Untitled Part 39

161 6 2
                                    


KAK AIRIN sudah bergegas ke kebun semula, dia hanya sempat menjamah kuih karipap untuk mengalas perutnya. Mujur kak airin ada, kalau harapkan aku, entah apa rasa makanan tu. Sarapan sudah selesai terhidang, hanya kuali dan beberapa pekakas memasak saja yang perlu dibasuh.

Mak masih berada dikamarnya, mungkin masih marah denganku. tak mengapalah aku pasrah jika layanan mak terhadap aku selepas ini berubah dingin. Esok lusa sejuk baliklah tu. Aku dah masak sangat dengan perangai mak.

" assalamualaikum..."

"waalaikumuss..." belum habis aku membalas sapaan tersebut, ketika aku menoleh ke belakang, aku bertentang mata dengannya,sejurus itu nafasku dirasakan tersekat. "..salam.." hampir tidak kedengaran bait kata terakhir yang keluar dari mulutku.

Jejaka yang berdiri di depanku ini begitu segak mengenakan baju melayu berwarna royal blue, dan lengkap bersongkok. Model majalah mana yang datang rumah aku subuh-subuh ni?getus hatiku.

Suara abah tiba-tiba menyelusuri deria pendengaranku." Amboi Qaseh tengok orang sampai menganga macam tu. masuk nyamuk mulut tu nanti."

Aku terpinga-pinga seketika. Lalu aku kembali memandang individu didepanku ini. Lah? Rafael ke? Aku mengelamun disebabkan Rafael? Choyyy!! Kalau ada lubang yang boleh aku masuk untuk sembunyikan diri, aku rela. Malu weh. Apa kenalah dengan mata aku ni, tak boleh ke nak bezakan saka dengan orang? Aku bermonolog sendirian.

" Hai kalau nak mengelamun macam ni, Raf kena cepat-cepatlah masuk meminang anak abah. Teruk sangat dah angau dia tu." Ketawa abah pecah, menggamatkan suasana di dapur.

Gurauan abah ditambah dengan perasa oleh Rafael."Nampaknya macam tulah."sambut Rafael pula.

Perlahan aku melirik pada Rafael yang tersengih disebabkan gurauan abah. Tersedar dengan renungan mautku, dia menjungkitkan keningnya, sengaja menambah panas hatiku.

Malas nak layan usikan nakal abah, aku kembali menyambung kerjaku.

" Nak saya tolong apa-apa tak..?"ujarnya tiba-tiba sudah terpacak di tepiku sambil melihat singki. Eh dia ni sibuk betul!

Bertaut rapat keningku,pelawaannya sekadar taktik untuk menutup perangai sebenarnya. Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, sudah tentu termakan dek umpan yang diberi.

" Sibuklah kau ni. Pergi sana. Aku busy ni." Ujarku dengan nada sebal.

" Kau..? Nak mak dan abah kau dengar ke? cuba lembut sikit bahasa tu.." bisik Rafael menegur.

" Nak lembut macam mana lagi? nak panggil kau sayang? abang?" sindirku.

"alhamdulillah panggil sayang pun okay juga. sedap sikit telinga ni dengar."jawabnya spontan.

Terbuntang luas mataku yang berapa nak besar ini. Bukan main gatal!

" Kau ni nasib lah abah ada dekat sini..kalau tak memang aku tumbuk muka kau sampai lunyai..!"

" Tumbuklah kalau berani? Yang kena marah kau bukan aku. Jangan buat-buat lupa kau jugak yang berani buat janji dengan aku tau. Ni family kau dah bagi izin kau nak banyak songeh pulak. Ingat ye..kalau kau berani lari, aku heret kau depan tok kadi sama ada kau suka atau tak." Ugutannya dibalas dengan jelingan mautku. Rimas, asyik ulang benda yang sama. Naik berbulu telinga ini mendengarnya.

Aku mencapai dulang yang sudah aku susun jag teh o panas dan cawan di atasnya kemudian aku tolak ke perutnya. Nasib baik dia sempat menyambut dulang itu, kalau tidak habis melecurlah perut dia. Itulah bising lagi macam mak nenek.

" apa lagi..? pergilah hidang. tadi nak tolong sangat."

"yelah..yelah..garang betul la bakal isteri aku ni." ujar Rafael dengan suara yang mendatar. walaupun aku tidak memandangnya, tapi aku tahu bagaimana mimik mukanya ketika ini. Jangan harap aku akan layan kau baik-baik Rafael.

Akadku buatmuWhere stories live. Discover now