Bab 36

93 4 0
                                    

Aku tak tahu apa yang berada dalam kepala otak Rafael. Dia terlalu sukar dijangka. Dia buat hidup aku macam roller coaster. Kadang-kadang naik perlahan dan tiba-tiba saja boleh jatuh dengan menjunam.

Dia tak nampak ke kenapa aku menolak? Lagipun buat apa cari penyakit, hidup dah selesa dan stabil, cari sajalah yang boleh sesuai. Aku juga yang diburunya.

Ditambah lagi aku baru saja berpisah dengan Faizal, kalau saja Faizal tahu yang aku dan Rafael bakal berkahwin, semakin keruhlah hubungan kami berdua. Sedangkan kini, Faizal membawa diri jauh tanpa khabar, apatah lagi jika dia tahu mengenai Rafael. Bertambah syulit syushah!

" Dah...awak berhenti kat bustop mana-mana, saya nak turun." Untuk berada di dalam kereta bersama Rafael dalam tempoh yang lama, cukup menyesakkan dada aku. Udara terasa menipis.

" Kenapa? Kau nak pergi tandas ke?"

" Tak..! Saya nak turun. Saya dah tak nak layan topik gila awak. Lagi baik saya naik bas sekurang-kurangnya kepala saya tak sakit." Rengusku.

Rafael membisu, lansung tidak mengendahkan aku yang berada di sebelah. Apa yang susah sangat nak berhenti?

"Lebih baik awak berhenti sebelum saya terjun..." Ujarku dengan nada yang rendah.

Stereng kereta digenggam kuat oleh Rafael. Dengan tidak semena-mena keretanya menderu dengan sangat laju, hampir-hampir melanggar kereta yang berdekatan.

" Rafael! Perlahan sikit! Nanti langgar orang lain!" Pintaku dengan perasaan cemas. Terasa nyawaku bagai dihujung tanduk.

"Terjunlah kalau berani. Tadi berani sangat. Aku boleh perlahankan kereta kalau kau tak minta berhenti kat tepi jalan. Pilihan dekat tangan kau." Semakin laju kereta dipandu.

"Jangan macam budak-budak boleh tak?! Awak tahukan bahaya. " Aku memegang lengannya tanpa aku sedar.

" Pilih sekarang!"

Ah sungguh aku macam berada di atas roller coaster ketika ini. Boleh mati sakit jantung aku dibuatnya.

" Fine!! Aku balik dengan kau!! So perlahankan kereta kau!" Akhirnya aku tumpas dengan ketakutan aku sendiri. Aku memang tak mampu mengubah keputusan Rafael. Dia terlalu nekad dengan apa yang dia mahukan.

Barulah kelajuan kereta yang dipandunya perlahan kembali.

" Ha tahu takut. Lain kali jangan cabar aku."

Aku tersandar di tempat duduk, melepas nafas lega. Nak menangis pun ada ni. Kurang asam betul dia ni. Dia ingat nyawa manusia ada banyak ke untuk dia sia-siakan? Nak mati tak payah ajak aku.

" Kau tak ada otak ke apa? Kau suka buat sesuka hati kau tak fikir lansung pasal orang lain. Kau betul-betul selfish."

Rafael tersenyum.

" Akhirnya beraku kau juga Qaseh yang aku kenal..kan selesa bercakap macam ni. Lainlah kalau dah kahwin nanti. panggil aku sayang tau."

Meremang bulu roma aku. Siapa yang setuju nak kahwin? Berangan betul mamat ni.

" Ini aje cara nak ajar kepala batu kau, kalau aku berlembut belum tentu kau sudi balik dengan aku."

Aku menjeling dan membuang pandang ke arah permandangan jalan di tepiku. Tengok pokok pun tak apa asalkan hati tak panas.

"Hem..merajuklah tu..tak habis-habis dengan marah."

'kau yang buat aku marah!'Aku tetap diam membatu. Membiarkan Rafael bercakap seorang diri. Padan muka kau.

" Kau boleh maki aku kau boleh pukul aku, tapi aku takkan ubahkeputusan aku. I know the consequences. I know nenda and the whole family will mess up for a while, but it's fine I'm ready for it...tak ada apa yang boleh takutkan aku sekarang..."

" Kau tak takut tapi aku yang takut sampai aku fikir bukan-bukan kau tau tak? Lagi satu, Neldia..kau tak fikir perasaan Nel? Soal kahwin bukan perkara yang kau boleh buat keputusan dalam sehari. Perkahwinan tu sendiri menyatukan dua orang insan dalam satu akad. Akad tu suci bukan boleh ambil ringan. Kau ingat main pondok-pondok? Bila kau rasa nak kahwin dengan aku kau pilih aku, bila kau nak kahwin dengan Neldia kau bertukar arah. Kau juga kena tahu kalau tak sekufu pun tak menjamin kita ni bahagia..! "

Kalau aku tak cakap macam ni, Rafael akan teruskan rancangan gila dia. Aku perlu hentikan idea tak masuk akal ni.

"Jadi kenapa kau takut nak kahwin Qaseh? Sedangkan orang lain berlumba-lumba nak dapatkan pasangan. Yang kau lagi nak lari. Kenapa? Apa yang kau takut sangat?" Soalnya bertalu-talu. Soalan yang mungkin sudah sekian lama dipendam olehnya.

Aku bungkam,tidak mampu menjawab soalannya. Hal ni terlalu peribadi dan sensitif.

" Sekufu atau tak..tak ada masalah kat aku. Kalau dah termaktub jodoh aku dengan kau, tak ada siapa boleh halang."

"Well macam mana kau yakin aku ni jodoh kau?"

" Simple. Sepatut selepas 8 tahun aku ingat aku dah lupakan kau. For 8 years I push my limit. Aku berkawan dengan perempuan, ada la dalam dua atau tiga kali aku cuba couple. Tapi obviously aku macam pergunakan diorang. So aku break and focus study and try to get nenda's trust to handle her company. Aku balik Malaysia, tapi once aku jumpa kau, milestone aku berubah. Aku nekad nak jadikan kau milik aku walau dengan apa cara sekali pun. Kalau Allah dah gerakkan hati manusia kemungkinan tulah pasangan kita."

" Kau..." Aku menoleh pada Rafael. " Kau anggap perkahwinan tu apa?"

Rafael tersenyum.

" Aku anggap perkahwinan tu titik permulaan untuk aku berkongsi segalanya dengan someone tanpa berbelah bagi.."

8 tahun lepas dia betul-betul serius dengan aku rupanya tapi aku menolak disebabkan aku tak bersedia. Tapi saat aku tumbuh dewasa, persepsi aku mengenai perkahwinan berubah. Aku sentiasa membayangkan sebuah rumahtangga yang berantakan. Ketakutan itu yang sukar dihakis hingga skarang.

Rafael pula berbeza dengan aku. Dia menghargai makna perkahwinan tu sendiri. Bagi dia perkahwinan membawa maksud perkongsian, memberi kehangatan antara satu sama lain, memberi dan menerima kasih sayang. Bagiku dia terlalu polos mengenai makna sebenar perkahwinan.

Di Malaysia saja sudah berapa ramai bercerai berai? Setiap jam ada saja yang bercerai atas pelbagai faktor.  Bila membayangkan rumahtangga antara aku dan Rafael terbina dah tentu keluarga dia tak duduk diam. Sedangkan baru melamar, sudah tergugat sumber perncarianku, apatah lagi kalau perkahwinan ni benar-benar berlaku.

" Kau tak faham aku Raf...dan kau takkan faham. Daripada kau sakitkan diri kau better kau batalkan hasrat kau. Aku pun tak yakin keluarga aku akan terima kau especially bila tahu kau adik kepada Haikal."

" Then I had no choice.. I will try my best." Rafael mengenyitkan matanya sambil mengukirkan senyuman.

" Kau takkan berjaya. Jangan anggap semua benda kau boleh dapat." Balasku ringkas dengan yakin.

aku yakin, keluarga aku takkan terima apa-apa yang berkaitan dengan Haikal. Jika dia tahu Rafael juga berasal dari keluarga yang sama. Mak orang pertama akan mengamuk kalau dia tahu siapa Rafael.

" Okay! Kalau macam tu apa kata kita buat deal."

" Deal?" Aku menoleh.

Rafael mengangguk sambil tersengih. Pasti ada udang disebalik batu. Rafael dan licik tak boleh berpisah, ada imbalan yang dia inginkan.

" Aku akan lepaskan kau kalau family kau tak terima aku, tapi kalau aku berjaya buat keluarga kau terima aku, there is no excuse anymore from you. Got it?"

Terbeliak biji mataku. Kalau mak Abah terima Rafael macam mana? Tak fasal menjadi isteri kepada lelaki yang menjadi musuh tradisi aku. Aku termangu sebentar sambil menggigit kecil hujung kuku. Tak boleh jadi ni. Aku hela nafas.

" Fine! Siapa takut? Aku takkan mungkir janji la!"

" Good. Kau jangan tarik balik janji kau. Kalau family kau setuju, tiba-tiba kau lari, aku seret kau naik pelamin."

Huh!

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now