bab 5

186 5 0
                                    

Pagi-pagi lagi aku sudah tercegat di depan bilik guru semata-mata mahu memberikan kuih kepada abang haikal. Panjang leherku menjengah, dengan harapan abang haikal berada di mejanya.

Dup dap dup dap. Lelaki yang ralit menghadap komputer ribanya itu dihampiri.

"Cikgu haikal.." panggilku.

Walaupun kekok, aku tidak mahu dipandang tidak sopan oleh para guru. Tambahan pula terdapat guru lain berada di pejabat tersebut. Abang haikal mendongakkan wajahnya. Seraya dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

" morning qaseh. Ada apa jumpa abang awal pagi ni? Duduklah sini." Kerusi di meja sebelah ditarik. Memberi ruang untukku. Cepat aku menggeleng.

" Qaseh kejap je. Abang busy ke? Sorry kalau qaseh kacau abang."

" tak busy pun. Ada apa Qaseh jumpa abang?"

Selamba saja panggilan abang itu meluncur dari mulutnya, sedikitpun tidak kisah dengan mata-mata yang melirik. Aku membasahkan bibir sebentar sebelum mengukirkan senyuman.

" nah. Mak kasi." Hulurku sebuah balang berisi kuih semperit.

Kelihatan abang haikal terdiam seketika, air mukanya jelas berubah. Balang tersebut dipandang sepi, sepinya menyimpan seribu rasa.

" terima kasih...mak tahu ke abang yang hantar qaseh semalam..?"

Aku menggeleng perlahan. Wajahnya terlukis kekecewaan namun tersenyum kecil kembali lalu menyambut pemberianku. Ada sesuatu yang bermain dalam mindanya tetapi disembunyikan. Balang kuih itu ditatap agak lama setelah itu pandangannya kembali tertancap padaku.

" herm..abang okay?" Soalku tatkala melihat lelaki ini memendamkan sesuatu. Masih kuatkah cintanya pada kak airin? Ah mustahil. Tidak masuk akal jika dia masih menyimpan perasaan pada isteri orang.

Abang haikal tertawa dan mengangguk. " jangan risau. Abang okaylah."

Aku tunduk sambil bermain jari jemariku. " qaseh minta maaf sebab terpaksa sembunyikan hal abang. Mak tak tahu abang cikgu dekat sekolah ni. Abang marah qaseh ke..?" Perlahan mukaku diangkat.

" tak apalah. Abang faham. Nanti kirim salam pada mak qaseh ye. Kalau ada masa abang akan datang ziarah." Ujarnya lembut. Mungkin tidak, mustahil mak akan menerima kehadiran abang haikal selepas peristiwa itu.

" sure abang okay ni?" Aku berbisik.
"Okay je. kenapa berbisik ni?" Soalnya.
" nanti cikgu lain dengar. Qaseh kena marah." Balasku. Spontan abang haikal tergelak kecil sambil melirik pada para guru yang berada di situ. Namun dia berlagak seperti biasa, tiada apa yang berlaku.
" nak marah buat apa.kan qaseh adik abang..?" Dia mengangkat keningnya.

Terasa ada belati menikam ulu hatiku saat ini. Adik lagi disebut. Ini bukan friendzone lagi ni..ini siblingzone! Tawar sudah hati ini hendak berbual panjang. Sampai bila diri aku hendak dianggap budak hingusan olehnya? Takkan tak ada sekelumit pun dalam dirinya melihatku sebagai seorang wanita?

Nafasku ditarik dalam.

" tak apalah abang. Qaseh nak masuk kelas. Hari ni turn qaseh bersihkan kelas." Tanpa menunggu jawapan abang haikal aku membawa diri keluar dari ruang bilik guru.

Apabila aku keluar dari bilik guru, kelibat Rafael pula kelihatan. Dia bertenggek di koridor bersendirian. Dia buat apa kat sini? Sebal betul. Pagi-pagi sudah nampak mukanya. Kakiku diteruskan melangkah, mengelak dari bertegur sapa dengannya. Risau juga kalau ada mata-mata Maisarah di sini.

Aku tahu Rafael sedang memerhatikanku namun aku tak kisah. Kebiasaannya ada saja ejekannya melintasi pendengaranku, kali ini berbeza. Dia diam saja. Insaf kut. Lantaklah dia bukan sesiapa buatku.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now