Bab 34

93 2 0
                                    

Terasa pipiku ditepuk lembut berulang kali. Tangannya agak sejuk dan kasar. Suasana yang sebentar tadi gelap perlahan mula disuluhkan cahaya. Kelopak mataku dibuka perlahan. Untuk seketika aku tahu ada orang berada disekelilingku. Namun kabur.

" Cik Qaseh?" Suara yang tidak pernah aku dengar menyapa.

Semakin jelas penglihatanku barulah jelas wajah yang berada disampingku.

Ada seorang lelaki dalam lingkungan 40an, berpakaian kot putih seperti doktor, berkaca mata menatapku dengan tenang.

" siapa..?"suaraku lemah untuk dilontarkan. Lelaki itu menghela nafas lega. "Syukur alhamdulillah cik dan sedar."

"Saya dekat mana ni"

"Its fine cik Qaseh. You should rest. Habiskan drip ubat ni baru cik Qaseh boleh balik."

" kenapa Saya dekat sini?"

"Cik Qaseh sebenarnya pengsan selepas kena panic attack. Kalau boleh saya nak tahu selalu ke cik kena macam ni..?"

Of course lah tidak...semuanya disebabkan Rafael tiba-tiba melamar aku di tengah orang ramai, orang sihat pun boleh koma. Huh.

"Tak...Kali pertama. "

"Owh..baiklah saya dah periksa tekanan darah dan pemeriksaan kesihatan cik, nampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin faktor tekanan saja yang menyebabkan cik pengsan. Cuma Saya boleh nasihatkan elakkan stress. Jaga kesihatan,pemakanan, dan spend masa untuk beriadah."

"Baik doktor.." Balasku ringkas, memahami setiap butir penerangannya.

"Kalau macam tu saya akan inform nurse proceed surat discharge. Macam saya beritahu, habis drip ni cik Qaseh boleh balik ye."

Aku mengangguk perlahan. " terima kasih doktor." Ucapku. Doktor tersebut sekadar tersenyum dan mengangguk.

Beberapa orang nurse dan doktor beransur keluar meninggalkan aku bersendirian di dalam wad yang bagi aku agak mewah.

***

Selang beberapa minit, pintu wad diketuk lagi. Aku segera berpaling. Siapa pula yang datang? Getus hatiku.

" Qaseh are you okay?" Tercongok seseorang di balik pintu.

Lidahku serta merta menjadi kelu. Aku menggosokkan mataku seperti tak percaya.

"Abang Haikal?"macam tidak percaya aku dapat melihat sosok abang Haikal di depan mata.

Begitu lama aku tak berhubung dengannya selepas masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Dia lansung tak berubah, masih seperti dulu. wajah Dan gayanya lansung tak menampakkan usianya. Well..lelaki kan..? Aku lihat dia bertambah segak dan senyumannya sentiasa mekar, membuatkan orang sekelilingnya berasa selesa.

Dia tidak membalas soalanku, kakinya terus melangkah masuk lalu mengambil tempat dihujung katilku.

"Surprise.." Dia tertawa kecil. Sempat lagi main surprise.

"Abang buat apa kat sini? Seorang je ke? Mana wife abang?" Soalku sekali lagi. Teruja dengan kehadirannya.

"Family abang ada dekat rumah family abang. Lagipun nak jumpa Qasehlah sebab tu abang dekat sini. Abg pun baru je sampai sini dari Penang. Lepas tahu si Raf tu buat perangai malam tadi. Ni pun abang suruh dia balik dulu. Suruh dia berehat dulu." Dia meletakkan beg kertas berwarna coklat di atas meja.

Raf teman aku semalaman ke? Tapi memang patut dia balik. Kalau aku tengok muka dia depan mata memang aku lipat jadi lepat.

" qaseh dah makan?abang ada bawakan bubur dengan air milo ais ni. Orang kata kedai ni sedap."

Aku sekadar menggeleng dan memaksa bibirku mengukir senyuman.

" hei..don't be like this. Senyum tu ikhlas sikit. Baru comel.."selorohnya cuba menghiburkan hati aku.

" nak senyum macam mana.." Aku melepaskan keluhan."Qaseh dengan Raf tak ada apa-apa and Qaseh sendiri pun terkejut bila Raf buat macam tu. Entah apa orang anggap Qaseh ni nanti..."keluhku. Aku takut kalau abang Haikal menganggap aku sebagai pengacau dalam keluarganya.

" It's okay Qaseh. Jangan fikir bukan-bukan. Abang pun tahu Raf tu macam mana..tapi tulah semua dah berlaku. Nak tak nak Raf kena berdepan dengan kesan perbuatan dia."

"Qaseh rasa bersalah datang kat majlis tu..qaseh tak tahu bakal tunang dia pun ada. Qaseh risau macam mana agaknya keluarga abang dan bakal tunang Rafael tu. Mesti semua salahkan Qaseh..."

Dah menjadi kebiasaan, kalau ada kes begini,perempuanlah yang paling teruk terpalit dengan gossip orang sekeliling.

" its not your fault. I know you and kalau Rafael serius dengan Qaseh orang pertama yang happy tau."terjegil mataku. Nak kahwin? Memang takkan berlaku. apatah lagi dengan lelaki berbeza taraf,berbeza sikap, aku takkan merisikokan diri aku. Cukuplah melihat bagaimana perkahwinan kak airin hancur, aku tak nak berulang kembali kisah hitam tu.

"Tak nak! Kahwin dengan Raf?baik jadi andartu."
Spontan abang Haikal tergelak besar. "Sampai sekarang tak habis bergaduh ye. Jangan benci sangat nanti yang dibenci tulah yang disayang." Aku terus mencebirkan bibir. Malas melayan.

" by the way qaseh...abang datang ni ada perkara yang abang nak bincang dengan qaseh" tawanya mula reda sejurus itu nadanya kedengaran agak serius.

" apa dia abang? Macam serius sangat je..?"

Abang Haikal mengetap bibirnya sebentar. Dia kelihatan sedang berfikir sesuatu.

***

Cadangan abang Haikal terngiang dikepalaku.

" Buat masa ni Qaseh jangan datang syarikat dulu. Abang yakin situasi tengah panas. Masalah ni akan berlarutan, dan akan libatkan qaseh juga. Abang tak nak jadi apa-apa. Biar abang dan Raf handle masalah ni." Aku tergamam dan tidak tahu bagaimana aku harus memberi respon terhadap cadangannya.

Disebabkan hal semalam rezeki aku untuk bekerja di sana bertemu titik noktah. Habis punah impianku.

" kalau tak sebabkan Raf..mesti qaseh tak dibuang kerja kan..?" Suaraku sedikit bergetar. Bagi orang kaya mungkin tiada isu kalau hilang pekerjaan, tapi bagi aku hilang pekerjaan menyulitkan lagi beban yang tersedia aku tanggung.

" no qaseh...abang takkan biarkan semua tu berlaku. Percayakan abang ye. Buat masa ni Qaseh berehat dulu, Jangan fikir bukan-bukan. Abang cadangkan Qaseh balik rumah family Qaseh dulu. Spend your quality time with them."

Cadangan abang Haikal aku terima dengan hati yang kelat.

Aku berharap mak tak tahu apa yang terjadi pada aku hari ni... Aku meraup wajahku, melepaskan keluhan berat.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now