Bab 9

201 76 9
                                    

Finally, I can feel happiness,
even for a second

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Ayah, kita kena keluar dari sini sekarang juga!" Annur memapah Encik Mohd supaya keluar daripada rumah yang hampir separuh terbakar itu!

"Ayah dah tak kuat, kamu selamatkan Naylie dulu. Ayah masih boleh bertahan dalam rumah ni. Pergi, cepat!" Encik Mohd menunjuk ke arah Naylie yang terbaring lemah di dalam bilik.

"Mana boleh!! Lepas Nur bawa ayah keluar, Nur selamatkan Naylie ya? Ayah paling penting dalam hidup Nur. Nur tak boleh tinggal ayah dalam rumah ni" Akhirnya, mereka berjaya keluar daripada disapa api yang marak itu.

"Ya Allah, rumah dah nak hangus!" Annur tidak mahu masuk ke dalam, mungkin nyawanya akan terancam. Tapi, dia juga tidak sanggup tinggalkan Naylie di dalam rumah yang sudah dijilat api itu.

"Belum lagi, Naylie masih hidup dalam tu. Ayah nak selamatkan Naylie. Masih sempat nak selamatkan Naylie" Encik Mohd sangat sayang akan Naylie.

"Tak boleh ayah. Kalau kita masuk, kita cuma tempah maut je! Nur sayangkan ayah. Ayah jangan tinggalkan Nur" Annur tidak mahu kehilangan Encik Mohd selepas kematian Puan Khatijah akibat kanser rahim.

"Nur, setiap orang pasti akan mati. Kalau ayah tak dapat diselamatkan, mungkin mama tengah menanti ayah di sana? Nur jaga diri baik-baik ya? Jangan sakitkan hati orang, jangan biar kemarahan mengawal diri kita. Ayah sayang Nur" Encik Mohd meluru masuk ke dalam rumah itu.

"Ya Allah, ayah!" Annur menangis semahu-mahunya. Kenapa Encik Mohd terlalu degil? Kenapa perlu masuk ke dalam rumah yang hampir marak dijilat api?!

"Naylie! Naylie!" Encik Mohd memanggil nama anaknya. Naylie terbatuk-batuk akibat terlalu menghidu asap hasil daripada kebakaran itu.

"Ayah... bukan ke Nur dah selamatkan ayah? Kenapa ayah dekat sini lagi?" Naylie masih terbatuk.

"Jom, ayah nak bawa Naylie keluar. Cepat jalan, Naylie" Encik Mohd menarik tangan Naylie secara perlahan-lahan. Apabila tiba di hadapan pintu, hanya seorang sahaja yang boleh melangkah.

Encik Mohd mendongak ke atas, runtuhan kayu semakin lama semakin mahu jatuh menghempap lantai rumah.

Dalam keadaan terpaksa, Encik Mohd menolak tubuh Naylie supaya keluar daripada rumah. Tubuh Encik Mohd pula dihempap kayu yang berbara itu.

"Ayah!!!!" Naylie menjerit dari luar. Dia melihat wajah Encik Mohd ditimpa kayu api itu. Masya Allah!!

"Ayah!"

"Abang!"

Puan Farwah dan Kaylie baru sahaja balik daripada pasar. Mereka terkejut melihat api yang sedang membara ke seluruh pelosok rumah.

"Ibu, maafkan Nur" Annur hanya memohon ampun. Dia tidak memberitahu bahawa Encik Mohd meninggal dihempap kayu api disebabkan mahu membawa Naylie keluar daripada rumah itu.

🍃🍃🍃

"Betul ke, Naylie? Betul ke apa yang kamu cerita ni?!" Puan Farwah berasa terkedu. Dia tidak menyangka Annur yang selama ini didera, dipukul dan dihina telah membantu Encik Mohd keluar dari rumah terbakar itu.

"Betul ibu, maafkan Naylie. Kalau Naylie tak ada dalam rumah tu, mesti ayah masih hidup. Ampunkan Naylie, Naylie berdosa" Naylie melutut di hadapan Puan Farwah.

"Ibu dah dengarkan apa yang Naylie kata? Sekarang ni, mana Annur pergi? Tergamak kan ibu halau anak yatim macam Annur? Ibu pernah terfikir tak, mana Annur nak tinggal? Makan ke tidak budak tu? Dia ada kat mana sekarang?!" Syirhan menguak rambutnya ke belakang.

"Ibu... ibu minta maaf. Ibu tak sangka ibu dah berbuat jahat kat orang yang salah selama ni" Puan Farwah mengalirkan air mata. Patutlah dia berasa sedih setiap kali dia mendera Annur. Rupa-rupanya hatinya tidak rela Annur diperlakukan sedemikian.

"Tapi, duit ibu? Duit ibu kenapa boleh ada dekat dalam bilik Annur?" Kaylie sudah menggigit bibirnya. Dia terpaksa memberitahu perkara sebenar.

"Kaylie yang letak dalam bilik Annur. Kaylie nak halau Annur dari rumah, tapi Kaylie tak tahu macam mana nak halau dia sebab kuasa tu ada kat ibu je" Kaylie menundukkan wajahnya.

"Ya Allah, apa aku dah buat kat Annur?" Puan Farwah tidak henti-henti menangis.

"Sudahlah ibu, nanti Syirhan cari dia. Mesti dia ada kat sekitar kawasan ni je" Syirhan cuba menenangkan Puan Farwah.

"Assalamualaikum" mereka berempat memandang ke luar pagar.

"Waalaikumussalam" Syirhan membalas salam seseorang di hadapan rumah itu.

"Saya cari Annur. Annur ada?"

"Kau siapa?" Kaylie memandang wajah lelaki itu.

"Saya Is, kawan Annur"

🍃🍃🍃

"Allah, sakitnya perut aku" Annur terduduk di hadapan sebuah gerai. Sudah tiga hari dia tidak makan. Demamnya juga tidak surut. Badannya panas sangat-sangat.

"Anak, kenapa duduk depan kedai makcik?" Annur melihat figura wanita yang sebaya dengan Puan Farwah.

"Maaf makcik, saya nak tumpang duduk sini sekejap ya? Saya tak larat nak jalan. Saya janji lepas saya sihat sikit, saya pergi dari sini. Maaf ya, makcik?" Annur merayu sambil memegang kaki wanita itu.

"Eh, janganlah kata macam ni. Makcik lagi suka kalau anak duduk dalam kedai makcik. Anak nak makan? Makcik boleh masakkan. Mari masuk" Puan Meysarah duduk bercangkung sambil memegang tangan sejuk Annur.

"Maaf makcik, saya tak ada duit. Saya cuma nak duduk kat luar ni sekejap je, lepastu saya janji saya pergi dari sini. Saya minta tolong sangat-sangat, harap-harap makcik bagi saya duduk sini buat seketika" Annur menundukkan kepalanya.

"Kenapa pula macam tu? Makcik nak belanja kamu makan ni. Rugi tau tolak rezeki. Dah-dah jom masuk" Makcik itu hanya menghadiahkan sebuah senyuman.

"Tapi, makcik tak kenal saya. Macam mana kalau saya ni, penjahat ke perompak ke? Makcik tak takut ke?" Annur mahu mengalirkan air mata. Dia berasa gembira kerana ada yang masih mahu menolong dirinya.

"Kalau anak jahat, dah lama anak bunuh makcik kan? Nama makcik Meysarah. Nama anak apa? Eh, jom kita sembang dalam kedai" Puan Meysarah membawa Annur masuk ke dalam gerainya.

"Nama saya, Annur. Maaflah kalau saya mengganggu makcik" Annur duduk di sebuah kerusi yang terletak di sudut hujung kedai makan itu.

"Tak mengganggu pun. Anak panggil makcik, Umi ya?" Puan Meysarah mengusap rambut Annur.

"Baik... Umi" Annur mengalirkan air mata. Sudah lama dia tidak merasa belaian kasih seorang ibu.

"Umi... ada tudung tak? Nur tak selesa tak pakai tudung" Annur baru teringat bahawa dia tidak menutup auratnya.

"Kejap ya, Umi rasa Umi ada bawa kain tudung lebih tadi" Puan Meysarah menyelongkar beg tangannya.

"Nah, Nur pakai ya?" Puan Meysarah menghulurkan tudung kepunyaannya kepada Annur.

"Terima kasih, Umi" Annur mengucup tudung tersebut.

"Sama-sama, sayang" Puan Meysarah tersenyum manis memandang Annur yang cantik manis memakai tudung.

~ B E R S A M B U N G ~

1 || ANNUR ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum