Part 40

88 2 0
                                    


" Nanti datang lagi tau." Ujar mak saat Rafael menyalam tangannya. Rambut Rafael diusap lembut oleh mak. Rafael mengangkat tampangnya dan tersenyum.

"Insyaallah..ada rezeki saya datang lagi. Maafkan saya sebab dah susahkan pak cik dan mak cik sepanjang saya dekat sini."

Huh. Pandai berlakon. Aku mencerun pandang padanya, memerhatikan gelagat lakonannya di depan mak dan abah.

" Sampai KL nanti jangan lupa orang kat sini pulak." Kak airin pula mencelah sambil tersenyum-senyum penuh makna disambut wajah cemberutku. Ada aja helah akak aku ni nak mengusik. Dia tahu betapa alerginya adik bongsunya ini dengan lelaki bernama Rafael.

Rafael sempat melirik pandang pada ku lalu tertawa kecil. " Impossible kak.." jawabnya perlahan membuatkan mak, abah dan kak airin tertawa serentak. Cis. Pakat nak mengenakan aku.

" Sepanjang aku kat sana, jaga diri kau baik-baik kat sini okay. Anything happen contact aku." Pesan Rafael sebaik sahaja menghidupkan enjin keretanya.

Aku tarik muka masam kemudian membalas." Dah 28 tahun aku jaga diri aku sendiri..kau tak payah risau.". Rafael sekadar tersenyum mendengar jawapan balasku. Dah putus asa agaknya nak bergaduh dengan aku.

"So apa plan kau sepanjang duduk sini?"

Aku menjungkitkan bahu.

" jungkit bahu je ke? Takkan tak nak share?" Bahang hatiku kembali terasa. Ada hati nak tahu pasal hidup aku lepas dah huru harakan hidup aku. Huh!

" Kenapa nak tahu? Nak control aku kat sini pulak ke?"

" Kena ambil tahu as long aku tahu bakal isteri aku tak buat benda bukan-bukan belakang aku. Mana tahu tertangkap cintan dengan mamat dalam kampung ni pula."

Huh..ingat aku ni mata keranjang ke? Lelaki baru nak dekat aku dah lari sebatu.

" Kalau terpikat pun apa salahnya kan? Bukan tak ada jejaka-jejaka kacak dekat kampung ni. Tinggal pilih ja."

Saat itu senyumannya tadi hilang serta merta, Rafael menarik wajah masam " Kau jangan buat hal ye Qaseh."

" Kau yang start dulu okay." aku menyindir dengan reaksi mengejek. Ingat aku takut ke dengan saka ni. Kebolehan aku melawan saka masih belum berkarat tau. Nasib kau lah buat hal dengan aku. Cari penyakit sangat kan.

Rafael kelihatan mengetap bibirnya sambil memejamkan mata. " Sabar Rafael..nak hadap tiang lampu isyarat memang kena sabar banyak..." keluhnya.

Bulat biji mata aku, mencerun pandang padanya.

" Wah...dia kata kita tiang traffic light pulak? Kau tu saka niang rapik. Sebab kau dengan saka tak ada beza tau."

" what? Saka..?"Rafael menarik nafas panjang. Dia cuba bertenang dengan provokasi yang menembaknya bertalu-talu ketika ini. Entah kenapa aku terasa hendak ketawa melihat respon Rafael.

" Nasiblah aku sayang kau, kalau tak memang aku starlight dahi kau tau."

Spontan darahku terasa menyerbu wajah. Terasa panas tatkala mendengar luahan bersahaja Rafael. Masih terasa janggal padaku apabila dia bersikap terlalu terbuka.

"D..Dah lah, kau nak panaskan enjin kau tu sampai esok ke? Berapa lama lagi kau nak tercegat kat sini." Aku menggosok-gosok tengkukku, kalau boleh aku tak nak bertentang mata dengannya.

Pap! Spontan topi biru gelap yang dipakai olehnya dari tadi berada dikepalaku. Terkebil-kebil mataku dengan tindakan Rafael.

" Pakai topi ni, jangan terlalu berjemur kat sini. Kau tu dah sawo matang, nanti hangus pula."

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Nov 15, 2023 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Akadku buatmuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon