bab 23

137 2 0
                                    


Sunyi sepi rumah setelah kak airin pulang ke penang. Abah pula kembali dengan jadual kelindannya, mengejar setiap trip yang ada. Mak pula sibuk dengan perniagaan kuihnya.

Selepas peperiksaan stpm, tidak banyak benda yang aku boleh buat. Sepanjang menunggu keputusan keluar, aku hanya menjadi pekerja tidak berbayar mak. Menghantar kuih dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

" Qaseh!!"

Terpisat-pisat mataku cuba dibuka. Habis mimpi indahku disebabkan suara petir mak. Aku mendengus geram. Baru nak rehat, dah kena buat kerja lagi.

" hoi anak dara! Tak reti nak bangun ke? Nak matahari terpacak atas kepala baru nak keluar bilik ke?!" Tempik mak lagi.

Aku mendecit. Mak nak promote keburukan anak dara dia ni kat jiran agaknya. Comforter bercorak kartun doraemon aku selak , lalu dengan langkah malas aku menuju ke pintu.

Sebaik keluar dari kamar, mataku menyorot pada kelibat mak yang terpacak di depan ambang pintu dapur, lengkap dengan apron dan senduk di tangan. Dengan lagak seperti nyonya dalam kungfu hustle, matanya mencerlang padaku.

"apa dia mak..pagi-pagi dah bising..qaseh baru nak rehat kejap. Kacau daun la mak ni.." rungutku sambil menghentak perlahan kakiku.

" ewah sedapnya mulut bercakap. Mak cilikan baru rasa. Ni pergi hantar kuih dengan kawan qaseh haritu."

Mata kuyuku segar bugar tidak semena-mena. darahku naik ke kepala saat wajah rafael muncul di benak. Mustahil aku boleh berdepan dengannya selepas insiden lepas. Tolong! Ini semua mimpi!

Kepalaku digaru kasar.

" ha nak merungut la tu. Jangan nak malas. Mak banyak lagi tempahan nak buat. Belum lagi cup cake nak hantar, dah cepat mandi. Lepas tu hantar kejap kat kawan tu."

" er mak..mak jelah yang hantar kuih ni. Qaseh hantar cup cake tu. Boleh tak?"

Mak bercekak pinggang. Dari air mukanya aku tahu peluru berpandu sedang disimpan di dalam mulutnya.tinggal hendak ditembak tepat ke mukaku saja.

Aku melepaskan keluhan. Tiada pilihan, melainkan akur. 

"Yelah..orang pergilah..kejap nak mandi."

***

Sebaik saja tiba di depan cafe yang sama, aku memakir kereta kancilku di tempat mudah dilihat. Panjang leherku mencari kelibat rafael, telefonnya sudah berkali-kali aku hubungi namun panggilan tidak aktif.

" qaseh." Namaku dipanggil.  Aku mampu menarik nafas lega kerana suara itu bukan suara rafael. Seraya aku menoleh ke belakang. Pandanganku tertancap pada seorang lelaki lingkungan 40 an, lengkap berpakaian uniform pemandu.

" eh pak Yob.ingat siapa tadi." Aku mengurut dada.

Pak yob tertawa melihat tingkahku. " pak cik datang nak ambil kuih yang raf tempah. Berapa semua?"

"Oh..semua 300 ringgit." Balasku ringkas.

Lelaki berumur dalam lingkungan 40an itu lantas mengeluarkan dompetnya, kemudian mengeluarkan 3 keping not 100.

" nah." Hulurnya.

" kejap pak cik qaseh ambil kuihnya." Cepat-cepat aku membuka pintu kereta dan mengambil sebeban kuih muih yang mak letakkan di dalam plastik. Tanpa diminta, pak mail terus membantuku membawa kuih tersebut ke kereta yang diparkir tidak jauh.

" mari pak cik angkat. Berat ni." Pelawa pak mail.

" erm..kenapa pak cik pula yang ambil hari ni? Budak bertuah tu mana?"
Sejurus itu pak mail tertawa. Bungkusan kuih itu diletakkan di tempat duduk belakang. Setelah itu pintu automatik tersebut ditutup semula. Pak yob melirik padaku.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now