Bab 19

178 2 0
                                    

PEPERIKSAAN Stpm akhirnya melabuhkan tirainya...setelah seminggu lebih aku berjuang, hari ini aku mampu menarik nafas lega. Suasana di dewan riuh rendah dengan sorakan pelajar tingkatan 6. Bersorak meraikan hari merdeka mereka. Tidak ketinggalan aku turut merasakannya. Namun aku lebih memilih untuk duduk di tempat dudukku.

"Qaseh!!!"

Lela berlari anak ke meja ku yang berada agak jauh dari mejanya. Datang dah mak cik ni.Pantas aku mengurut dada, menghilangkan rasa terkejutku. Dengan lincah dia menarik kerusi plastik di meja sebelah yang kosong lalu melabuhkan punggungnya. Lebar benar senyuman ditarik.

" weh kau buat apa lepas ni?" Soal Lela dengan teruja.

"Tak buat apa. Kenapa?" Balasku sambil menyimpan alat tulisku ke dalam bekas pensilku yang berwarna jingga.

"Jom kita keluar. Jalan-jalan.celebrate our freedom!" Cadang lela. Bulat matanya memberi idea sambil memperlihat lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

" Bila tu?" Beg sandang lusuhku diletak di atas meja kemudian bekas pensil tadi aku masukkan ke dalamnya. Jam casio di pergelangan tanganku pula dilirik sebentar. Jarum jam baru bergerak ke nombor 11.

" tahun depan..! sekaranglah! Apalah kau ni. Lagipun hari ni ada seseorang nak bawa kita jalan tau. Free duit tambang!"

" ha? Siapa?" Soalku sedikit kurang senang. Jangan bawa lelaki sudahlah...mahu mengamuk mak kalau sampai ke pengetahuannya. Ribut petirlah jawabnya.

" adalah...jom." lela bingkas bangun kemudian menarik tanganku.

"Tak payahlah berahsia sangat... weh takkan pakai baju sekolah? Bagilah aku balik tukar baju." Sanggahku sambil cuba menarik tanganku. Namun sayang lansung tidak terlepas. Idea Lela memang cukup tidak berkenan di hati. Ada ke pakai baju sekolah..

" Alah biarlah pakai baju ni. Lagipun ni last day kita pakai baju sekolah ni. Lepas ni mana ada dah. Aku nak tangkap gambar sekali nanti." Seperti biasa lela bijak memberi alasan yang munasabah.

Serentak itu telefon bimbitnya berbunyi. Belum sempat aku melirik nama pemanggil pada skrin telefon sonynya, dia terus menyambut panggilan tersebut dan diletak ke cuping telinganya.

" hello...ha dah siap dah." Lela bersuara girang. Aku pula hanya kaku memandang gelagat lela. Sempat juga lela melirik padaku dan melemparkan senyuman gediknya. Seraya aku mengerling dan membuang pandang ke arah lain. Malas hendak memasang telinga pada perbualan mereka.

Lantaran bosan menunggu, kakiku melangkah ke tingkap dewan di sebelah kanan. Tanganku disilang. Kelihatan padang sekolah dari tempatku berdiri. Spontan bibirku tersenyum.

" hai senyum sendiri nampak. Ingat cikgu Haikal ke?" Sindir Lela sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket bajunya. Spontan senyumanku mati lalu mataku mencerun tajam padanya. Sedap mulut je. Hatiku menggerutu.

" huih mata tu..cungkil nanti jadi kasim selamat kau!." Lela mengangkat dua jarinya dan disua ke anak mataku.

" yelah. Dah kau sebut nama cikgu tu, mati terus mood aku. Tak jadilah aku nak ikut kau." Muncung panjang ditarik, buat-buat merajuk. Berkerut dahi lela dengan sikapku yang tiba-tiba beremosi.

" lah kenapa pula ni..kau gaduh ke dengan dia? Hari tu kau jumpa dia, kau berdua borak apa je?"

" tak ada apa-apalah lela, tak payah la sebut lagi. Aku dah lupa dah pun dekat cikgu tu. Lagipun dia pun dah nak mendirikan masjid." Ujarku mendatar.

Air muka Lela berubah mendadak, tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut. Geli hatiku melihat respon dramatik yang ditunjukkan Lela. Sejurus itu aku tergelak.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now