Bab 35

104 3 0
                                    

Telefon bimbitku berbunyi nyaring di tepi telinga mengejutkan aku dari lena. Aduh mengacau jelah pagi-pagi telefon.

Tubuh badanku terasa nyeri selepas seharian mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung. Letihnya tak boleh diluah dengan kata. Ditambah pula tiada Lela yang dapat membantu.

Aku memisat mataku yang masih kuyu dan mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja kecil yang bersebelahan katil bujangku. Sebaik saja melihat nama yang tertera aku merengus kemudian mematikan panggilan tersebut.

Sekali lagi telefonku berdering. "Nak apa lagi mamat ni?!"

Panggilan tersebut mati. Selang beberapa saat kembali berdering. Aku mendengus keras.

Seraya aku menekan ikon berwarna hijau dan meletak gagang ke telinga.

" Awak nak apa lagi? Call pagi-pagi. " Ujarku dengan hati membara. Anak rambutku yang serabai aku rapikan sedikit, agar tidak merimaskan wajahku.

" kau baru bangun ke?" Suara Rafael menerpa gegendang telingaku. Eh tak lah aku tengah berzumba.

" Ye saya baru bangun...nak apa lagi?"

"..can I see you today..?"

Aku menjelirkan lidahku. Jumpa nak tambah masalah baik tak payah.

"Busy."

" I know you're not. "

"Tak faham ke orang tak nak jumpa dengan awak? Fine saya direct aje. Saya tak nak tengok muka awak lagi Rafael. Saya muak dengan perangai budak-budak awak. Suka mempergunakan orang lain demi kesenangan diri sendiri? what? Marry you? Keep dreaming..! Saya rela membujang dari kahwin dengan lelaki ego macam awak. "

kedengaran seperti dia sedang mengeluh.

" lets talk.. let me explain everything.."

" Dah terlambat Rafael. Saya dah emailkan surat resign kat HR. Ini kali terakhir kita berhubung. jangan cari saya lagi. Assalamualaikum." Aku terus mematikan panggilan dan membuang telefonku ke hujung tilam. Hilang mood aku nak sambung tidur. Tak habis-habis lagi ke nak ganggu hidup aku? 

Aku terus bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan jam 10 pagi, perut pun sudah mula.berkeroncong. meski telefon bimbit masih lagi menjerit lantang, aku membiarkan saja ia berbunyi. Malas nak angkat.

***

Aplikasi Grab dibuka. Kelihatannya grab yang aku tempah 30 minit yang lalu sudah hampir tiba. Aku segera mematikan suis elektrik dan memeriksa gas seperti kebiasaannya.

Sesuai dengan permintaan abang Haikal aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung. walaupun terkilan dengan pemberitahuan mengejut ini, aku pasrah. Mungkin juga aku takkan kembali ke sini, terlalu pahit untuk aku telan sendiri. Faizal dah berpindah, lela dan saiful pun bakal berpindah ke Melaka, begitu juga ahli keluargaku yang berhijrah ke ipoh. Jadi tiada sebab untuk aku tetap berada di sini. Lagipun aku percaya rezeki ada di mana-mana.

Pin!pin!

Bunyi hon kereta kedengaran.

Kelam kabut aku keluar sambil mengheret bagasi sebesar alam ini ke luar rumah. Beberapa barang yang lain aku tinggalkan sementara memandangkan aku tak nak buat mak aku pitam kalau tahu aku dah berhenti kerja. Slow and steady bak kata orang putih.

***

Eh? Aku order grab myvi je..mana pula datang kereta pickup chevloret Colorado ni depan rumah aku? Salah rumah agaknya.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now