bab 22

146 4 0
                                    

Keletah noah dan mikael yang bermain bola di halaman rumah menggamit perhatianku tanpa jemu. Tak gering gusi aku melayan kerenah kembar ini. Ada saja tingkah laku mereka yang buatku tercuit.

Sehinggakan aku tak sedar lembaran novel yang berada di tanganku tidak terusik dari tadi.

" hai tengok je ke mak su. Jomlah main sekali." Tutur noah yang berumur 7 tahun itu dengan suara tercungap-cungapnya. Bajunya kelihatan hebat dilenjun peluh begitu juga dengan mikael.

Kedua-duanya saling tidak tumpah dengan rupa kak airin. Putih gebu dan bermata galak. Sikap mereka sahaja yang kontra, seorang ikut perangai kak airin dan seorang lagi mewarisi sikap agresif abang Zarif.

" malaslah, mak su nak rehat." Balasku sambil menghayun buaian besi yang aku duduki.

" eleh. Mak su kaki bangku la noah...nanti orang suruh passing bola tempat lain, dia pass ke lain." Sampuk mikael dengan lantang. Seraya aku mencebik.

" amboi sedap mulut je cakap mak su kaki bangku. Tahu ke maksud kaki bangku tu?"

Mikael bercekak pinggang, menayangkan wajah berlagaknya.

" kalau tahu guna mestilah tahu maksudnya, apalah maksu ni." Mikael tersenyum senget. Terkebil-kebil mataku mendengar jawapan bernas anak buahku yang seorang ini.

Betul juga kata si cilik mikael, kalau tahu penggunaannya mustahil untuk tidak tahu maksudnya. Apalah benak sangat aku ni...

" mikael! Noah! Pergi mandi. Dari pagi tak mandi, dah pukul 10 ni" jerit mak mengejut, tiba-tiba saja mak menjengulkan wajahnya keluar. Kecut perut kedua-dua wajah anak kembar tadi. Sembari aku mengekek tertawa membuatkan Mikael menarik muncung manakala noah hanya menundukkan wajah.

Mata berapi mak mula menyorot ke tempat aku bersantai.

" Qaseh jangan nak gelak sangat! Elok sangatlah tu anak dara bertenggek kat buaian. Bukan nak tolong mak buat kuih. Cepat sini tolong! Tu baju kotor melambak nak kena basuh. Pergi basuh sekali.!" Namaku pula menyusul. Potong betullah mak ni..

Giliran kedua-dua kembar itu pula tersengih mengejek.

" noah! Mikael! Tercegat apa lagi tu. Dah cepat pergi mandi." Arah mak kemudian memboloskan diri ke dalam rumah.

Saat kelibat mak menghilang aku menarik nafas lega, mana tidaknya kalau ada sesuatu yang tidak menyenangkan wanita itu, habis satu rumah disemburnya. Bukan sekejap-sekejap bebelan mak, lebih memeningkan topik yang sama akan meleret hingga malam.

Kelihatan noah dan mikael beransur masuk ke dalam rumah. Berat betul badanku hendak bangun dari buaian besi ini. Terlalu sayang dengan masa senggangku ini. Aku mengeliat dan memusingkan sedikit pinggang ke kiri dan kanan. terasa lega otot -otot yang mulai manja ini.

Aku memaksa juga untuk bangun dari buaian walaupun ketika ini bagai ada berkampit beras yang menghempapku.

"Assalamualaikum!"

Seakan kenal suara tersebut, lantas aku menuntaskan pancainderaku ke arah pagar rumah. kaku sebentar badan ini tatkala melihat individu yang bertandang.

" waalaikumussalam...abang zarif.."  ujarku mendatar. Tidak lagi teruja seperti sebelumnya. Aku mendekatinya yang berdiri di luar pagar rumah.

"Kak airin ada kat rumah?"

Aku mengangguk perlahan. " ada.." pagar rumah bercat putih itu dibuka bagi memberi laluan buat abang iparku.

" masuklah dulu abang. Tak elok biar tetamu berdiri dekat luar. Mak dengan abah pun ada kat dalam." Sengaja diksi tetamu itu ku tekan.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now