bab 6

199 3 0
                                    

Loceng rehat menjerit lantang.  Buku teks sejarah ditutup dan ditolak ketepi. Aku melepaskan nafas berat dan menyebamkan wajah ke lenganku. Keluhan dilepaskan. Rasa takutku pada peristiwa tadi masih hebat menyerang emosi aku saat ini. Masih terbayang tindakan tidak wajar rafael. Dah gila agaknya mamat tu.

" hai mengeluh lagi. Tak habis lagi ke pasal cikgu haikal tu." Cepat-cepat aku menoleh sekeliling, memastikan tiada sesiapa memasang telinga. Seraya aku menegakkan badan lalu menampar bahu lela. Semakin laser mulut minah ni.

" kau ni nanti dengar kawan kita yang lain, malu aku tau."

" habis tu asyik mengeluh je. Aku pula naik bosan. Ya allah..." lela mula menadah tangannya dengan riak wajah sedih dibuat-buat.  aku mengerlingkan mataku ke atas.

" kembalikanlah qaseh yang dulu. Yang sebelah aku ini mungkin sakanya. Kembali kan...kembalikanlahhhh"  drama air mata mula dimainkan oleh ratu drama kelas ini. Siapa yang tidak kenal dengan sikap suka berdrama lela di dalam kelas 6 sastera ini. Kami semua sudah jelak dan malas melayan adegan tak masuk akalnya.

" dah? Kenapa kau tak nak try mana-mana agensi. Sia-sia bakat kau ni." Perliku. Kata-kataku disambut gelak tawa lela.

" weh dah lah. Jom pergi kantin. Aku lapar." Lela mencebikkan bibir pinknya sambil menggosok perutnya.

" malaslah. Aku tak lapar. Kau join la budak kelas kita." Balasku seraya kembali menyembamkan wajahku ke lengan. Mahu melayan tidur buat seminit dua. 

" tak ada...tak ada! Temanlah aku qaseh.pleaseeeess." Lenganku ditarik mendorongku untuk turut berdiri. Tanganku menggaru kepala sambil merengus tanda protes dengan paksaannya.

-------------

Aku hanya menjamah roti coklat berserta air milo. Sudah memadai untuk mengalas perut. Manakala lela sudah hilang di dalam keramaian pelajar yang berebut-rebut membeli makanan. Tak betah aku hendak berhimpit dengan pelajar di situ. Bercampur aduk bau peluh.

Roti coklat gardeniar aku cubit kepada cebisan kecil dan aku suap ke mulut sambil memerhatikan keadaan sekelilingku.

"Hye qaseh." Satu suara menyapaku.

Aku mendongak. Sekujur tubuh berdiri tegak di depan mejaku ketika ini ialah abang haikal yang segak berkemeja kuning air. Pakai apa pun nampak segak. Spontan bibirku tersenyum girang.

" eh cikgu haikal" sapaku kembali.  Kelihatan di tangannya memegang buku log dan bekas alat tulis. Barangkali baru habis mengajar di bengkel kemahiran hidup yang terletak bersebelahan dengan kantin.

" baru habis kelas ke?"

Kepalanya diangguk. Punggungnya dihenyak di atas bangku depanku. Bahunya dan lehernya dipicit lembut, mereda tegang pada ototnya. Rasa simpati menjentikku. Pasti dia keletihan, andai saja aku isterinya sudah tentu...heh mustahil. Aku jadi tersengih sendiri.

" ha depan abang pun boleh berangan ke? Tak nak share ke?" Lirik abang haikal dengan pandangan nakal. Dia nampak ke aku tersengih tadi? Cepat aku memasang riak selamba.

" mana ada...memandai jelah."

" iyelah tu...senyum sendiri...ingat pakwelah tu. Dah besar dah adik abang rupanya." Bibirku diketap kuat.

" baru perasan ke qaseh dah besar? Dah 18 tahun dah. Boleh kahwin dah." Sengaja topik kahwin aku sentuh. Serentak itu abang Haikal tergelak.

" masak pun kelaut. Baik belajar masak dulu baru kahwin..tunggu 25 baru boleh fikir bab kahwin ye. Sekarang ni fikir pelajaran je. Jangan menggatal."

Aik. Cemburu ke? Hatiku berbunga riang. Dengan selamba aku mengjungkit bahuku sambil menyedut air kotak milo. Padahal hati ini sudah berjoget lambak dah.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now