Bab 30

193 4 0
                                    

Pening betul kepala aku, dua temujanji dalam satu masa yang sama. Datang angin manalah dua-dua lelaki nak ajak jumpa serentak.Faizal atau Rafael? Kepalaku mula mencongak kadar kepentingan kedua-dua lelaki itu.

Ah..call faizal jelah!

Nombor telefon Faizal terus kudail. Ya kalau dilambatkan sedikit temujanjiku dengannya tidaklah berisiko seperti Rafael. Kalau aku melambat-lambatkan temujanji dengan Rafael, silap hari bulan aku boleh hilang pekerjaan.

Sambil menanti panggilanku diangkat, bucu bantalku dipintal-pintal dengan hujung jari.

" hello qaseh. Kenapa call. Rindu aku ke?" Sahut Faizal dengan lembut, seperti kebiasaannya. Lantas bibirku dicebir walaupun hatiku galau tatkala mendengar gemersik suaranya. Semenjak aku mula terbuka untuk menerimanya, setiap kali terbayang wajahnya, aku bagai dilanda perasaan yang aneh. Mungkinkah ini petanda Faizal jodohku?

Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengannya disebabkan kekangan masa. Tercuit juga sedikit kerinduanku padanya. Meskipun setiap kali berjumpa ada saja perang mulut tercetus. Tak mengusik bukan Faizal namanya! Nafasku ditarik panjang, bersedia untuk meluahkan kata-kata yang sudah disusun dalam kepala.

" Aku dah dapat mesej kau. Esok kalau petang kita jumpa boleh tak? Tengah hari aku ada kerja nak buat."

" ala baru nak jumpa time lunch...time lunch kau tak makan ke? Sibuk betul kau semenjak dua menjak ni. Kerja kerja juga, makan kena jaga." Gumamnya. Sikap anak sulung sememangnya jauh berbeza dengan anak bongsu. Lebih tegas dan matang, berbanding aku yang lebih bersikap keanak-anakan.

" b..bukan tak makan...erm aku makan kat ofis je. Aku tengah siapkan projek baru. Dua minggu ni aku memang busy sikit. Sorrylah..nanti settle je kerja aku kita hang out macam biasa. Jangan marah ya wahai tuan putera Faizal..." Pujukku, kerana tidak mahu lelaki ini terhidu sesuatu. Tak mampu aku bayangkan jika Faizal dapat tahu hal ini. Habis bernanah telinga aku menadah ceramah panjang berjelanya nanti.

Kedengaran Faizal mengeluh dari corong telefon.

"I just worry about you...hari-hari aku fikir, kau makan apa..kerja kau macam mana...kau ada kawan tak...kau kena buli tak..bila aku bayangkan benda ni terus berserabut kepala aku."

Aku ketawa. Buli? Memang taklah!

" macam tak kenal aku jelah kau ni. Aku ingat semua nasihat kau Faizal..jangan risau. So far tempat kerja aku okay. Tapi biasalah orang baru. Banyak benda nak kena catch up. Buat kerja lebih tu tanda aku tengah memahirkan diri aku. Kalau boleh aku nak timba pengalaman sebanyak yang mungkin."

"Herm if you said so... okaylah esok aku jemput kau balik kerja. Lagipun aku pergi site esok. Alang-alang lalu company kau bolehlah kita jumpa. Aku ada hal penting nak beritahu kau esok." Suaranya kedengaran tegas. Nadanya kedengaran agak janggal. Hendak dikatakan marah, aku sendiri tidak pasti. Jarang Faizal bersuara dengan nada sebegini. Terjentik pula perasaan risau dalam hatiku.

"Eh tak apa. Aku naik teksi je. Kita jumpa tempat biasa." Bukan tak mahu dijemput, risau jika Rafael buat perangai tak semenggah dia. Habis bocor rahsia aku.

" la kenapa? Aku sekali jalan je dengan company kau. Lagipun lama sangat kita tak borak." Keluh Faizal. Ada rajuk dari nada suaranya.

" aku bukan tak nak naik, aku sendiri tak pasti waktu kerja aku habis pukul berapa. Nak lagi, event tu dah dekat. Tangan aku ni sampai ada rasa nak mintak tambah macam sotong kurita." Selorohku. Faizal diam seketika. Merajuk ke?

"Kau ni macam nak mengelak je dari aku..ke...kau ada skandal kat sana? Baik cakap. Kau jangan buat hal Qaseh."

" eh mengarutlah. Datang mana skandal. Aku busy kerja. Tulah aku dah cakap aku sejenis orang yang fikir kerjaya. Awal-awal ni banyak hati yang aku nak beli. Barulah selesa nak menapak dekat sana. Kalau boleh kat tempat cari rezeki ni biarlah kita baik dengan semua orang, baru segala urusan kita lancar. Tak stress." Bebelku.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now