Bab 22

186 62 8
                                    

Welcome back, Airis Atiqah!

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"I'm back! From Australia. Hello Malaysia! Tanah airku-- ewww! So disgusting" Atiqah sengaja mencampakkan beg pakaiannya kepada Vivie. Dia sempat tertawa kecil melihat kekalutan Vivie.

Vivie sekadar menurut kemahuan Atiqah. Dia tidak mahu nasibnya sama seperti Qish. Apabila teringat kejadian ngeri itu, terus Vivie mengucap panjang.

Ya, Qish dibunuh oleh Atiqah. Depan mata Vivie sendiri! Terkejut bukan kepalang Vivie melihat adegan itu!

"So, Is macam mana? Buah hati I tak sambut kepulangan I ke? Sampai hati dia kan? I miss him so much" Atiqah tersenyum mengejek di sisi Vivie.

"T-tak..." Vivie menelan air liurnya. Dia takut mahu menghadap wajah Atiqah.

"It's okay, I tahu bukan salah you pun! So, let's go and party!" Atiqah menarik sebelah tangan Vivie yang kosong. Sebelah lagi membawa barang-barang Atiqah.

Vivie dilakuakn seperti hamba abdi sahaja. Namun, Vivie tidak boleh membantah. Dia takut keluarganya akan menjadi mangsa amarah Atiqah!

"Party party yeah!" Atiqah bersorak kerana teruja. Setelah menghabiskan duit mak bapak di Australia, dia menghabiskan duit Vivie pula di dalam kelab malam itu.

Vivie mengeluh kecil. Dia serik menjadi kawan kepada Atiqah.

Kalau tahu Atiqah berperangai buruk seperti ini, lebih baik dia berkawan dengan Annur saja!

Cantik luaran tidak
menjaminkan cantik dalaman.

🍃🍃🍃

"Can I ask you something? Kalau tak boleh pun tak apalah" Zahra duduk di sebelah Annur. Annur sedang menyapu peanut butter kepada roti putih.

"Ha? Boleh boleh. Zahra nak tanya apa?" Annur tersenyum manis kepada Zahra.

Sejak tinggal di rumah Zahra, dia menyedari gadis itu sangat baik dengannya! Malah, Zahra tidak pernah memarahi atau mengamuk tidak tentu pasal.

"Keluarga Nur kat mana, eh? Nur tak rindu diorang ke?" Zahra sebenarnya khuatir jika pertanyaannya akan menyinggung perasaan Annur.

"Keluarga Nur.... Dah meninggal" Annur mencarikkan sebuah senyuman.

"Nur... Aku tak tahu pasal tu. Aku minta maaf. Mulut aku ni cabul sangat tanya bukan-bukan. Sorry" Zahra pantas menampar bibirnya.

"Eh, tak apa. Mesti orang ingat Nur lari rumah juga. Nur tak ambil hati pun. Nur okay je" Annur tergelak kecil melihat kekalutan pada wajah Zahra.

"Nur tahu tak perasaan Iskandar?" Zahra menuang teh panas ke dalam dua buah cawan.

"Perasaan Is? Kenapa Zahra tanya Nur?" Annur tidak memahami makna tersirat di sebalik persoalan Zahra.

"Sajalah tanya, manalah tahu. Kau tahu dia suka siapa, kan?" Zahra mengajukan soalan lain pula.

"Dia suka Zahra, betul kan?" Polos sahaja soalan Annur.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now