bab 8

199 3 0
                                    

" Qaseh beli aku air!"

" qaseh bawak beg aku!"

" qaseh!"

" qaseh!"

"Qaseh!"

Arghhh!!! Menyesal tak sudah. Padan dengan muka aku. Gatal sangat muntah atas baju orang. Akibatnya, aku tiada beza dengan hamba abdi dia. Tak sudah-sudah mengarah aku, ada saja yang hendak disuruh. Kenapa wujud manusia dua alam bernama rafael ni? Tapi salah aku seorang ke? Kenapa? Kenapa!!!!! Ketenangan aku sudah direnggut oleh saka sesat bernama rafael. Help me!!!!!

***

" serius? Kau tak menyesal?" Rafael menjungkit keningnya. Riaknya berubah sinis, dari air mukanya aku yakin dalam kepalanya sedang berlegar pelbagai idea jahat.

Dia menyilangkan tangannya dan tersenyum.

Spontan beg sandangnya yang tergalas dibahu kirinya dibaling ke arahku. Tindakannya membuatku terpinga-pinga. Mujur tidak berat, kalau tak tercabut lengan ni.

" Bawak beg aku" ujarnya selamba.

Seraya aku tersenyum girang. Semudah ini dia melepaskan aku? Hatiku melonjak gembira tidak terhingga. Tak adalah susah mana.

" kau senyum pehal?" Berkerut keningnya memandangku, ditambah pula renungannya yang sering mencerun tajam pada sesiapa.

" bukan ni ke denda untuk aku?kira kau dah maafkan aku kan Raf?" Jawabku tanpa rasa bersalah.

Serentak itu rafael tertawa, membuatku dilanda tanda tanya bertalu-talu. Salah ke tekaan aku tadi?

" memanglah kau tiang qaseh oi..benda susah nak dapat macam ni, hilang akal ke apa nak bagi tugas senang-senang? Dalam kepala aku ni macam-macam plan aku dah susun tau." Omelnya sambil membongkok sedikit tubuhnya, agar pandangan kami separas.

Aku merengus kuat. Sikapnya menduga kesabaranku.

" habis tu kau nak aku buat apa...?

Rafael menggaru kecil pipinya berserta riak wajah yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Seketika kemudian dia tersenyum sinis kembali seperti tadi.

"Jadi PA aku."

Aku terbatuk kecil mendengar permintaannya.

PA? Personal assistant? Aku jadi personal assistant di saka sesat ni? Takkan disebabkan peristiwa tak disengajakan aku jadi hamba abdinya. Memang dasar setan!

" takkan pasal muntah je aku kena jadi PA kau? Aku termuntah bukan sengaja nak muntah dekat kau. Kau pun satu, aku dah tolak kau suruh kau duduk jauh, kau yang goncang aku. Memang mendapatlah."

" kau tak nak?" Dia memotong bebelanku, spontan aku mengetap bibir. Cuba menahan diri dari terus membebel. Maklumlah aura kakak-kakak.

" kalau kau tak nak..kau ganti balik sweater aku tu. Sweater tu limited edition tau, mana ada kat malaysia. Tak percaya kau google la sendiri." Sambung rafael lagi sambik tersengih macam kerang bakar yang dah basi.

" alah..hantar dobi jelah. Kau ni cerewet la." Cadangku.

" no way. Ingat senang ke nak dapat? Dah lah susah dapat, kau pula sedap-sedap muntah atas sweater tu. Tak nak aku...bekas muntah kau."

" habis tu nak kena jadi PA kau juga ke?"

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Limited edition? Kalau fake branded boleh tak? Aduh apa yang aku fikir ni. Rafael anak orang kaya, dah tentu apa saja barang yang dia pakai barang berjenama. Lagipun aku belum berkerja, macam mana nak ganti sweater semahal tu?

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now