Bab 29

178 3 0
                                    

Bertugas sebagai pembantu peribadi Muhammad Rafael Lee sememangnya mencabar. Sikap cerewet dan menyebalkannya terpaksa aku hadap sehari ke sehari. Kopi pahitlah...ais dah cair lah..ofis bau pengaplah...itu belum lagi jadual meeting dan temujanjinya yang sesuka hati ditunda, dipercepat. Aku jugalah yang terpaksa mengemaskini semula jadual tersebut.

Ketika mesyuarat, akulah yang terpaksa berhempas pulas menyiapkan minit mesyuarat. Tambahan pula, due date majlis ulangtahun itu sudah semakin hampir. Tanganku tak ubah seperti sotong. Tak ada rasa simpati lansung dalam diri Rafael kepadaku agaknya.

Mengenai hubunganku dengan Faizal, aku terpaksa menangguh seketika. Terlalu banyak benda yang aku fikir. Risau juga kalau Faizal berkecil hati dengan jadual kerjaku yang padat. Pelbagai alasan aku beri supaya lelaki itu tidak berkecil hati, namun aku percaya Faizal akan setia menungguku.

Tap!

Butang enter aku tekan, menyimpan semua minit mesyuarat yang sudah aku siapkan. Hanya tinggal untuk print saja. Pintu utama kedengaran dikuak dari luar. Sepantas kilat aku bangun, bersedia untuk menyambut kedatangan baginda saka sesat barat. Senyum ye jangan lupa.

" selamat pagi Encik Rafael." Sapaku penuh kelembutan seorang wanita melayu. lelaki itu sekadar memandang sekilas tidak membalas ucapanku. Ah tak kisahlah, janji dia tak complain apa-apa. Aku menghela nafas lega, dadaku diurut. Fuh selamat! Nampaknya hari ini aku lulus di mata lelaki itu. Perfectionist la katakan...

Namun belum sempat perasaan lega ini bertakhta lama dalam jiwaku, Sang Saka Sesat Barat kembali berdiri di depan mejaku dengan mata mencerlung tajam. Nak apa? Nak cari gaduh ke pagi-pagi ni? Pandang-pandang aku macam tu. Tahulah aku comel.

Kesat benar liurku ditelan, semacam ada pasir sedang berada di dalam tekakku.

" Kopi aku dah siap?"

Lah berhenti depan meja aku cuma hendak bertanya benda ni? Aku memaniskan senyuman walaupun hakikatnya tak kuasa aku hendak mengukir senyuman untuknya.

" dah siap encik Rafael. No wipping cream, hot, less sugar." Ujarku. Ha tanyalah lagi!

" Bilik dah kemas?"

Sudah tentu! Tempah maut kalau tak kemas. Anak dato' yang seorang ini pantang tengok sampah. Seakan ada pengimbas sampah sarap dalam korneanya. Aku pula umpama penyedut sampah.

" cleaner dah bersihkan, meja dan kemas, bilik dah wangi." Balasku mendatar dengan senyuman masih terukir.

" minit mesyuarat?"

Ha? Bukan selalunya minit mesyuarat dia nak jam 10 pagi ke? Masih ada sejam lagi. Habislah aku kalau dia minta sekarang.

"Kau tak siap?" Dia menunduk sedikit, mendekatiku yang turut tertunduk. Suaranya sahaja sudah membuatku gundah gelana. Wajahnya masih lagi serius tanpa segaris senyuman. Mulalah sisi gelabah aku muncul.

" dah siap! Tapi..belum print.."
" apa jenis PA kau ni! Buat kerja sikit pun susah!" Terjungkit bahu apabila suara tengkingannya seakan hendak memecahkan gegendang telingaku. Bibirku diketap kuat.

Gagal lagi...

" eh kau ni aku suruh buat kerja tu jangan nak lengah sangat boleh tak? Kau bukan kerja operator kilang, nak buat benda sama hari-hari ikut masa. Fleksibel sikit! Tak tahu ke meeting dengan Avalor tu penting?! Meeting atau appointment dengan client penting, aku nak minit mesyuarat tu ASAP!"

Aku tertunduk, tidak berani bertentang mata. Suaranya melengking, benar-benar membuat tubuhku menggigil. Benci benarkah dia pada aku? Tak perlu tengking, cakap perlahan saja aku sudah boleh faham.

Akadku buatmuKde žijí příběhy. Začni objevovat