Bab 26

185 62 0
                                    

I choose to play stupid but trust me,
I know everything you think I don't.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"So, korang nak buat majlis tak? Majlis besar-besaran!! Biar mama yang aturkan. Mama tak sabar nak kenalkan menantu mama kat saaaaaaatu dunia" Puan Syerah tidak henti-henti menempel di sisi Annur.

"Mama..." Annur tersenyum walaupun sebenarnya dia tidak selesa Puan Syerah rapat-rapat dengannya.

"Sudahlah awaknya. Menantu awak tu tak selesa awak rapat-rapat sangat dengan dia. Mengada betul Puan Syerah ni!" Encik Zaidi menarik tangan Puan Syerah.

"Alaa abang ni. Saya gembira sebab dapat menantu cantik macam Annur ni! Lagipun dia sahajalah menantu yang saya ada!" Puan Syerah lantas mencubit pipi Annur bertalu-talu.

"Mama... sakitlah" Annur menggosok pipinya.

"Is kalau boleh nak buat sederhana saja. Tak perlulah sampai satu dunia nak tahu yang kami dah berkahwin" Iskandar yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara.

"Papa setuju dengan Is.
Nur pula macam mana?"

Soalan diajukan kepada Annur. Annur hanya mengangguk pantas.

Dia masih shy shy cat depan keluarga Iskandar. Biasalah, baru sehari menetap di situ. Tak sangka Puan Syerah dan Encik Zaidi menerimanya dengan seikhlas hati.

"Okay, kita buat dalam hotel eh? Mama nak tempah dewan besar. Hmm mama nak ajak lebih daripada seribu orang lepastu--" Puan Syerah terdiam apabila Encik Zaidi dan Iskandar merenung wajahnya tajam.

"Apa? Grand sangat ke? Alaa setakat seribu orang, apalah sangat. Tak baik tahu kedekut dengan isteri sendiri. Kan Annur?" Puan Syerah menarik lengan Annur; berharap supaya Annur berpihak padanya.

"Ha betul lah tu, mama.." Annur tersengih. Senang hatinya dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Iskandar.

"Nampak? Bagus tau ada menantu macam ni. Korang berdua duduk je dalam rumah ni. Biar mama dengan Nur yang handle majlis kahwin nanti!"

Puan Syerah membawa lari Annur ke dalam kamarnya.

Iskandar dan Encik Zaidi sudah bercekak pinggang.

"Macam-macam hal betul lah mama kamu tu" Encik Zaidi bersuara.

"Macam papa lah. Banyak songeh" Iskandar menambah.

Tak pasal-pasal bergusti pula
dua beranak ni! 😂

🍃🍃🍃

"Finally, habis juga majlis tu" Iskandar membaringkan tubuhnya di dalam bilik Annur.

Kejap.... bilik Annur?
Ya, dia sengaja menyinggah di dalam kamar Annur.

"Awak... awak buat apa dalam bilik ni?" Annur yang baru sahaja naik mandi terkejut apabila Iskandar berada di atas katilnya.

Nasib baik dia dah pakai pakaian siap! Kalau tidak, buat malu je tunjuk free show depan Iskandar!

"Saja, datang melawat. Nak dekat sebulan kan kita kahwin?" Iskandar masih berbaring di atas tilam yang empuk itu!

"Haah...." Annur menghampiri Iskandar. Dia mula duduk di atas katil.

"Kalau..." Iskandar terdiam seketika.

"Kalau?" Annur bertanya kembali sambil memandang wajah Iskandar.

"Kalau..."

"Is! Janganlah main-main!" Annur menggoncangkan lengan Iskandar.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now