Bab 3

238 4 0
                                    


Sesi persekolahan sudah bermula. Ketika perhimpunan pagi belum bermula, mataku meliar mencari kelibat budak tersebut. Bungkusan yang diberikan padaku kelmarin berada dalam genggaman aku.

" kau cari siapa tu qaseh." Lela menegur apabila dia sedar gerak geriku. Tangannya lincah mengipas wajah dengan kipas kartun doraemon kegemarannya. Lela..lela..dah besar pun tak boleh hilang lagi fanatik pada doraemon.

"aku nak pulangkan barang ni. Malas nak simpan." Lela melirik pada plastik ditanganku sebelum tala pandangannya padaku semula.

" barang apa dalam plastik tu?" Soal lela ingin tahu.

" minyak angin dengan panadol. Budak baru tu bagi kat aku semalam." Ujarku sambil membuka plastik tersebut, memperlihat isi di dalamnya kepada Lela.

Sejurus itu Lela tersenyum penuh makna. Senyum selebar-lebarnya. Ha ada lah tu dia fikir! Memang pantang dia ni.

" kau jangan nak fikir bukan-bukan."

" eh mana ada. Aku senyum pun salah ke?"

" senyum tak salah, makna sebalik senyum kau tu yang salah." Tukasku, tatkala berasa kurang selesa dengan pandangan nakal lela.

" orang dah bagi..ambil jela. Lagi pun boleh guna kalau sakit nanti. Tak payah nak pergi bilik guru mintak ubat."

" aku rela berjalan pergi bilik guru dari ambil barang ni dari budak poyo tu. Huh! Berlagak macam bagus." Satu tepukan kuat mengena pada bahuku. Berbisa pukulan itu hingga menggigit ke tulangku. Sambil menyeringai sakit, aku melirik pada lela dengan riak keliru bercampur marah.

" apasal kau pukul aku?!"

" shuss!!!"

Lela meletakkan jarinya pada bibir, sambil matanya memberi isyarat ke kiri. Keningku berkerut tidak memahami maksudnya, lantas aku turut memandang ke kiri.

Liurku ditelan, tatkala ada beberapa pasang mata tajam sedang melihat. Geng Maisarah memandangku dengan reaksi seperti hendak menerkamku.

" tulah kau mulut tak pandai samak. Tengok geng tu dah pandang. Kejap lagi naya kita kalau dia orang aim kita. Tak aman hidup tau tak?" 

Siapa yang tidak kenal dengan ketua kumpulan samseng bernama Maisarah. Muka saja cantik, tapi perangai jauh panggang dari api. Cepat saja aku melarikan pandanganku dari kelompok Maisarah, berlakon seakan tiada apa yang berlaku. Begitu juga Lela, semakin kuat kipas doraemonnya mengipas wajahnya.

" tahulah...sorry...aku tak boleh kawal emosi aku sekarang ni. Lupa pula budak baru tu crush si minah gengster tu.."

" sebab tu orang tua cakap cakap siang pandang-pandang. kau ni tak ingat ke macam mana kes suri dulu kena buli dengan geng maisarah tu sampai Suri masuk hospital. Diorang tu main gila kau tahu tak. Kalau boleh kau elak budak lelaki tu. Aku tengok maisarah bukan main melekat dengan budak baru tu."

Aku bungkam. Kisah suri bukan sahaja berbekas dalam ingatanku malah aku percaya kisahnya berbekas dalam ingatan setiap pelajar di sekolah ini.

Ada benarnya kata lela, pelajar perempuan yang dimaksudkan lela itu sememangnya suka mendatang masalah, namun disebabkan mereka memiliki latar belakang anak orang berpengaruh, pihak sekolah terpaksa menutup mata dengan tindakan mereka.

Plastik putih tadi dimasukkan kembali ke dalam poket baju sekolah dengan hati berbelah bagi. Aku batalkan niat suci murniku tadi atas nasihat Lela. Betul juga cakap lela, lebih baik aku terima. Bukannya racun kan? So tak salah kalau nak terima.

" good. Macam tulah qaseh. Orang dah bagi ambil jelah. Dah-dah nanti kita sambung borak. Guru besau dah berdiri depan mic tu. Jom sumbat kapas." Seloroh lela mengejek sikap guru besar kami yang jakun dengan microphone itu. Pantang jumpa microphone, berjela-jela topik dia keluarkan. Aku turut tergelak kecil sambil menggeleng.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now