bab 33

71 4 0
                                    

Di tengah keramaian orang yang bertandang di majlis ini, aku kaku tidak bergerak. Menelan liur berulang kali namun tekakku masih juga kering.

Wanita yang mengenakan gaun bertali halus,mendedahkan kulit putih mulusnya ini memandang Rafael dengan senyuman penuh makna. Tidak dapat dipastikan sama ada dia menyindir Rafael atau memang dia ikhlas mengukir senyuman pada bibir mungilnya itu.

" Tak sangka jumpa you dekat sini. I baru ingat nak cari you dekat icu atau rumah mayat atau pun balai polis. Mana tahu ada laporan orang hilang ke.."

Ah...terang lagi bersuluh, dia sedang marah.

" Jumpa tak?" Soalan cepumas atau bongok boleh aku klarifikasinya keluar dari mulut Rafael. Tak faham ke perempuan tu menyindir?

" Kalau jumpa baguslah. Boleh diterima akal kalau mesej, call tak pernah balas atau dijawab. Tak sangka hidup lagi, duduk depan mata pula dengan orang lain. Come on kalau gentlemen, pergi jumpa family I explain everything...bukan hilang jadi halimunan."

Ish...ish..ish...teruk betul perangai jantan ni.

" Nak buat macam mana, I pun tersepit. Antara urusan kerja dengan urusan personal. You know why i'm doing this right?"

Wanita itu merengus. Sebal dengan sikap acuh tak acuh bakal tunangnya.

" Tersepit konon. Dating dengan orang lain boleh pula."ujarnya sambil mengerling tajam padaku. Sejuk terus seluruh tubuh badanku. Aku dah agak kalau bakal tunang Rafael muncul dalam majlis ni, mesti dia akan salah faham.

"Dating? Dengan siapa?"

Berkerut tebal kening wanita tersebut.

" Ni. " Dia menuding jarinya ke arahku. Hampir terbatuk aku saat mendengar tuduhannya. Spontan kepalaku tergeleng. Menafikan tuduhan tidak berasasnya.

" Owh..." Rafael tersengih sambil mengenyitkan matanya padaku. Eh gila! Depan kau tu bakal bini kaulah. Aku korek biji mata kau nanti.

" Maaf cik..tapi nampak ada salah faham dekat sini..saya ni PA encik Rafael saja. Saya dekat sini atas urusan kerja sahaja. No more no less." Aku pantas mencelah. Dari pandangan aku, Rafael tidak berusaha menjernihkan keadaan. Dia memilih membiarkan bakal tunang dia terus salah faham. Memang perangai anak jin. Huh!

Wanita itu lantas memeluk tubuh dan merenung tajam kepada Rafael.

" you should tell me Raf.."

Rafael tersengih. "Lain kali jangan serkap jarang. Menuduh tanpa siasat bukan sifat orang yang bijak." Balas Rafael selamba tanpa memikirkan perasaan orang yang didengarinya.

" tapi bukan 100% salah pun tuduhan you tu..." Rafael menyambung.

"Maksud you?"

Seraya dengan perlahan dia merapatiku dan memegang kedua belah bahuku dengan kemas. Aku cuba meloloskan pegangannya namun ada sesuatu menahanku. Matanya menatapku dalam, persis 8 tahun yang lepas.

" Neldia..I guess you right..jadi halimunan hanya sifat orang pengecut. I puas berdiam dan menurut..but not anymore.." Rafael kelihatan serius memaknakan kata-katanya.

Ketika ini aku perasan ada beberapa individu mula memasang telinga perbualan kami. Mereka berbisik sesama sendiri dan tidak kurang yang mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam.

Rafael tidak menghiraukan keadaan sekeliling barangkali sudah biasa dengan kehidupan begitu.

"Raf! I asking you.answer me!" Suara neldia melintasi pendengaranku. Pasti dia juga rasa hal sama. Pertanyaan Neldia sama sekali tidak dihiraukan.

Rafael menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya. Pegangannya tidak kuat tapi aku dapat rasakan dia juga gementar. Anak mata hazelnya tertumpu padaku sepenuhnya.

Ya tuhan..apa semua ni...hatiku gelisah tidak terkata.

" Qaseh I know this is not the right time but I dont want miss the chance..so NOOR QASEH BINTI NAIM...WILL YOU MARRY ME...?" Bagai satu tamparan kuat menampar wajahku hingga membuatkan aku tergamam. Terbuntang luas mataku.Siapa yang sangka cucu kepada keluarga Dato Sri Kamelia melamar warga marhaen seperti aku?!

Lamarannya terus disambut dengan suasana gemuruh dari para hadirin di situ. Lampu sorot memancar tepat ke arah kami berdua. Hanya seketika suasana bising itu reda, apabila semuanya seakan menanti jawapan dari mulutku.

Masa seakan berhenti dengan sendiri. Antara mimpi dan realiti. Aku sendiri tak pasti.

Aneh..dengan tidak semena-mena penglihatanku kabur,detak jantungku terasa laju, dan dadaku menjadi sesak. Sakit. Peluh dingin mula keluar pori wajahku. Aku tak boleh bernafas!

Serangan panik, menghambat daya tubuhku. Ketika ini penglihatanku terus menjadi kelam dan tubuhku terasa melayang. Tiada lagi suara kedengaran.hanya sepi menemani diri.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now