamanya macam mana?" Iskandar memeluk isterinya kembali.

"Is akan tinggalkan Nur... Nur sayang Is..." Annur menangis hiba di pelukan Iskandar.

"Mana ada... Is selalu sayangkan Nur. Tak kan Is nak tinggalkan isteri Is?" Iskandar mengucup bertalu-talu pipi kanan dan kiri Annur.

"Geli lah, awak!" Annur tergelak kecil.

"Ha, gelak pun! Susah tau kita nak buat dia gelak. So kita nak upah!" Iskandar menari-nari kan keningnya.

"Upah apa pula?" Annur memandang tunak mata Iskandar tanpa berkelip.

"Kiss sini" Iskandar menyua pipinya kepada Annur.

"Tak nak, Is gatal!!!" Annur menampar perlahan pipi Iskandar sebelum dia keluar daripada bilik itu.

"Puteri Annur! Kalau Mohd Iskandar jumpa, siap dia!" Iskandar membiarkan Annur keluar seketika.

It's so attractive when someone
shows you they care.

🍃🍃🍃

"Aduh!" Shafika menepuk-nepuk bahunya. Siapa pula langgar dia tengah-tengah mall ni?!

"Sorry, saya tak... Eh Fika!" Vivie membantu Shafika untuk berdiri semula.

"Kau siapa? Macam mana kau kenal aku? Apa kau nak?!" Shafika berasa hairan. Dia tidak mengecam wajah di hadapannya.

"Kau mungkin tak kenal aku. Tapi aku kenal kau. Kau kawan Annur, right? Aku nak cakap something dengan kau! Ada kaitan dengan Annur!" Vivie menarik lengan Shafika.

"Wowowo stop stop!" Shafika mengangkat sebelah tangannya. Vivie melepaskan lengan Shafika.

"Kau kawan Atiqah, right? Pembuli Annur? Kenapa kau cari aku pula, ha?! Supaya boleh buli Annur lagi? Lupakan! Aku tak kan sesekali beritahu kau kat mana Annur berada!" Shafika menjerkah Vivie di khalayak ramai.

"Aku tahu kau marah. Kau boleh tengking aku, tampar aku, atau kau nak bunuh aku pun boleh! But please, bagi aku cakap sesuatu dengan kau dulu. Lepastu kau nak bunuh aku pun aku tak kisah!"

Bersungguh-sungguh Vivie berkata. Shafika memandang aneh terhadap seraut wajah di hadapannya.

Dah kenapa tiba-tiba jadi baik pula ni?
Mesti ada sesuatu!

"Okay, I'll give you five minutes. Let's go" Shafika mengikut langkah Vivie ke kedai makan yang berhampiran.

Setelah sampai, Vivie menjelas apa yang dirancang oleh Atiqah.

"So, you tahu Nur dah jadi isteri Iskandar?!" Atiqah menjerit dengan lantang. Dia tidak boleh membiarkan Iskandar bersama dengan Annur!

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now