bab 17

150 4 0
                                    

SEJAK pertemuan itu aku tidak lagi bertemu dengan Rafael. Rafael juga kelihatan lebih selesa dengan rakan sekelasnya. Walaupun ada masanya kami bertembung, namun Rafael tidak mengendahkanku, bahkan berpura-pura tidak mengenaliku.

Tapi tak mengapa, sememangnya itu yang aku mahukan.

Situasi ini berterusan sehinggalah tarikh peperiksaan yang ditunggu menjelang tiba. Dia mungkin sudah benci padaku atas tindakanku yang menolak tanpa berfikir panjang.

Sama sekali tidak terlintas dalam otakku untuk memperlakukannya begitu. Cuma jika aku tidak menyakitkannya sekarang, mungkin ia akan lebih menyakitkan pada masa akan datang.

PEPERIKSAAN stpm mula membuka tirai. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Aku sendiri tidak tahu kenapa mataku ini begitu payah untuk ditutup. Segala persiapan sudah aku selesaikan. Lantaran itu apa lagi yang meresahkanku?

Sambil termangu di atas tilam, kepalaku mula tergiang wajah Rafael. Perlukah aku ucapkan selamat berjaya kepadanya..?

Jangan Qaseh...biarkan dia pulih sendiri.

Seperti pelajar lain aku juga tidak ketinggalan merasakan bahang peperiksaan yang bakal dihadapi. Deretan pelajar yang duduk ditepi dewan menghabiskan minit terakhir menyumbat segala teori,fakta, rumusan memandangkan kertas pertama merupakan kertas bahasa melayu. Antara subjek yang digemariku.

" weh kau ni nampak relax je...tak takut ke?" Lela yang duduk bersila di sebelahku mengomel. Nota kecilnya yang berwarna-warni itu sudah hilang serinya, tak ubah seperti kertas bungkus nasi lemak. Dibelek dan dibaca, sehingga berkerut-kerut dahinya. Aku tersenyum kecil.

" takut lah juga..."

" iyelah tu kau...padahal paper bahasa melayu kau la yang A memanjang. Lainlah aku ni. Serah nasib jela. Aku bukan pandai macam kau." Cebik lela.

" eh kau pandai apa. Subjek pengajian am tu, kau la paling hebat. Bab fakta ke, undang-undang ke kau pegang. Jadi lawyer jela lepas ni lela. Sesuai dengan kau." Selorohku. Lela menjeling.

" Kau nak puji ke kau nak ejek aku. Mentang-mentang aku la student paling teruk kena denda dengan cikgu pasal PA. Lepas habis exam ni memang aku derma semua buku ni. Naik semak aku tengok." Terjuih-juih mulutnya mengomel.

Hasnol kelihatan termengah-mengah bersama nota-nota ditangannya mula mengambil tempat dalam perbualan kami berdua. Tidak semena-mena wajah lela bertukar kelat. Maklumlah magnet sama kutub. Mana boleh dekat, ada saja hendak digaduhkan.

"Qaseh..cikgu Haikal panggil. Dia tunggu kat tepi tangga sana." Jarinya dituding ke arah tangga yang terletak dihujung balkoni bangunan 4 tingkat ini. Serentak itu jantungku seakan mahu meletus, tatkala nama lelaki itu diseru.

" sekarang ke?" Aku merengus sambil turut menuntunkan pandanganku pada arah yang ditunjuk oleh Hasnol.

"Yelah. Dia kata ada hal penting." Ujar Hasnol sambil mengipas wajahnya dengan notanya.

" pergi jelah qaseh... mungkin dia ada hal penting tu..lagipun nak exam ni elok mintak restu dari semua cikgu kan?" lela seakan memahami situasiku. Dia mengisyaratkanku untuk bertemu dengan Abang Haikal.

Dua pasang mata memandangku ketika ini, menantiku untuk beranjak dari situ.

"Yelah..."

Dengan malas aku bangun dan melangkah meninggalkan lela dan hasnol.


DARI ruang balkoni tingkat 2 kelihatan Abang haikal yang segak mengenakan kemeja biru nila dan neck tie, berseluar slack hitam kelihatan termenung memandang langit biru.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now