bab 20

155 5 0
                                    

" nah.."

Tumpuanku beralih pada air pepsi di depan mata,kemudian menyorot pula pada raut wajah Faizal yang berdiri di depanku. Spontan aku tergelak namun pantas ditahan. Melihat dia memeluk dua mangkuk bersaiz besar popcorn serta bungkusan plastik yang berisi bergelas-gelas air serta menayang wajah selamba, membuatku tidak dapat menahan hatiku dari digeletek.

Tudia! Nak buat kenduri ke pak cik ni?

"Thanks. Meh saya tolong pegang popcorn." Ujarku dengan nada suara menahan gelak. Tak tahulah sama ada nak kesian atau nak mentertawakannya. Air pepsi tadi pantas aku sambut dan aku letak di sisi.

" kenapa nak pegang popcorn? Lenguh tangan saya pegang plastik ni." Plastik putih ditangan kirinya diangkat sedikit. Berkerut wajahnya, menahan lenguh. Terjungkit keningku memandai plastik yang diangkat paras mataku. Alahai harap muka je macho..angkat barang sikit dah mengeluh.

Baru suruh pegang plastik sudah merungut, kalau disuruh galas tanggungjawab terus lesap agaknya. Rengusan kecil dilepas dari celah bibirku.

"Sorry sorry. Bak sini saya tolong. Kenapa awak beli banyak sangat? Boleh habis ke ni?"soalku sambil cuba mencapai plastik tersebut. Namaun Faizal lebih pantas melarikan bungkusan itu dari dicapai olehku.

Dia nak aku tolong ke tak sebenarnya? Dia tergelak kecil menampakkan baris giginya tersusun. Manis mukanya. Sejuk mata memandang. Tidak jemu dipandang, haish, dah gila agaknya aku ni.

Seraya dia mengambil tempat disebelahku bersama popcorn dan minuman ringan yang dijinjitnya sebentar tadi. Lalu dia melepaskan nafas panjang.

" saya gurau jelah. Senyum pun awak. Kalau tak mengelamun je. Muka masam kelat macam jeruk dah." keluhnya. Macam jeruk kau samakan aku? Tangannya lincah mencucuk straw pada penutup cawan kemudian disisip sedikit, membasahkan tekak.

" amboi..belum sehari kenal, berani ye awak samakan saya dengan jeruk? Lagipun mana ada saya mengelamun."

Faizal mengambil beberapa biji popcorn lalu disuap ke mulutnya. Setelah itu anak matanya melirik padaku dan senyuman herot dioles.

" termenung, tak bercakap, senyum apatah lagi...Chill lah..problem tu jangan bawak sangat, nanti hilang nikmat hidup ni." tuturnya bersahaja.

Aku mengetap bibir. Suka hati aku lah.huh!

" awak tak faham, so better awak jangan buat kesimpulan sendiri. Saya ada masalah saya sendiri."

" mestilah saya tak faham. Kan saya baru kenal awak." Balasnya lalu tersengih. Lantas aku merengus dan membuang pandang ke tempat lain. Malas hendak melayan loyar buruknya.

" okay...sorry..." ujar faizal namun masih kedengaran tawanya, menambah sakit hatiku.

Aku tidak membalas, apatah lagi memandangnya. Boleh bersawang mata aku dibuatnya. Sudahlah hati aku sakit selepas sesi drama sebabak dengan Rafael tadi. Dia ni hendak menambah sakit yang tersedia parah pula.

" qaseh kenapa awak nak fikir pasal orang sakitkan hati awak? Tak dinafikan setiap orang ada masalah dia sendiri, tapi bagi saya tak semestinya kita perlu ekspresikan masalah kita pada orang lain.  At least awak fikir jugalah perasaan lela dan Saiful. Both of them is your friends.."

Dia mencicipi air pepsinya sebelum menyambung.

" ikutkan saya pun malas nak ikut, tapi mengenangkan saiful tu kawan saya, saya turutkan permintaan dia. Mungkin lepas ni kitorang akan ikut haluan masing-masing..mula busy dengan agenda masing-masing. Sama macam awak dan lela jugak. Awak ingat lepas awak masuk kolej awak boleh ke hang out dengan kawan awak macam dulu lagi? Lainlah kalau satu ipt dan satu course. So how about.. just forget your problem for a while..enjoy. kita takkan tahu sampai bila tuhan izinkan kita luangkan masa dengan kawan-kawan kita. " terang Faizal.

Terpempan aku mendengar pendapatnya. Aku tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Mataku menyorot ke lantai yang dihampar karpet, duduk berteleku di sofa yang terdapat di ruang legar panggung wayang Gsc.

Begitu matang cara pemikiran Faizal jika hendak dibandingkan dengan aku. Ada benarnya kata faizal, untuk apa aku terlalu memikirkan masalah, hingga aku abaikan perasaan orang lain.

Aku mengerling pula ke arah lela dan saiful yang berdiri di kaunter tiket, mereka kelihatan begitu mesra. Masing-masing menikmati masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sedangkan aku? Masih terbawa-bawa masalah sendiri tanpa mengira masa.

" saya tahu awak keliru dengan perasaan awak sendiri..tapi bagi masa buat diri awak. Tak kiralah apa pun tuduhan atau salah faham orang pada awak...diorang takkan tahu apa yang sebenar dalam hati awak. Let them be okay?"

Anak mataku kini bergerak ke raut wajah Faizal.

Kepalaku mengangguk tanda setuju. Terlerai kekusutan dalam kepalaku. Meski aku baru saja mengenalinya,  faizal merupakan orang pertama yang memberiku teguran ikhlas.

" thanks..."

" most welcome." Balasnya kemudian tersenyum lebar.

"Weh tunggu apa lagi? Jom! Wayang dah start dah!" Lela memanggil. Tanpa berlengah aku terus mencapai popcorn.

" awak pegang air, popcorn ringan." Ujarku kemudian berlari anak ke arah lela. Faizal tertawa lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Fine!!!" Suara Faizal kedengaran, serentak itu aku tertawa melihat responnya.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now