Bab 38

131 3 0
                                    

AKU kaku di depan singki dapur sambil memerhatikan sosok tubuh milik Rafael menjauhi ruangan sederhana luas ini. Dengan perlahan aku merasai degupan jantungku yang laju seakan baru saja menghabiskan larian marathon. mungkinkah ada kaitan dengan apa yang Rafael katakan tadi. Setahu aku, terlalu sukar debaran seperti sekarang berlaku selepas aku membenci sebuah ikatan perkahwinan. Aku telah menutup pintu hatiku untuk semua lelaki kecuali Faizal, itupun hanya disebabkan kesungguhan lelaki itu memenangi hati aku. Tapi kenapa dengan Rafael perasaan asing bercambah tanpa henti? 

 stop it Qaseh. Kalau kau berkahwin dengan Rafael, jangan pernah impikan sebuah keluarga bahagia. Rafael dan keluarga dia takkan pernah sesuai dengan diri kau. kau hanya akan menderita lebih daripada kak airin! so enough with all the feeling!

penumbukku dikepal kuat, cuba melawan kehendak hati yang tidak patuh pada arahan tuannya. aku takkan jatuh dalam lembah penderitaan yang sama! 

***

BAHU abah aku cuit. Abah yang khusyuk menonton filem aksi dari negara barat bersama Rafael menolehkan tampangnya ke arahku. 

" abah dah malam ni.Pergilah tidur." Ujarku. Tahap kesihatan abah yang kian merosot sejak belakangan ni. Kalau tidur lambat khuatir pula tekanan darah dia naik.

Abah menyorot pada jam yang berada di dinding ruang tamu lalu menepuk dahinya. " Allah lupa pula abah nak solat Isyak. khusyuk sangat tengok movie ni. Ni tempat tidur Rafael dah kemas belum?" 

Aku menghembus nafas sambil memasang muka malas. " dah..Qaseh baru je tukar cadar tilam bilik opah. Kelambu pun Qaseh dah pasang. Yelah nanti gatal-gatal tuan putera tu tidur atas tilam berhabuk.." balasku, menyindir lelaki yang duduk tidak jauh dari abah.

"Rafael boleh la pergi berehat. Hari ni penat drive ke sini kan. Esok bangun awal boleh pergi masjid dengan pak cik, subuh berjemaah.." aku menjungkitkan kening, hampir terhambur tawaku. sembahyang pun entah dah subuh gajah baru nak bangun, inikan berjemaah. masaklah kau Rafael. 

"B..baik pak cik.." dia menggosok belakang tengkuknya sambil tersenyum kekok.

" Dah pak cik masuk dulu ye nak.." 

"selamat malam pak cik." kata Rafael lalu dibalas dengan senyuman lebar abah. abah bingkas bangun dari sofa kemudian melangkah masuk ke kamarnya. tinggal aku dan Rafael bersendirian di ruang tamu.

" Kau tahu bilik tu kat mana kan? jadi silalah pergi tidur..lagi cepat kau tidur lagi cepat kau balik KL." 

Rafael sekadar tersenyum, tidak membalas kata-kata tajamku seperti kebiasaannya. Lambat-lambat dia bangun dan berjalan perlahan mendekatiku. anak mata hazelnya seakan memerangkapku, membuatku kaku setempat.

 Semakin dia mendekat semakin jantungku berdebar. Dengan pantas aku cuba menjarakkan diri, namun Rafael lebih pantas mendekatkan jarak antara kami. Senyumannya masih lagi terukir di bibirnya.

" a..apa pandang-pandang..? kau jangan nak buat benda bukan-bukan. nanti aku jerit panggil mak aku." ugutku tatkala rasa tidak selesa direnung sebegitu. aku telan liur berulang kali.

" 8 tahun aku boleh tunggu..apalah sangat dengan nak tunggu majlis kita selesai. just wait and see. macam aku pernah cakap dulu..i love surprise.."ujarnya berbisik di tepi telingaku. meremang bulu tengkukku tak semena-mena.

 Aku merenungnya tajam, mata hazelnya sebaliknya menatapku dengan lembut, tidak terkesan dengan mimik wajahku seperti singa kelaparan itu. 

Akadku buatmuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن