bab 15

165 3 0
                                    

Daun pintu dibuka, seraya aku melangkah masuk. Letih benar badanku akhir-akhir ini. Beg sekolahku aku biar melurut di atas lantai ruang tamu. Suasana rumah sunyi seperti biasa. Aku toleh ke setiap sudut rumah, mencari kelibat mak.

" mak! Kat mana tu!" Laungku sambil mencari-cari.
" kat dapur!" Sahut mak.

Lantas aku menuju ke dapur, mendapatkan mak. Semakin hampir jarakku dengan dapur, semakin kuat aroma kuih semperit mak menerjah deria bauku.

" sedapnya bau...tudia!!banyaknya mak!!" Melopong mulutku melihat ada berbalang-balang kuih sudah siap disusun di dalam kotak. Mak tersengih bangga dengan reaksiku.  Turut kelihatan mak su timah, adik bongsu mak berada di situ, membantu mak menyiapkan tempahan.

" hai..tutuplah mulut tu..masuk lalat nanti." Kata mak sambil meletakkan loyang yang masih panas di atas meja. Cepat-cepat mulutku dikatup rapat setelah itu tersengih.

Aku pantas menghampiri dua insan tersebut dan berdiri disebelah mak su timah. Lantas tangannya aku salam.

" mak su bila sampai?" Aku menarik bangku meja makan sebelum itu tanganku sempat mencapai sebiji kuih semperit yang berada di loyang.

" haish! Tangan tak basuh lagi dah sentuh kuih." Tanganku diketuk dengan senduk kayu. Aku sekadar tersengih  sambil menggosok tanganku manakala mak su tergelak melihat reaksiku.alah imun badan aku dah kuat, setakat sebiji kuih semperit, bakteria pun malas nak buat kerja lebih-lebih.

" pagi tadi lagi mak su dekat sini. Pak su pergi outstation dekat kedah. Bosan kat rumah. Tu tolong-tolong mak qaseh ni." Balas mak su. Seperti biasa mak su lah insan yang sering menceriakan suasana rumahku dengan keletahnya dan sikap cerianya. Jauh berbeza sikap mak dengan mak su, bagaikan langit dan bumi.

Selama 10 tahun usia perkahwinan mak su masih belum dikurniakan anak. Kerap juga mak su meluahkan keiinginan mendapatkan anak, namun belum rezeki buatnya. Oleh mak su sering ke rumahku untuk menghabiskan masanya jika pak su outstation.

" tidur sini jelah mak su. Lagipun abah pun tak balik hari ni. Boleh juga kita borak-borak. Dah lama tak bergosip." Selorohku. Mak menjeling mendengar celotehku, namun tiada teguran kedengaran. Lampu hijaulah tu.... 

" memang kena tidur jawabnya, kereta cinonet kamu tu rosak. Nak hantar tempahan ni bukan sikit. Nak hari ni pulak tu. Akaklah ni. Suruh tukar kereta tak nak. Kereta su kat rumah tu sampai tak pakai. Akak ambil jelah."

Omelan mak su tidak diendahkan mak. Kelihatan mak buat-buat mengadun doh kuih yang sudah siap, mengelak dari berbincang topik yang sama.Setiap kali mak su datang, pasti mak su mempelawa mak untuk mengambil keretanya, namun mak menolak. Alasan mak cuma satu, nak sesuatu dia akan usaha sendiri.

" hem..abaikan jelah maksu...mak takkan terima.camtu biar qaseh jelah hantar. Mak su dengan mak rehat okay." Tawarku.

" tapi siapa tempah banyak-banyak macam ni? Nak bukak kedai kuih raya ke?" Selorohku sebelum ketiga-tiga kami tergelak.

"Entahlah. Dia call, bagitahu nak 50 balang kuih. 20 balang hari ni dia nak. Nasib mak su kamu ni tepat-tepat datang rumah. Kalau tak memang tak sempatlah.  Tak silap nama customer tu rafff...hish susah mak nak menyebutnya." Terjuih-juih mulut mak cuba menyebut nama pelanggannya.

Ketika ini aku mula terdiam kaku. Tak mungkin pelanggan yang berurusan dengan mak ialah Rafael.

" B..bila dia minta?" Soalku. Perasaan seram sejuk menyelubungiku dengan tidak semena-mena. Aku belum bersedia untuk berdepan dengan rafael mahupun abang haikal.

" Semalam. Dia cakap kalau sempat nak minta dalam 20 balang dulu hari ni. Hari lain baru hantar lagi 30 balang. Ha baru mak ingat nama dia. Rafael! Macam-macam pattern nama budak sekarang. Sampai berbelit lidah kita nak menyebut." Kata mak lagi setelah ingat kembali nama pelanggannya.

Great...

" nama moden kak..biasalah tu. Susah sebut satu hal..panjang berjela pun satu hal. Last-last panggil mat jugak." Mak su timah mengomel kemudian disambut tawa dari mak.

Menyesal pula menawarkan diri untuk menghantar tempahan kuih tadi. Andai masa boleh berputar balik, aku takkan tawarkan diri untuk berdepan dengan manusia dua alam itu.

***

Pandai dia menggunakan peluang untuk berjumpa. Tak sangka dia tahu mak mengusahakan perniagaan kuih raya.

" hello." Suara rafael menerjah pendengaranku.

" aku nak hantar order kau ni. Kau nak ambil kat mana?" Soalku tanpa berbasa basi.

Panggilan senyap. Aku menjarakkan telefon dan melihat skrin, panggilan masih bersambung, lantas aku mendekatkan ke cuping telinga semula.

" hello. Kau dengar tak?"

" dengar.." balasnya.

" kita jumpa dekat cafe dekat taman perumahan kau. Nanti aku inform kalau aku dah sampai."

" erm. Okay. Kejap lagi aku tunggu kau kat sana terus. Okay bye."

Tut..tut.. terus panggilan aku matikan. Telefon bimbit aku letak di atas tilam, kemudian aku meraup wajahku yang masih berbisa air wudhu. Relax qaseh. Everything will be fine..kau jumpa dia, bagi kuih, dan ambil duit. Lepas tu balik. Settle! Bisikku dalam hati.

Telekungku dicabut dan aku lipat kemas. Buat seminit dua, berat benar badanku mahu bangkit dari tikar sejadah. Hatiku tenang tatkala duduk berteleku di atas sejadah saat ini. Aku melepas nafas berat.

Selepas kejadian itu aku masih kekok untuk bertemu rafael. Barangkali aku masih tidak boleh memadam memori tersebut sampai bila-bila. Antara aku dan rafael adalah mustahil. Aku tak ada perasaan pada dia, jauh sekali perasaan cinta. Tambahan, dia adik pada lelaki yang aku sayang. Tak dapat aku bayangkan betapa rumitnya hubungan ini jika benar-benar terjadi.

***

"Bawa kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa qaseh call mak su ye. " pesan mak su dari tingkap. Aku mengangguk.

" iye...qaseh tahulah. Bukan first time bawa kereta mak su."

" mak su pesan je. Awak tu perempuan. Hantar malam-malam pula. Jadi apa-apa siapa susah?"

" eleh kalau risau kenapa tak ikut qaseh? Risau konon." Aku mencebik.

Mak su buat muka toya seperti biasa. " amboi..kalau dengan mak dia, zip mulut rapat-rapat. Dengan mak su sepatah orang cakap satu esei dia balas. Bukan mak su tak nak ikut tapi...drama suamimu suamiku kejap lagi nak start! Mana boleh tinggal!"

See..itulah perangai mak su yang sama dengan mak. Kaki drama! Aku menggelengkan kepalaku, malas hendak melayan perangai senget mak su. Jika dilayan boleh melarat. Tanpa banyak bicara aku menurunkan brek tangan perlahan, bersedia untuk keluar dari perkarangan parkir.

" qaseh pergi dulu. Assalamualaikum."

" waalaikumussalam..." mak su melambai sambil tersenyum.

Kereta honda yang dipandu olehku mula bergerak keluar sebelum menderu membelah malam.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now